CHAPTER 45 : THE WRATH OF WIND

780 72 3
                                    



IKHWAN masih lagi belum sedar dan keadaan semakin pulih,mungkin kerana kuasa pada Eternal Emperor. Dia dapat daripada Iskandar iaitu pengasas Mentari. Farhan pula sudah ke sebuah pulau yang tiada penghuni bersama Fara,Reezal seakan sedar yang Farhan menyalahkan dirinya atas apa yang berlaku ke atas Ikhwan.

BOOMM!!

BRAAMM!!!

"WOAHH!!...." Farhan menumbuk sekuat hati pada tanah,dan juga batu batan yang berada di situ.

Fara hanya melihat dari atas tebing tinggi keadaan suaminya,dia mula risau keadaan Farhan yang melepaskan geram dan seseorang muncul di sebelahnya. Dia menoleh lalu terkejut akan kehadiran individu itu,Farhan mengumpul auranya dan melibas menggunakan pedang namun seseorang muncul menangkis serta dihalakan ke arah langit.

"Huh?...." Farhan terkejut dengan kehadiran orang itu.

"Kau bertarung dengan udara ke? Boleh join tak?" soal orang itu,tidak lain tidak bukan ialah Amien Khaizo atau Khaizo.

*Amien Khaizo mulai saat ini akan dipanggil sebagai Khaizo*

"Sure...." ujar Farhan memusingkan pedang katana miliknya,Khaizo pula menyeru penukul gergasi.

Laura menghampiri Fara dan mereka menunduk antara satu sama lain,kemudian memerhatikan ke arah suami masing-masing. Farhan dan Khaizo terus meluru ke arah satu sama lain,lalu melibaskan senjata masing-masing.

PRANG!!

BOOM.....!!!

PERLAGAAN dua senjata keramat dari dua pahlawan naga,menyebabkan letupan dahsyat dan angin kencang terhasil lalu Fara menghasilkan pelindung. Mereka teus menyambung berentap dan masing-masing memperlihatkan skill,Khaizo dan Farhan berbalas renungan sejenak sebelum berentap.

"Aku pun marah pasal Ikhwan cedera..." ujar Khaizo semasa bertembung senjata.

"APA KAU TAHU?!..." Farhan melibas semula pedangnya.

Khaizo menepis pergelangan tangan Farhan sehingga pedangnya terlepas,lalu Khaizo dan Farhan bertempur dengan tangan kosong. Farhan melibas belakang lengan,Khaizo menahan dan menyerang balas.

Farhan memusingkan badannya dan menghayunkan libasan kaki,kemudian Khaizo melepaskan tangan Farhan dan melakukan back-flip untuk mengelakkan serangan Farhan. Khaizo mengeluarkan aura perang kecerahan pada penumbuknya,Farhan juga melakukan perkara sama dengan aura hijau cerah terang.

"DRAGON RUSH!..." Farhan memulakan serangan.

"GAIA BREAK!.." Khaizo melancarkan serangan balas.

BRAAMM....!!!

ZWOOSH!!!

"Aku tahu perasan kau,aku juga kawan dia...kita semua rasa sakit hati dia.." ujar Khaizo menurunkan penumbuknya.

"Jadi jangan salahkan diri sendiri,Ikhwan mesti tak salahkan kau la..." sambung Khaizo lagi dan Farhan hanya mendiamkan diri.

"Haha...haha..." satu suara ketawa kedengaran,sebelum sesuatu mendarat tidak jauh di hadapan mereka.

"Huh?" Khaizo dan Farhan terkejut,Fara dan Laura turut bereaksi yang sama.

Habuk tebal akibat pendaratan kasar dari individu misteri,kemudian kelihatan bayang orang berdiri sambil mengibaskan tangan. Habuk tebal terus lenyap dan wajah Marvus muncul,Farhan terkejut dan menahan geram manakala Khaizo menahannya dari terus bertindak.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now