CHAPTER 57 : THE SCROLL

782 66 8
                                    

Please put your earphone for immersive experience

Suatu tempat di bandar terbiar,Modred bersama Galahad berjalan memasuki pintu gerbang. Mereka berdua hanya memerhatikan keadaan bandar tersebut,angin bertiup jelas dirasai oleh Galahad yang bandar ini adalah pangkalan sebuah kumpulan. Tidak lama kemudian beberapa orang berpakaian sut,mengepung mereka berdua dan Modred menarik kedua pedangnya.

"Menarik..." Modred berkata tersengih dan Galahad menyeru tombak.

"Motif kita adalah cari ketua mereka,jangan bunuh sehingga dapat apa yang kita nak.." Galahad memberi arahan.

"I know I know,quit pestering me.." Modred berkata dengan geram.

Modred sedar salah satu orang berpakaian sut gear lengkap,menyerangnya dan Modred menahan serangannya. Dia terseret ketika menahan,Modred tersengih apabila menyedari perkara itu.

"INTERESTING!!" Modred menyeringai dan meluru ke arah orang berpakaian sut gear itu.

Lelaki dalam sut gear itu menghayunkan kaki,Modred pula melibas pedangnya dan impak yang kuat terhasil. Merosakkan rumah-rumah yang terbiar berhampiran dengan mereka.

Serangan mereka bertembungan tanpa henti,lelaki sut gear itu terkejut apabila melihat lelaki berzirah di hadapannya mampu menyaingi kuasa sut gear miliknya. Malah Modred mula menguasai pertarungan,lelaki sut gear itu mendecih lalu menarik pedang yang disimpan pada belakang badannya itu.

"Aku ingat pedang belakang tu cuma perhiasan je,menarik..menarik..." kata Modred menarik nafas pendek,lalu dihela dengan lembut.

"Kamu tiada urusan di sini,sila beredar dan jangan paksa kami!" ujar lelaki sut gear itu.

"Kalau kami tak nak,kau nak buat apa?" soal Modred mengajuk.

"Jangan salahkan aku..." lelaki itu memegang pedang jenis katana miliknya,garisan merah pada sut lelaki itu bersinar dan menjadi semakin terang.

Modred kehairanan dengan keadaan itu,lelaki sut gear itu pula lenyap dari pandangannya. Modred terkejut dan tidak dapat merasai daya ki milik lelaki sut gear tadi,dalam pada yang sama dia seperti dipukul dan terpelanting jauh. Galahad yang sedang bertarung dengan beberapa orang berkerudung,sedar akan apa yang berlaku dan dia mendecih.

"Modred tu,apa dia buat?" Galahad berkata sendirian,pada masa yang sama dia menahan serangan curi.

"Serang curi? Tak gentle langsung.." Galahad menyindir.

"Pergi dari sini Galahad The Wrath,kami tidak mahu ada apa-apa berkenaan tentang Marvus...!" salah seorang penjaga kawasan itu memberi amaran.

"Oh...jadi kau mestilah orang yang bernama Oracle bukan?" soal Galahad tersengih licik

"Malangnya dugaan kau salah..." balas penjaga itu.

"Apa?" soal Galahad kehairanan.

"Oracle telah lama hilang dari sini,sejak 100 tahun yang lalu...tiada siapa tahu di mana dia sekarang berada..." Jelas lagi seorang penjaga bertopeng.

Galahad hanya terdiam dan air muka dia kembali tidak berperasaan,kemudian menarik nafas panjang dan memusingkan tombaknya.

"Kalau macam tu,kamu semua akan mati.." Galahad menyeru ribuan tombak di udara,para pengikut yang turut menjaga di kawasan itu terkejut.

"Tiada keuntungan untuk kau membunuh kami..." kata penjaga itu.

"Ya aku tahu,tetapi aku cuma nak lepaskan geram..." Galahad menunjukkan muka kemarahannya,penjaga dan pengikutnya mendiamkan diri.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now