AWAN hitam berarak dari jauh jelas kelihatan dan Marvus hanya menongkat pipi,tidak melakukan apa-apa mungkin kecederaan yang dia dapat semasa bertarung dengan Farhan beberapa hari lepas. Marvus memegang bahagian bawah rusuknya,kemudian dia mengetap gigi menahan geram.
"Arahan kamu tuan..." ujar Irfit yang berada di sebelahnya.
"Kecederaan aku belum pulih,kita tunggu dulu..." ujar Marvus.
"Apa saja untuk kamu tuan...." ujar Irfit menunduk hormat.
"This nation will destroy into the dust..."
Farhan hanya memerhatikan keadaan awan hitam tersebut,dia menoleh ke arah Ikhwan yang sedang berbicara dengan skuad Ghost. Manakala Reezal bercakap sesuatu dengan kedua anaknya,Luqman dan Aminudden yang mendengar dengan tekun.
"Nampaknya awan hitam itu berhenti bergerak..." Arjuma menegur sebaik menghampirinya.
"Aku tak sedap hati..." ujar Farhan.
"Semua orang macam tu bro,jangan la risau...kita boleh atasinya.." Arjuma menepuk bahu Farhan beberapa kali.
"Aku tahu tapi perasaan ni tak hilang-hilang langsung..." balas Farhan lagi.
"Hey dah nak putus asa ke?" satu suara menyoal dan mereka berdua menoleh ke belakang,Khaisa dan Eva berdiri di sambil menyilangkan tangan pada dada.
"Kamu berdua..." Farhan sedikit terkejut.
"Waa...junior aku join perang jugak.." Arjuma berkata sambil tersengih.
"Mesti la...saya pun skuad elit negara ni okay..." Khaisa berkata bangga sambil mencekak pinggang.
"Amboih tak nak kalah..." kata Arjuma menggosok kepala Khaisa dengan kasar.
"Hey..rosak rambut kita la.." rungut Khaisa.
"Mana senior Ikhwan?" soal Eva kepalanya melilau mencari kelibat Ikhwan.
"Someone looking for me?" soal Ikhwan menegur sambil mengusap kepala Eva,gadis itu sekadar mencebik sahaja.
"Thanks Syah,sebab sertai kami..." Ikhwan berkata dengan tersenyum sambil menoleh ke arah Arjuma.
"Its not big deal,dari kena tawan....aku tak sanggup...nanti pelanggan lari.." seloroh Arjuma selamba.
Farhan memandang ke arah awan hitam yang tidak jauh dari negara Mentari,dia hanya memerhatikan dengan pandangan penuh resah. Ikhwan menyentuh bahunya dan Farhan menoleh ke arah sepupunya itu,Ikhwan mengangguk tanda suruh untuk bersiap sedia dan Farhan membalas dengan mengangguk juga.
Reezal pula memerhatikan di sudut balkoni istana,dia harus pastikan keadaan para rakyat yang dipindahkan semuanya terkawal. Jamel dan Zeo dibantu Jane serta Luna membantu dalam pemindahan semua rakyat,Rebecca juga membantu bersama Hairul dan Hana.
Marvus mengangkat tangannya dan dihalakan ke hadapan,sambil diperhatikan oleh Irfit yang mendiamkan diri. Awan gelap mula berkumpul di setiap empat kota utama negara Mentari,Jamel mendongak dan mendecih kemudian Azlee menghela nafas pendek. Niezam pula mengepalkan penumbuk dan Zaren mendesah.
"Apa pula kali ni dia nak buat..." Arjuma berkata mengerutkan dahi.
Awan mengalir kilat putih dan gelap kemudian sesuatu turun keluar dari langit,askar kegelapan dan demon di hadapan setiap kota utama. Farhan terkejut dan menoleh ke arah Ikhwan,Arjuma pula menyedari Raven menghampirinya.
"Syah kau pun ada?" soal Raven.
"Aha...aku nak tolong..." jawab Arjuma dengan selamba.
"Khaisa dan Eva ikut Arjuma dengan Raven pertahankan kota..." Ikhwan memberi arahan dan mereka berempat mengangguk faham.
"Farhan...as usual?" ujar Ikhwan tersenyum.
"Yeah I know...lets go!.." balas Farhan.
Arjuma dan Raven memerhatikan Ikhwan dan Farhan terus terbang laju meninggalkan mereka,kemudian mereka berdua menoleh ke arah Khaisa serta Eva dan mengangguk antara satu sama lain.
"Lets do this!" ujar Khaisa mengangkat penumbuk.
"Together..." Raven mencelah dan semua tersengih mengangguk.
Pada masa yang sama Yusri baru dapat maklumat daripada Ikhwan,mengatakan kota utama kesemua telah diserang oleh angkatan tentera askar kegelapan seruan Marvus. Dia menoleh ke arah Raffie dan beberapa askar,Yusri menghela nafas pendek dan air mukanya berubah serius.
"Semua dengar? Laporkan setiap skuad!" Yusri memberi arahan dari talian.
"Natasha leader Assassin Squad,squad ready..."
"Ace Horrus from Trinity team,ready..."
"Felicia leader Ghost squad,squad ready..."
Nanti dulu wahai saudaraku....
"Huh?....." Farhan dan Ikhwan terkejut mendengar suara itu.
Jangan terus berperang...
"Suara siapa ni?" soal Yusri mendengar dengan teliti.
Marvus merupakan pihak lawan yang licik...
Semua askar terkejut dengan suara tersebut kerana bermain di minda mereka,Marvus merasai sesuatu di tengah pusat negara dan dia tersenyum teruja. Seseorang dengan berpakaian serba putih berada di pusat negara,dia berada di tengah petak dan lelaki itu tersenyum.
Lantas dia merapatkan kedua tapak tangannya dan bulatan magis terhasil,Farhan mendongak dan Wyvern serta Ikhwan bereaksi seakan kenal daya kuasa ini. Corak bulatan magis yang besar di bawah negara pulau gergasi itu,Marvus terkejut dengan daya kuasa ini dan mengepalkan penumbuknya.
"Magis Agung....SUN JUDGEMENT!!..."
Corak magis tersebut bersinar dan cahaya sinaran itu menghapuskan seluruh demon,begitu juga askar kegelapan yang ingin menyerang Kota Kabus. Zaren dan Noh berpandangan,Niezam hanya memerhatikan sahaja bersama Hisyam.
"My lord,we have to retreat..." kata Irfit mengangkat tangannya dan portal gelap muncul di belakang mereka.
"You still alive....." ujar Marvus berundur masuk ke portal gelap itu.
Lelaki itu memerhatikan dari pusat negara dan hanya menghela nafas pendek,dia sudah dapat mengagak hari ini akan datang dan menyedari kehadiran Ikhwan mendarat di hadapannya.
"Hello Ikhwan,you doin well..."
"Why....I saw you die in front of me..." ujar Ikhwan tergamam,Farhan turut baru sahaja tiba.
"NO WAY!..." Jerit Farhan.
Mereka memandang ke arah seseorang yang pernah menjadi raja naga sebelum Ikhwan,dia kini dalam keadaan tubuh manusia serta tersenyum pada dua pahlawan itu.
"Karma....."
YOU ARE READING
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
FantasiSILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang sa...