CHAPTER 96 : THE FINAL WAR

901 105 21
                                    

Sila pakai earphone untuk pembacaan penuh perasaan,terima kasih.

Tiupan angin yang menderu kedengaran,Qatariz memandang ke arah selatan. Dia kemudian menoleh ke arah askar tengkorak yang ingin menyerangnya,Qatariz menyalakan api merah darah dan terus diletupkan seluruh askar tengkorak itu semua.

"Baik aku ke sana sekarang..."

Pada masa yang sama Farhan dan Ikhwan hanya berdiri,memerhatikan asap yang tebal menutupi seluruh kawasan. Semua terjadi kerana pertembungan kuasa serangan mereka berdua dan Marvus.

"Kamu semua memang memaksa aku ke penghujung...." satu suara menegur mereka berdua,Farhan dan Ikhwan menunggu serangan hendap dari Marvus barangkali.

Satu susuk bayang tubuh manusia kelihatan dari asap tebal,berjalan menuju keluar dan bermula dari kaki sehingga muncul seorang lelaki penampilan penuh dengan kuasa kegelapan yang begitu kuat sekali.

"Kamu berdua memaksa aku..." ujar lelaki itu berjalan dengan renungan dingin.

Farhan dan Ikhwan sekadar mendiamkan diri masing-masing,mereka berdua mengumpulkan kuasa dan suasana tegang seketika sebelum mereka bertiga lenyap dari pandangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Farhan dan Ikhwan sekadar mendiamkan diri masing-masing,mereka berdua mengumpulkan kuasa dan suasana tegang seketika sebelum mereka bertiga lenyap dari pandangan.

Mereka berlaga tinju dan pertarungan itu menyebabkan kawasan di situ,hancur bergegar dengan begitu kuat. Marvus masih boleh meningkatkan kuasa dia,Ikhwan hanya menghela nafas pendek. Penumbuk Farhan dan Marvus berlaga lalu mengakibatkan keadaan lokasi pertempuran hancur berdentum.

BRAAMM!!

BRAAM!!!

Pertarungan mereka diteruskan lagi,setiap lagaan penumbuk membuatkan impak angin kencang. Pada masa yang sama dan lokasi sama juga,di timbunan tanah dan ranting pokok.

"GUAAH!!" Aminudden menimbulkan kepala dan disusuli oleh Luqman serta Khaizo.

Rambut mereka habis kusut masai dengan tanah yang melekat,segera mereka kemaskan keadaan tubuh badan masing-masing. Mereka dikejutkan dengan bunyi yang kuat,apabila dipandang mereka menyaksikan pertarungan yang dahsyat.

"Itu Marvus ke?" soal Aminudden memerhatikan lelaki berkulit warna hitam gelap yang sedang bertarung dengan Farhan dan Ikhwan.

"Rasanya kot?" kata Luqman pula.

"Bukan kot lagi,memang betul la tu Marvus..." balas Khaizo.

Pedang panjang yang disangkut pada sebelah pinggang,Marvus segera cabut dan menghayunkan pedangnya. Ikhwan terus menyeru pedang Sacred Royal Blade,dia segera menahan serangan Marvus. Farhan pula mencapai lembingnya,dia merejam lembing itu dengan segera menusuk tubuh Marvus.

Lembing tersebut menikam perut Marvus namun dengan tenang,Marvus mencabut lembing yang menembusi tubuhnya. Farhan tersenyum kelat dan Ikhwan pula menghalakan tapak tangan ke arah Marvus,sfera biru menangkap Marvus dengan segera dan Ikhwan menerbangkan dia ke atas langit tinggi.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now