Farhan bersahaja apabila direnung oleh mahluk Fenrir tersebut,bulunya berapi marak dan seperti bersiap sedia untuk menyerang. Farhan pula hanya melihat sekeliling dan menghela nafas pendek,tiba-tiba dengan sepantas kilat Fenrir itu sudah dihadapannya dalam keadaan menyerang.
RAWR!!
"Hmph!" Farhan hilang bagaikan angin apabila cakaran Fenrir,hampir mengenai tubuhnya.
"Oi....!" Sedang Fenrir itu mencari-cari kelibatnya,Farhan sudah berada di atas bumbung bangunan.
Grrr!!!
Serigala api itu ternyata marah,apabila wajah Farhan yang tersenyum selamba cuba mengajuknya. Fenrir melompat dinding bangunan,kemudian Farhan segera berlari meninggalkannya dan itu makin menyimbah minyak ke api.
Bagus...ikut aku sahaja.
Akhirnya Farhan berjaya mengumpannya ke tanah lapang,dan berhenti menunggu kehadiran serigala api itu. Dia memeluk tubuhnya dan terfikir apa yang dia perlu untuk menenangkan haiwan seperti itu?
Aku malas nak pukul-pukul binatang ni...hmm macm mana ni...
"Kau ngomel sorang-sorang kenapa?"
Satu suara agak kasar,namun budiman menegur Farhan tersengih dan menyedari Fenrir berjaya mengejarnya.
"Itu ke natang apinya...?"
"Ai Wyvern....ko ada dalam badan aku sepanjang masa,takkan la tidur je kot...." kata Farhan selamba dan senyum.
"Ye la bosan,tak tahu buat apa tidur la...apa lagi?"
"Baiklah,sekarang kau tidak akan bosan...." kata Farhan lagi dan Fenrir meluru ke arahnya.
SYNCHRONIZED!!!
Sebaik sahaja sebutan SYNCHRONIZED rambut Farhan menjadi warna daripada hitam,dan berubah kepada putih. Anak matanya turut sama berubah merah,cakaran Fenrir ditahan kemas.
Grrr??
"Garangnya..." ujar Farhan senyum simpul.
GRAHHH!!!
"Hmm....degilnya,kau lepak jauh-jauh dulu..." Farhan berkata serta menolak Fenrir dengan tekanan kuasa angin.
"Hmm....Wyvern,pinjam sat pedang kau..." ujar Farhan selamba.
"Guna je la sebanyak mana kau nak..." balas naga bernama Wyvern itu,kemudian pedang berwarna perak muncul digenggaman kemas Farhan.
"Hehe thanks...shall we continue? Mr or mrs Fenrir?"
GRAAHH!!!
"kau nak cepat or lambat?" Soal Wyvern.
"Cepat la...semestinya...."
"Okay....now that beast is yours"
"Swordplay....." Farhan menumpukan tekanan kuasa pada pedangnya,kemudian matanya yang dipejam buka luas,manakala Fenrir sudah hampir ke arahnya.
Invisible Blade Cutter
Serangan libasan pedang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar,melibas berulang kali pada serigala api dan akhirnya rebah tidak mampu sedarkan diri. Rambutnya yang putih berubah semula,begitu juga dengan matanya.
YOU ARE READING
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
FantasySILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang sa...