4

5.1K 507 17
                                    

"Buat apa dekat sini?" Jungkook berjalan merapati Yein. Kertas senarai di tangan gadis itu diperhati. "Tolong mak beli barang ke?"

Yein menggeleng. "Taklah. Orang yang sewa rumah saya minta tolong. Oppa, saya dah dapat penyewa tau! Seronoknya!" Terlompat-lompat gadis itu kegembiraan sehinggakan dia tidak sengaja memeluk Jungkook.

"Ops, maaf," Yein menggigit bibirnya, menyedari bahawa dia telah melebihi batas. Mungkin Jungkook terkejut melihatnya bertindak sebegitu. "Em, memandangkan oppa dah ada dekat sini, teman saya beli barang-barang boleh?"

Belum sempat Jungkook memberi kata putus, lengannya sudah ditarik memasuki pusat beli-belah mini itu.

"Baru budak sekolah dah pandai hisap rokok," kotak rokok berwarna biru itu Yumi kutip dan dia cuba mendirikan badannya kembali. "Budak-budak zaman sekarang ni haih." Kotak rokok itu disimpan di dalam begnya untuk dibuang sebentar lagi.

Yumi mengeluh lalu meneruskan aktiviti membeli-belahnya. Dua cadar berwarna biru cair dan merah jambu itu diambil lalu diletakkan ke dalam troli. Sesekali dia turut mengaduh kecil, kerana perlanggaran tadi menyebabkan lengannya terlanggar troli dengan kuat.

Sedang dia khusyuk memilih bantal pula, telefonnya berbunyi untuk dijawab. "Helo, Yumi bercakap."

"Yumi, Jimin ni! Berita buruk Yumi berita buruk!"

"Ha, apa? Weh, janganlah buat aku takut! Kau okay tak?"

"Aku lupa nak bawak seluar dalam! Boleh tak belikan aku tiga kotak? Terima kasih sayang kau, bye!"

"Eh, Jimin! Chim! Chim ah!"

Yumi menutup telefonnya dan menghempas ke dalam begnya dengan marah. Hatinya berombak melihatkan sikap Jimin yang acuh tak acuh.

"Sekurang-kurangnya bagitahulah saiz apa!" dengus Yumi lagi. Adui.

Yein dan Jungkook pula berada di seksyen makanan ringan setelah selesai memilih barang-barang basah. "Wah, banyaknya makanan ringan dia nak!" Terkejut Yein melihat senarai Yumi yang agak tidak masuk akal.

"Meh sini, tengok," Jungkook menghulurkan tangannya lalu senarai tersebut bertukar tangan. "Bento, mi segera perisa tomyam, gula-gula, jeli. Eh?"

Jungkook terkedu. Senarai barang-barang ini mengingatkan dia pada seseorang. Seseorang yang amat dikenali.

"Kenapa, oppa?" Pertanyaan Yein mengejutkan Jungkook. Senarai tersebut dikembalikan kepada gadis itu dan satu senyuman palsu dibuat.

"Tak ada apalah. Jom, sambung." gesa Jungkook sambil cuba untuk menenangkan hatinya.

Yumi terus-menerus menyumpah di dalam hatinya yang ditujukan khas kepada Park Jimin. "Menyusahkan betullah mamat ni," Kini, dia berdiri di hadapan rak seluar dalam lelaki. Mukanya jelas menunjukkan kekeliruan yang teramat. "Mana satu nak belikan untuk dia ni?"

Ah, lantaklah!

Tiga kotak seluar dalam segera dicapai Yumi apabila telefonnya berdering sekali lagi. "Apa lagi, Jimin?"

"Hei, ni Yein lah."

Yumi terkejut dan mulutnya ditutup dengan tangan kirinya. "Ah, maaf! Kenapa? Barang yang saya nak tak ada ke?"

"Eh, tak! Semuanya ada. Cuma tinggal nak bayar je. Ke awak nak saya bayarkan?"

"Eh, jangan! Awak tunggu saya boleh? Saya dalam perjalanan turun ni," Jungkook yang terdengar akan perbualan itu, serta-merta mengalihkan matanya ke arah eskalator yang paling hampir dengan mereka berdua. "Saya dah nak sampai eskalator ni, awak tunggu tau?" ceria suara di dalam telefon itu bertanya.

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now