Farhan dan Modred berbalas tangkisan yang deras,setiap kali bilah pedang mereka bertembung. Satu bunyi yang nyaring terhasil,gerakan hayunan pedang mereka begitu laju.TANG!!
TANG!!
TANG!!
Farhan dan Modred terseret sebaik satu impak hayunan pedang bertembung,dan Modred menambahkan kelajuan. Modred ingin pastikan Farhan tidak mampu mengejar kelajuannya,saat Farhan hampir lemah pertahanannya dengan segera Modred menyerang hendap.
Namun sekelip mata Farhan hilang daripada pandangan mata,Modred tergamam dan mendecih sambil mendongak ke atas. Farhan sedang berada di atas kepalanya,dalam keadaan terbalik dengan segera Farhan melibaskan pedangnya. Modred terkejut dan dengan segera dia menangkis serangan deras Farhan.
TANG!!
TUNG!!
TING!!
Modred melibas sekuat hati dan berjaya mencampakkan Farhan menjauhinya,dia menghela nafas pendek dan Farhan yang sebaik mendarat menarik pedangnya ke belakang untuk serangan susulan.
"Apa?" Modred terkejut apabila Farhan masih lagi mendesak.
"WIND CUTTING!!"
ZRASSH!!
"DON'T GET TOO COCKY!!" Modred menghayunkan pedangnya.
Serangan Farhan ditangkis oleh Modred,tetapi belum cukup untuk menghentikannya. Farhan menarik nafas pendek,sesuatu berlaku padanya dan dia terdiam sejenak. Farhan merasakan satu kuasa besar bakal aktif,namun dia masih tidak jelas apakah ia.
BRAAMM!!
Letupan kuat membuatkan dia tersedar dan memandang ke hadapan,Modred termengah-mengah kemudian menghayunkan pedangnya melenyapkan habuk tebal yang berada di sekeliling.
"Waa.. Kau masih selamat lagi.." ujar Farhan tersenyum berpura-pura terkejut,Modred pada awalnya mengah dia tersenyum kemudiannya.
"Jangan pandang rendah pada aku budak!!" Modred meluru ke arah Farhan dengan laju.
Dua bilah pedang mereka bertembung antara satu sama lain,bunyi nyaring terhasil dengan begitu kuat. Pada masa itu Haikal dari jauh memerhatikan perlawanan tersebut,dia menghembus nafas pendek kemudian tersengih teruja.
"Pertarungan Master memang terbaik,bukan selalu dapat lihat.." ujarnya sendirian.
"Yalah Master awak memang handal.." Echidna muncul di sebelahnya sambil tersenyum manis.
"Kan? Saya meminati dia sebagai tokoh idol! Menjadikan dia role model untuk meningkatkan ability saya.." ujar Haikal tersengih.
"Waa... Saya respek semangat awak,teruskan usaha kamu..!" ujar Echidna menaikkan ibu jarinya.
"Mestilah! Saya akan berusaha..! Aa?" Haikal terkejut dan menyedari sesuatu.
Haikal ternganga melihat Echidna di sebelahnya,tersenyum manis sambil menyengetkan sedikit kepala ke kiri. Haikal mulanya tersenyum kemudian berpeluh-peluh mukanya,senyuman hilang dan gigi diketap.
"SEVEN DEADLY KNIGHTS SLOTH!!" Jerit Haikal terus menjarakkan dirinya.
"Ya bingo!" ujar Echidna tersenyum.
"Why are you here..?" soal Haikal.
"I'm just taking a stroll...and.." kata Echidna tersenyum menggoda,Haikal menelan air liur melihat peha Echidna.
YOU ARE READING
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
FantasíaSILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang sa...