Sila pasang earphone untuk pembacaan penuh berperasaan
FARHAN berdiri dengan aura hijau keputihan cerah,yang meninggi umpama tiang cahayanya sehingga ke langit. Solleh dan Tuzeman mendongak melihat ke arah langit,cahaya milik Farhan hanya diperhatikan dengan senyap.
Jamel menyilangkan tangan dan cakar dibuka,dengan sekali libasan menyilang dilakukan maka hancurlah para askar tengkorak yang mara menyerang. Dia menjeling ke arah tiang cahaya,kemudian dia tersengih dan terus merempuh askar tengkorak.
Luqman dan Aminudden hanya mendiamkan diri,mereka merasai aura Ikhwan menjadi lemah. Mereka berdua berpandangan dan mengangguk faham tanpa berbicara,Luqman dan Aminudden segera berdiri. Solleh sedar tindakan cucunya,dia dan Tuzeman menoleh ke arah mereka.
"Kami nak bantu..." ujar mereka berdua serentak.
Siddiq termengah-mengah dan masih memegang batang sabit,Irfit pula hanya tenang sambil tersenyum melihat gaya Siddiq yang kepenatan. Layla pula kekal di belakang Siddiq,memberi bantuan kepada adik iparnya.
"Penat ke? Permainan hanya baru bermula..." kata Irfit tersengih sambil menghalakan sabitnya,Siddiq tersengih sahaja dan Irfit pula kehairanan.
"Penat? Aku masih boleh teruskannya..." kata Siddiq dan terus meluru ke arah Irfit.
TANG!!
TANG!!
KTANG!!
Sabit Siddiq dan Irfit berlaga dengan sengit,libasan mereka begitu laju dan diperhatikan oleh Layla. Geseran apabila bilah sabit bertembung lalu diseretkan dengan sengaja,Siddiq hanya menarik sabitnya sekali dengan sabit Irfit ke bawah tanah kemudian dikunci.
"Apa?"
DUUUSSH!!
Irfit tercampak jauh ke belakang,sabitnya disepak ke tepi oleh Siddiq. Irfit kembali bangkit menekan pipinya,bisa pada pipi buatkan Irfit mengetap gigi amarah mula kemuncak.
"KAU MEMANG DAH LAMA HIDUP YA? BOSAN DENGAN HIDUP?!! BIAR AKU TAMATKAN RIWAYAT KAU!!" Irfit meluru ke arah Siddiq dengan laju.
DUSSH!!
Satu penumbuk mengenai muka Siddiq secara bertalu-talu,dari muka beralih pada perut dan atas kepala. Siddiq mengetap gigi menahan sakit,kemudian dia cuba melawan namun Irfit memberikan pukulan yang kuat.
"DAMN YOU!! DAMN YOU!! DAMN YOU!!" Irfit menjerit kemarahan.
"SIDDIQ!!" Layla cuba membantu.
"DON'T YOU DARE!!" Irfit menghasilkan parit kecil sepanjang 10 meter di hadapan Layla dengan letupan.
Irfit mencengkam rambut Siddiq dan diangkat,aura gelap pada penumbuknya digenggam. Irfit hanya merenung tajam ke arah Siddiq yang cedera teruk pada muka,Siddiq membuka kelopak mata dengan perlahan-lahan.
"MAMPUS KAU BUDAK!!" Irfit terus menghayunkan penumbuk.
ZRASHH!!
Sekelip mata tangan Irfit terus terpisah dari badan,Siddiq pula terlepas kerana tangan yang mencengkamnya. Irfit memandang ke tepi dan Aminudden sudah berada di sebelahnya,dengan memegang pedang miliknya manakala Luqman sudah menangkap dan memapah Siddiq menghampiri Layla.
"Siddiq!" Layla memapah Siddiq sebaik dihulurkan daripada Luqman.
Layla,boleh kau rawat dia?" soal Luqman dan Layla sekadar mengangguk.
Aura gelap memancut keluar dari kawasan bahu Irfit yang dipotong,kemudian dia menjerit kesakitan dan Aminudden berundur ke belakang. Irfit melutut dan menahan kesakitan,urat dahi dan matanya kemerahan.
YOU ARE READING
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
FantasySILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang sa...