CHAPTER 59 : ETERNAL SKY

708 62 0
                                    


Farhan berhenti dari melangkah,dia dan Ikhwan serta Khaizo juga Barrell di hadapan pintu besar. Lambang berbentuk kepala naga,jelas kelihatan Farhan sedar wajah naga itu sama seperti Karma.

"Wan,gambar naga tu..." ujar Farhan dan Ikhwan mengangguk.

"Ia milik Karma..." jawab Ikhwan.

"Selamat datang Palace of Element Dragon..." Barrell menolak pintunya,lalu terbuka dengan perlahan-lahan.

"Element of Dragon?" Khaizo kehairanan dan Seth pula mendiamkan diri.

Farhan dan Ikhwan menunggu,cahaya dari dalam menyilau sehingga mereka memejamkan mata. Tidak berapa lama mereka kembali membuka mata,kemudian terkejut apabila melihat sebuah patung naga yang amat besar.

"Woo...tengok tu Seth,itu patung kau dan Karma malah Wyvern pun ada...Avalon juga ada bersama..." Khaizo menuding ke arah lima buah patung naga.

"Ya...ini adalah Lima Naga Elemen yang berjuang bersama-sama Iskandar Syah ketika melawan kuasa jahat..." Barrell memberi penerangan.

Ikhwan hanya mendiamkan diri,kemudian memerhatikan patung manusia di tengah lima naga itu. Dua patung manusia yang menyerupai wajahnya,juga wajah Alisa.

"Aku rasa itu mesti Iskandar dan Aurora..." Wyvern bersuara dan Farhan turut sedar akan perkara itu.

"Siapa pula yang buat patung ni? Serupa betul..." Seth berfikir sejenak dan Khaizo pula hanya mengangguk-angguk sahaja.

Ikhwan melangkah dan berjalan sekeliling kawasan,patung Iskandar didekati dan memerhatikan wajah patung tersebut. Farhan dan Khaizo hanya mendiamkan diri serta kehairanan dengan tindakan Ikhwan ketika itu.

"Kenapa patung ini semua berada di negara ini? Utopia ada kena mengena dengan salah satu dari patung ini ke?" soal Ikhwan dan Barrell tersenyum.

"Bila difikirkan semula..." Khaizo memegang dagu dan Farhan menoleh ke arahnya,dia terkejut apabila melihat sesuatu.

"Lambang lama negara Mentari juga ada terlekat pada dinding..." Farhan sedar apabila melihat lambang bentuk matahari pada dinding belakang Khaizo.

Lambang matahari itu diperhatikan oleh Ikhwan,kemudian dia menoleh ke satu arah dan sedikit terkejut. Sebuah pintu gerbang gergasi berada di sebelah kirinya,Barrell pula hanya menghela nafas pendek.

"Negara Utopia merupakan negara di mana Aurora lahir,sebelum meninggalkan negara ini untuk bertarung dengan Marvus..." jelas Barrel dan Farhan sedikit terkejut.

"Aurora?" Khaizo kehairanan.

"Permaisuri pertama negara Mentari.." Farhan memberi penjelasan dan Khaizo mengangguk faham kemudiannya.

"Enough with this chit-chat,where's that Eternal Sky?" soal Ikhwan dan Farhan serta Khaizo tersentak.

"Eternal Sky,apa tu Wan?" soal Farhan memegang bahu Ikhwan dengan kasar.

"Kau patut tanya Wyvern,bukan tanya pada aku..." ujar Ikhwan dan Farhan sekali lagi terkejut.

Wyvern tidak berkata apa-apa,apabila Farhan menoleh ke arahnya di dalam tubuh Farhan sendiri. Ikhwan menoleh ke arah Barrell,lelaki berkerudung itu hanya mengangguk faham.

"Wind Dragon..." Barrell memanggil Farhan dan si Naga Angin menoleh ke arahnya.

"Jika kamu inginkan jawapan,please take this path..." kata Barrell sambil tersenyum dan menuding ke arah satu lorong.

