Farhan P.O.V
Aku menekup muka menunduk,ketika itu si gadis berambut merah merenung ke arah aku. Dia tak percayakan kata-kata aku ke? Mana mungkin cam aku? Rambut putih pula tu,mata merah mustahil,mustahil...
"Jawab soalan saya..." soal gadis tersebut.
"Apa?"
"Awak kan yang selamatkan juruterbang tu kan?" Gadis mendekatkan dirinya ke arah aku.
"Hey perempuan,aku tak faham apa yang ko cakap,kedua aku baru sampai negara ni hari ini..." jawab aku mula hilang sabar.
"Huh? Ye ke?"
"Ye la! Sudah la....aku nak balik!"
"Hey sekejap..."
"Apa lagi kau nak,perempuan?" Ujar aku mula geram,gadis itu pula bereaksi dengan perkataan 'perempuan'.
"Saya ada nama okay....it's Fara,Fara Darweez..." ujar gadis memperkenalkan diri sebagai Fara,aku merenungnya lama dan memalingkan pandangan.
"Hey!"
"Farhan..." aku bersuara semula,dia kehairanan.
"Aku Farhan Tuzeman.." aku melompat tinggi meninggalkan Fara,aku menyedari dia memerhatikan aku pergi.
"Woo...like love at first sight huh?"
"Diamlah Wyvern....jangan nak buat lawak hambar" ujar aku bengang.
"Tak salah Han....kau pun bukan selamanya muda.."
"Bisinglah..."
Aku terus mendiamkan diri,malas ingin melayan usikan Wyvern yang tak betul. Akhirnya aku mendarat di tepi motorsikal kepunyaan aku semestinya,kemudian melihat jam waktu menunjukkan hari masih lagi panjang.
Aku nak buat apa lepas ni?
Merungut pun tak guna,jika aku tak fikirkan tindakan seterusnya dan akhirnya mengambil keputusan membuat panggilan. Telefon pintar aku capai dari poket tepi baju,biarpun zaman moden membolehkan aku menggunakan telefon visual,namun aku masih tetap menggunakan telefon pintar.
Sebaik sahaja mendail nombor telefon,lantas aku menekan butang panggilan. Lama juga berbunyi nada dering,siap bunyi lagu nyanyian artis terkini.
"Asalamualaikum? Hello...Han! Seminggu lepas kita jumpa,rindu ke? Hehe" usikannya tidak berubah sebaik dijawab panggilan.
"Waalaikumussalam,kau sempat nak melawak ye Wan..ni aku nak tanya info ni..." aku memulakan kata-kata,Ikhwan masih tergelak kecil.
"Haha...marah ke...ha? Apanya kau nak tanya..?" Soal Ikhwan nadanya berubah sedikit.
"Kau rasa di Neo Malaysia,ada cpu-biology yang kau beritahu minggu lepas?" Sebaik mendengar soalan aku,Ikhwan terdiam sebentar.
"Wan?" Aku memastikan dia masih dalam talian,mahal tahu talian ke luar negara.
"Ha...yes i'm still here,just asking my wife...she said.."
"What?''
''Herr....sabor la sedare..memang ada,dan sepatutnya perhentian kami yang terakhir di negara tu..."
YOU ARE READING
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
FantasiSILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang sa...