CHAPTER 6 : SERANG HENDAP

1.9K 145 6
                                    

Fara P.O.V

Luang legar bank aku perhatikan,mesti tahanan berada di kawasan kaunter kerani bank. Kasihan mereka dijadikan tahanan,kemudian aku melihat ke arah belakang lelaki berambut putih itu.

"Err...hey"

"What?" Dia menyahut tapi tidak memalingkan mukanya.

"Rambut awak macam mana warnakan dengan cepat?" Langkahnya terhenti sebaik mendengar soalan aku,kemudian dia memalingkan ke arah aku di belakangnya.

"Seriously that the thing you think right now?" Farhan mengerutkan dahinya,anak mata yang berwarna merah miliknya merenung aku.

"Itu pun nak marah ke?" Soal aku memprotes,kemudian dia seperti menyedari serentak menangkap sesuatu.

"Farhan?" Aku segera berdiri dekat dengannya.

"Hmm...nak tembak curi huh?" Farhan tersenyum dan mengecilkan matanya,dan membuka tapak tangannya.

"Peluru? Awak boleh tangkap peluru?"

"Yang kau nak hairan kenapa? Bazooka pun aku boleh uruskan.." ujar Farhan kemudian mengalihkan pandangan ke arah satu tempat.

"Hmph!" Farhan menjentik peluru tersebut ke arah dinding di hadapan,tidak jauh dari kami berdiri. Kemudian kedengaran tapak kaki berlari,Farhan segera menuju ke arah bunyi itu hilang.

"Hey...!" Aku berlari mengejarnya.

"Lembap...."

"Apa awak cakap?"

"Tak ada pe...kau salah dengar kot..." Farhan segera melangkah meninggalkan aku yang sedang marah,tak boleh ke dia cuba minta maaf?

"Sorry kata ko lembap..." aku terdiam apabila Farhan meminta maaf,kemudian dia meneruskan langkahnya.

''Aish.....ingat nak pusing-pusing datang negara ni..sekali masalah.." rungut Farhan sendirian,aku yang berada di belakangnya hanya memerhatikannya dari belakang.

Sebaik sahaja kami memasuki ruang kaunter bank,satu tembakan bertalu-talu dilepaskan. Farhan melakukan perkara yang sama,semasa kami memasuki ruang legar bank.

"Lagi sekali....tak berkesan la. Eh?" Ujar Farhan kemudian dia menyedari sesuatu,itu bukan bazooka? Seriously perompak tu nak lepaskan tembakan meriam?

"Han!" Aku cuba memberi amaran,namun dengan tiba-tiba rambut Farhan berubah menjadi kelabu.

"This piss me off!" Farhan seperti berang dan dengan tidak dapat dilihat mata kasar,bazooka musuh terlibat kemudian Farhan sudah menumbangkan dua orang perompak itu.

Akhirnya perompak kesemuanya berjaya ditumpaskan,namun Farhan dan aku awal-awal sudah melarikan diri,kerana tidak mahu merumitkan keadaan. Sepatutnya dia tunggu sekejap,ambil kredit kerana berjaya tumpaskan perompak itu.

"Grr...ni kalau dia,dah berlubang dinding!"bebel Farhan sendirian,siapa 'dia' yang dimaksudkan?

"Err...Han...awak cakap pasal siapa?" Soal aku menghampirinya.

"Huh? No...nobody'' jawab Farhan dan aku dikejutkan dengan bunyi motorsikal,aku menoleh lalu terkejut apabila motorsikal milik Farhan bergerak sendiri.

"Ha...wa..wawa!!! Hantu!!"

"Eh?"

***************************************

Farhan P.O.V

"Ha...wa..wawa!!! Hantu!!" Fara tiba-tiba sahaja menjerit,kemudian aku menoleh ke arah motorsikal milik aku menuju ke arah sini.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now