Gambar di atas adalah pedang milik Farhan.
Wyvern FangFara P.O.V
Aku memerhatikan orang yang dipanggil abang oleh Farhan,siapa orang ni? Aku tidak boleh merasai tekanan ki padanya,orang biasa ke? Farhan hanya mendesah kemudian mengeluh,lelaki itu hanya memegang kepala Farhan.
"Oi! Alih tangan kau la...aku bukan budak kecik lagi okay?" Farhan bengang dengan tindakan abangnya.
"Haha...aku dah biasa,tak sangka kau balik istana?" Soal lelaki itu.
"Huh....Ikhwan..." keluh Farhan dan lelaki seperti faham yang dikatakan oleh Farhan.
"Ikhwan yang paksa kau balik? That's so like him...haha.." ujar lelaki itu sambil membetulkan cermin matanya,berpakaian kot kelabu dan rambut coklat gelap. Dia warnakan rambutnya?
"Hai cik adik,ini rambut original..." lelaki itu menegur aku dengan tiba-tiba,Farhan turut memandang ke arah aku. Puan Rumina ibu saudara mereka hanya memerhatikan kami,aku menunduk tanda hormat.
"Kau datang dengan si comel...kenalkan la..mana la tahu ada jodoh korang berdua..." aku kemerahan menahan malu,kerana mendengar katan-kata abang kepada Farhan.
"Gimme break will ya?" Farhan menghela nafas panjang.
"Fara....." Farhan memanggil nama aku,lantas menoleh ke arahnya.
"Ini Taufeq Tuzeman,dia adalah abang saya...dan abang,ini Fara Darweez.....seperti yang Ikhwan ada beri maklumat,.." ujar Farhan menghampiri aku,dan menyentuh bahu aku.
"So...she's cpu-biology?" Soal lelaki bernama Taufeq itu,sambil memeluk tubuh.
"Ouh....sama dengan Alisa?" Puan Rumina terkejut,dan menoleh ke arah aku. Sekadar anggukan kepala yang aku balas,kemudian menghampirinya dan menjengah melihat bayi yang sedang tidur.
"Wanna hold him?" Soal puan Rumina tersenyum.
"Tak apa...saya okay jer..." jawab aku menolak cara baik.
"Cubalah...budak ni baik,jarang meragam..." puan Rumina memujuk,dan aku secara tidak langsung menghulurkan kedua tangan aku.
Tanpa aku sedari bayi kak Alisa sudah berada dalam dukungan aku,melihat bayi ini sedang tidur membuatkan hati aku tenang dan lupa tentang segala masalah. Malah membuatkan aku inginkan keluarga sendiri,adakah peluang itu ada? Satu lagi siapa nama bayi ini?
"Hariq Al'azraq bin Ikhwan..." suara seseorang yang aku kenal menyapa,aku paling dan menoleh kak Alisa bersama Ikhwan berjalan ke arah aku.
"Hariq Al'azraq?" Aku masih belum faham,aku pulangkan bayi itu kepada kak Alisa dan dia mendodoikan bayi tersebut.
"Itu nama anak saya..." Ikhwan memberi penerangan,aku mengangguk faham.
"Ouh....cantik nama tu.." ujar aku menoleh ke arah kak Alisa yang bersama puan Rumina,mendodoikan bayi itu supaya tidur.
"Api biru jika disebutkan dalam bahasa arab" terang Ikhwan lagi sambil tersenyum.
"Good choice...." Taufeq menegur Ikhwan yang sedang tersenyum itu.
"Sibuk je..." Farhan menyapa.
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<
Farhan P.O.V
Aku menghela nafas pendek,menoleh ke arah Fara dan sekadar memerhatikan dia yang sedang khusyuk melihat anak Ikhwan. Aku terasa seperti tenang melihat wajah Fara yang tersenyum,mungkin dia selamat di sini tidak diancam bahaya.
YOU ARE READING
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
ФентезіSILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang sa...