CHAPTER 8 : KEMBALI KE MENTARI II

2K 131 2
                                    

Farhan P.O.V

Akhirnya aku tiba di pintu gerbang sempadan negara,motorsikal aku perlahankan dan Fara aku perhatikan. Dia masih lagi teruja sepanjang perjalanan,nasib baik juga kerana dengan melayan dia membuatkan aku tidak mengantuk. Sebulan juga untuk Fara mengemas barangnya.

Sebaik sahaja aku memasuki perkarangan istana,kawasan letak kenderaan untuk kerabat diraja. Ikhwan yang baru sahaja keluar dari keretanya,menyedari kehadiran aku. Dia menunggu aku meletakkan motorsikal aku,dan Fara turun lalu mengekori aku dari belakang.

"My cousin...! How's you work?" Ujar Ikhwan menjengah ke belakang,Fara mengangguk perlahan tanda hormat.

"Huh? Fara?" Alisa isteri Ikhwan,terkejut sebaik berjumpa dengan Fara. Mereka saling kenal ke? Sebab Fara turut memberi reaksi yang sama,Ikhwan hanya tersenyum memeluk tubuhnya.

"Kak Lisa?" Fara segera menghampiri Alisa,Fara segera memeluk isteri Ikhwan dan menangis gembira.

"Drama jejak kasih ke ni...? Adoi!" Aminudden yang muncul tiba-tiba bertanya soalan,dan terus dihadiahkan pukulan di kepala. Seorang gadis berambut merah mengekori Aminudden dari belakang,itu adalah gadis yang aku nampak di Jepun bulan lalu. Jadi Ikhwan berjaya menariknya pulang?

"Padan muka..." kata gadis berambut merah,selain Fara ada juga cpu-biology berambut merah?

"Jika kau tertanya-tanya,dalam rekod yang kami dapat info cuma Fara dan Alia sahaja rambut merah...." Ikhwan memberi info,seperti dia boleh membaca fikiran aku.

"What are you? Psychic or what?" Soalan aku dijawab dengan gelak tawanya,ketawa pula nak saja aku sekeh kepalanya.

"Kau mata kejap ke Fara,kejap ke Alia...mata tengok rambut..saja.." Ikhwan menjawab dengan teorinya,ada betulnya.

"Hmm....cik Wan! Cik Han!" Suara yang agak dapat aku kenal,Luqman Reezal bersama gadis pada bulan lepas.

"Aminudden....! Still alone..haha" usik Luqman pada adiknya,Aminudden sekadar tersengih.

"No...he's not alone...." Alia berdiri di sebelah Aminudden,Luqman terkejut dan menoleh pada gadis yang bersamanya.

"Who is she?" Luqman menyoal adiknya.

"Gembira bertemu,saya Alia Darweez..." Alia menunduk hormat,dan Luqman membalas secara tidak langsung.

"Saya Luqman Reezal,ini Aila Darweez..."giliran Luqman pula memperkenalkan dirinya.

"Ouh ye Wan..." aku mengalihkan pandangan ke arah Ikhwan,dia menoleh ke arah aku.

"Ini...." kertas tertera lambang Black Cobra aku serahkan padanya.

"Well...well they never learn..." ujar Ikhwan tersenyum meneliti kertas itu,aku sekadar memeluk tubuh dan memerhatikan gelagat dua beradik. Manakala Aila dan Alia hanya berbalas pandangan,seperti mereka tidak boleh beramah mesra. Tetapi lain pula di hadapan aku,Fara dan Alisa boleh bermesra.

Pintu di hadapan kami terbuka,memandang serentak ke arah pintu tersebut. Dua orang muncul dan seorang lelaki rambut putih,dan perempuan berambut biru muda menutup dahi. Sama seperti Alisa dan terasa aura yang kuat,jelas aku rasai daripada mereka berdua.

"Selamat pulang tuan putera bongsu..puan Alisa...." ujar lelaki berkaca mata,berwarna hitam memberi hormat.

"Juga tuan Farhan Tuzeman...and to all guests,welcome..please come in..." tambah lelaki tersenyum.

"Siapa tu?" Soal aku pada Ikhwan.

"Mereka adalah pasangan Dragneel..Zeo dan Luna,they're married.." jawab Ikhwan berjalan mendahului aku,lantas aku menyusul kemudian Fara serta Alisa.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now