CHAPTER 18 : KERJASAMA TIGA NAGA

1.5K 103 3
                                    

"Pulau Fang? Kena takluk?" Soal Farhan.

"Yeah..kalau tak silap penduduk semua jadi tahanan...tapi buat masa ni tiada nyawa terkorban.." Ikhwan memberi penerangan,Amien pula menghirup air teh bunga campur sedikit hirisan kulit epal.

"Dasar binatang...." kata Farhan menahan geram,menggenggam kuat penumbuknya.

"Bertenang Farhan..." kata Ikhwan.

"Jadi apa tindakan kau?" Soal Amien selepas menghirup air teh bunga epal.

"Pulau tu adalah sebahagian negara Mentari,jadi sudah menjadi tanggungjawab kita bukan?" Farhan berkata selamba dan Ikhwan sekadar tersenyum.

Pada masa itu Fara sedang bermain dengan Hariq yang baru berusia 6 bulan,Laura turut sama bermain dengannya. Alisa sekadar memerhatikan sahaja,dia menoleh ke arah tempat suaminya berbincang dengan Farhan dan Amien.

"Apa yang mereka bincangkan tu.." soal Alisa ingin tahu.

"Tapi kenapa mereka takluk pulau tu?.." soal Amien dan Farhan sekadar menoleh ke arah Ikhwan.

"Pulau Fang ada simpan satu senjata perang dunia ketiga milik Mentari..kalau tidak silap...ini.." ujar Ikhwan menunjukkan skrin visual dan mereka terkejut.

"Ini..." Farhan tergamam.

"Kau bergurau ke..." Amien pula tersengih.

" Amien pula tersengih

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mega Battle Drone...satu serangan mampu memusnahkan separuh battalion tentera..." ujar Ikhwan memberi penjelasan.

"KENAPA MENTARI SIMPAN KAT PULAU TU HA?!!" Jerit Amien bengang dan Farhan menutup kedua lubang telinganya,Ikhwan memejamkan matanya sebaik dijerit oleh Amien.

"Mana la aku tahu masa tu 30 tahun yang lepas...aku belum lahir la setan!" Bidas Ikhwan pula.

"Semua ni tak terjadi kalau kau tak alihkan benda tu la raja naga tolol!" Kata Amien pula.

"Apa kau cakap?..." Ikhwan pula kali ini menahan geram,dahinya mula timbul urat.

"Nak gaduh? Meh la!" Amien mengajuk mengetap gigi.

"THAT'S ENOUGH!" Farhan bersuara dan Ikhwan menghela nafas pendek.

"Farhan.." Amien terdiam melihat renungan Farhan yang dingin itu,kemudian dia kembali duduk.

"Sekarang bukan masa untuk bertekak,dan satu lagi jika kau nak bertarung dengan dia ni..aku sarankan kau amik insuran tahap dewa punya..aku tak boleh jamin kau boleh berjalan lepas lawan dengan Ikhwan.." ujar Farhan.

"Alright...alright..aku dah diam ni.." ujar Amien dan Farhan memandang ke arah Ikhwan.

"Wan..boleh kau teruskan?" Pinta Farhan dan Ikhwan menghela nafas pendek.

"Pulau tu pada 30 tahun lepas tiada penghuni,jadi mereka bina satu makmal bawah tanah untuk letakkan senjata itu semua..lagipun cuma M.B.G je yang ada..." jelas Ikhwan.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now