21

4.7K 460 218
                                    

Ada orang tanya macam mana nak imagine Han Yumi, ha nah kat media. Macam tu lah Yumi ^ Comelkannn? mcm aku :3

Pagi isnin, persekolahan bermula seperti biasa. Kali ini gosip apa pula yang sedang dihebahkan pelajar sekolah itu? Kesemua pelajar perempuan mula berbisik bisik dan ada juga yang menutup mulut setelah mendengar berita yang disampaikan. Itu normal, setiap pagi begitu.

Wei terus menutup lokarnya kuat sehingga menarik perhatian pelajar di sekelilingnya.  Wei berlagak biasa dan dengan tangan di dalam poket seluar, dia terus berjalan ke kelasnya. Pelajar lain sibuk berbisik mengutuk Wei pula.

Perjalanan ke kelasnya sengaja digunakan jalan yang melalui bilik guru. Siapa lagi yang dicari kalau bukan Han Yumi. Wei mengendap ke dalam bilik guru, tempat Yumi dipandang dan dia terus mengerutkan dahinya.

"Kosong?"

Jelas kekecewaan di wajah Wei. Sudahlah 3 hari tak berjumpa dan semalam, mereka langsung tak berhubungan. Apa sebenarnya masalah dia?

Wei mula beredar dan tiba-tiba dia terlanggar seorang perempuan yang sepertinya bergegas untuk masuk ke dalam bilik guru. Perempua itu terus menolak Wei ke tepi dan berjalan laju ke dalam bilik guru. Wei hanya memandang sebelum matanya terarah ke bawah.

Dompet perempuan tadi.

Perlahan lahan Wei tunduk, dompet itu diambil dan terus dimasukkan ke dalam poketnya dengan muka tak bersalah.

"rezeki"

Wei bermonolog sendiri sebelum menyambung perjalanannya ke kelas.

Suasana pagi di Tokyo sangat nyaman. Suhunya tidak jauh beza daripada Korea. Bunyi hon dan kereta dapat didengari daripada tingkat 12 hotel itu menandakan jalan raya sedang sesak di bandar metropolitan itu. Akibat gangguan bunyi itu, Yumi terjaga dari lenanya. Perlahan-lahan kepala dan badannya diangkat daripada katil yang empuk itu.

"Bisingnya" Yumi menggeliat sambil membetulkan urat urat sarafnya yang mungkin dah tak betul akibat tidur di dalam tab mandi. Pintu gelangsar bilik air itu dibuka sambil tangan kiri asyik menggosok matanya, dibasmi segala tahi mata yang masih berbaki.

"Cis, sedap je dia tidur" Yumi buat muka menyampah apabila ternampak Jungkook yang sedang nyenyak tidur di atas katil empuk yang sebenar.

Yumi terus menyelak langsir bilik tersebut, memancar terik matahari pagi di negara matahari terbit itu. Jam di dinding dipandang menunjukkan pukul 8:13 pagi. Yumi tunduk dan membuka bagasinya, mencari pakaian untuk dipakai selepas dia mandi nanti.

Jungkook pula mengerutkan dahi saat mukanya terkena sinaran matahari. Matanya dibuka perlahan lahan "Tutup langsir tu balik" katanya dengan suara yang masih serak-serak sebelum sambung tidur. Mukanya ditutup dengan bantal.

Yumi hanya buat pekak dan terus mencapai tuala dan masuk ke dalam biliknya malam tadi semula, untuk mandi. Mendengarkan bunyi pintu ditutup, Jungkook membuka semula matanya. Langsir itu masih belum ditutup.

"Haish Yumi" Jungkook bangun sambil menggaru kepalanya. Sisa air liur basi di mulutnya dilap menggunakan bantal yang menutup mukanya tadi. Biarlah, nanti ada orang tukarlah sarung bantal tu.

Dengan rambut yang masih serabut Jungkook membuka pintu gelangsar koridor dan dia terus menapak keluar. "Hiyarghhhhh" Jungkook mengeliat kuat sambil melakukan senaman pagi. Dapat dia lihat suasana bandar Tokyo yang sibuk di pagi hari. Pelajar-pelajar yang berlari laju kerana sudah lambat ke sekolah, makcik-makcik yang menjual sayur dan juga pekerja yang sibuk untuk ke tempat kerja.

Jungkook tersenyum sendiri apabila menyedari yang dia datang ke Tokyo ini bersama Yumi. Walaupun ini bukan kali pertama dia menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu. Tapi ini kali pertama dia datang ke sini bersama perempuan.

[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now