37

2.9K 271 48
                                    

Yumi dan Jungkook berpegangan tangan menghadap sungai di mana abu mayat Lee Wei dihanyutkan

Air mata Yumi tak berhenti mengalir sejak dia tiba di situ. Lisa yang menemani mereka hanya tunduk memandang kasut, mengenangkan abangnya.

"Sudahlah sayang, jangan menangis lagi" Jungkook memujuk lagi, bahu Yumi diusap.

"Jangan menangis cikgu cakap? Wei mati sebab saya cikgu" Semakin teruk esakan Yumi. Jungkook serba salah, Yumi ditarik masuk ke dalam pelukannya

"Cikgu Han, jangan menangis lagi. Wei pasti tak suka tengok cikgu menangis. Saya yakin Wei tenang di syurga" Pujuk Lisa pula

Yumi melepaskan diri dari pelukan Jungkook. Dada Jungkook basah dengan air mata yumi

Yumi menapak ke depan sedikit lalu menjerit sekuat hatinya. "Lee Wei ahh!! Terima kasih!! Terima kasih untuk segala yang awak telah korbankan untuk saya! Terima kasih sebab muncul dalam hidup saya! Terima kasih sebab ceriakan hari hari saya! saya sayang awak Lee Wei!! Maafkan saya... maafkan saya Wei" Jeritan Yumi semakin pudar diganti esakan. Dia terus rebah. Melutut sambil menangis.

Jungkook segera mendapatkan Yumi, "Sayang, sudahlah jangan menangis" Jungkook memeluk Yumi, rambut yumi diusap memberi ketenangan

"Cikgu Jeon, Lee Wei..." Yumi masih sebak

"Cikgu Jeon, saya rasa kita patut balik dah gelap ni" Lisa bersuara. Risau melihat Yumi.

"Sayang jom balik" Jungkook terus membantu Yumi bangun. Bahu Yumi dipeluk dan mereka terus ke kereta.

'Terima kasih Lee Wei sebab muncul dalam hidup saya, saya takkan lupakan awak Wei. Saya akan sayang awak selamanya"

Jungkook melihat Yumi yang sedang tidur di atas katil rumahnya. Rumah yang Yumi sewa. Perlahan-lahan dia menghampiri Yumi, dia duduk di sisi Yumi. Rambut Yumi yang menutup wajahnya diselak. Dapat dilihat bengkak mata Yumi kerana menangis mengenangkan Wei.

Ubun-ubun Yumi dicium lama sebelum dia merenung Yumi lagi, "Sayang, saya harap awak boleh sayang saya mcm awak sayang Wei"

Pipi Yumi dicium pula, "Kelakarnya aku, cemburukan orang yang sudah mati" Jungkook ketawa sendiri. Dia bangun dari sisi katil, pergi ke suis lampu dan tutup lampu. Dia kembali ke katil dan baring di sebelah Yumi

Yumi dipeluk dari belakang, leher Yumi dicium sebelum kata-kata cinta dibisikkan di telinga Yumi dan dia pun terlelap. Letih menahan cemburu.

Bau kari yang menusuk hidung Yumi membuatkan Yumi terjaga dari tidurnya. Dia terus menoleh ke sisi, Jungkook tiada. Semalam pukul 3 pagi dia terjaga dan Jungkook sedang nyenyak tidur. Nak tendang jatuh katil, kesian la pulak.

Dengan rambut yang serabai dia keluar dari bilik dan terus dapur, dilihat Jungkook dengan apron sedang gigih mengacau sesuatu dalam periuk. Bau macam kari. Ada juga doh dan tepung pun berselerak penuh di dapur

 Ada juga doh dan tepung pun berselerak penuh di dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[c] CIKGU DINGIN VS CIKGU COMEL Where stories live. Discover now