Farhan tidak membalas dan memandang ke arah Ikhwan,sepupunya hanya sekadar mengangguk tanda menyuruhnya masuk. Khaizo pula hanya menjadi penonton pada saat ini,Farhan memejamkan matanya dan dia berfikir tiada gunanya teragak-agak.

"Fine,I just have to take this path isn't?" soal Farhan dan Barrell tersenyum.

"Benar Naga Angin,jika kamu inginkan jawapan pergi masuk lorong itu...saya ucapkan maju jaya pada kamu tuan Naga Angin..." jawab Barrell mengulangi kata-katanya.

Farhan melangkah masuk sambil diperhati oleh Ikhwan,Khaizo pula hanya memeluk tubuh tanpa sebarang komen keluar dari mulutnya. Dia hanya memerhatikan Farhan lenyap ditelan kegelapan lorong,pada masa yang sama Farhan terus melangkah.

"Wyvern,kenapa kau diam?" soal Farhan.

"Aku minta maaf,aku diberi arahan supaya merahsikan kuasa itu..." jelas Wyvern.

"Kuasa apa?" soal Farhan.

"Bila kau sampai nanti,kau akan tahu jawapannya..." jelas Wyvern lagi dan Farhan merengus kasar.

"Macam main pop kuiz,nak teka-teka bagai la apa lah..apa masalah kau Wyvern?" Farhan merungut dan Wyvern tidak berkata apa-apa lagi.

Farhan berhenti melangkah apabila dia melihat satu cahaya,berbentuk gerbang pintu jika diperhatikan. Farhan menghela nafas pendek,lalu dia kembali meneruskan langkah memasuki pintu gerbang tersebut.

"What the..." Farhan tergamam melihat sat lembah di hadapannya,malah dengan keadaan awan jelas kelihatan berarak.

"Tak silap aku,kita di bilik bawah tanah? Macam mana boleh nampak awan?" Farhan menyoal sambil menggaru tepi kepala.

Lembah yang Farhan berada ketika ini,amat indah dengan kehijauan rumputnya. Burung-burung berkicauan merdu,Farhan meneruskan langkahnya memeriksa keadaan lembah tersebut.

"Aku boleh rasa daya tenaga yang amat kuat..." kata Farhan sendirian,Wyvern pula hanya mendiamkan diri.

"Kau bisu ke apa Wyvern?" soal Farhan dan Wyvern tidak menjawab.

"Apa punya malang nasib aku,dapat naga jadi naga bisu...memang tak boleh pakai la jawabnya.." kata Farhan dengan selamba dan Wyvern mula timbul urat pada dahi.

"Mentang-mentang aku senyap,kau kutuk aku ha?! Aku diam je tak boleh ke?.." ujar Wyvern bengang.

"Boleh cakap,ingat jadi patung tugu tadi.." Farhan membalas.

"Kau nak cari gaduh ke?..."

"Siapa yang mulakan dulu?"

Sedang mereka berdua bertikam lidah,tiba-tiba daya kuasa yang kuat dan menyeramkan dirasai. Farhan dan Wyvern terdiam,lalu mencari sesuatu dari sekeliling kawasan. Kabus tebal mula terhasil,Farhan pula menyeru Silver Katana untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan.

"Okay sekarang apa?" soal Farhan sendirian.

Jeritan menakutkan kedengaran dan satu susuk lembaga kelihatan dari kabus tebal,Farhan mengecilkan matanya untuk fokus dan seekor raksasa meluru keluar dari kabus itu. Farhan terkejut sambil membesarkan mata,sebelum terpelanting jauh dan merempuh dinding tanah berbatu.

"Minataurus huh?" soal Farhan dan raksasa itu menoleh ke kiri,Farhan sudah berada di situ lalu menghadiahkan satu tempakan.

BOKK!!

Minataurus itu tercampak secara berpusing seperti putaran skru,lalu merempuh beberapa batu batan yang tinggi. Farhan mendarat sambil mengibas bajunya yang dipenuhi oleh habuk.

"GROOAHH!!!" Minataurus itu menjerit kemarahan dari timbunan batu tersebut.

"Marilah,lembu hodoh..aku akan potong kau menjadi cebisan daging..."


"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now