CHAPTER 73 : NOW ITS THE TIME!

829 72 34
                                    


Reezal sedang memeriksa dokumen penting di bilik raja,sambil dibantu Razeedah dan Aila serta Intan. Sedang mereka sibuk memeriksa,Reezal sedar awan mula menghitam. Guruh dan kilat berdentum,Reezal bangkit dan berjalan menghampiri tingkap.

Awan hitam begitu tebal kelihatan dari istana,Reezal mula tertanya adakah ianya angkara Marvus?

Aila hanya mampu mendiamkan diri,dia juga terasa aura suaminya yang sedang bertarung. Luqman sedang melawan Rosette,Razeedah membelai kepala menantunya itu dengan senyuman.

"Bonda..." ujar Intan risau.

"Semuanya pasti akan baik-baik sahaja..." Razeedah berkata memujuk Intan.

Reezal hanya memandang ke arah anak perempuannya,kemudian dia toleh semula ke arah awan hitam yang begitu jauh dari tempat dia berada.

"Daya tenaga begitu kuat..." ujar Alisa dan Fara memerhatikan dengan penuh risau.

"Adakah semuanya akan okay?" soal Fara dan Alisa hanya mampu tersenyum kelat.

PRANG!!

Modred terseret ke belakang sebaik dia mengelak serangan Farhan,jelas air muka yang menunjukkan sifat penuh kebencian pada Farhan. Tetapi Farhan langsung tidak terganggu dengannya,pedangnya digenggam kemas dan aura hijau cerah mula terhasil pada bilah pedangnya.

ZWOOSSH!!

Cahaya hijau kecerahan itu memanjang sehingga menembusi awan,Modred tergamam dengan keadaan itu rambut Farhan menghijau sama warna dengan cahaya pada pedangnya itu.

"Modred The Greed..." ujar Farhan dan Modred memandangnya,Farhan sudah mengangkat pedangnya.

"Apa?" Modred memasang kekuda terkejut dengan tindakan Farhan.

"DIVINE SLASH!!"

ZRAASSH...!!!

BRAAMMM...!!!

Hayunan pedangnya menghempas ke bumi,menghentam Modred yang ada di hadapan matanya. Tiupan angin begitu kencang terjadi akibat hempasan hayunan mengenai bumi,asap dan habuk tebal terhasil.

"Serangan kau menjadi ke?...." soal Wyvern dan Farhan tidak menjawab.

Asap tebal dan habuk mulai beransur-ansur hilang,Farhan yang asalnya mukanya serius berubah tersenyum sinis. Modred masih mampu berdiri,ini kerana dia mengenakan sut zirahnya dan itu yang menyelamatkannya.

"Dia selamat..." kata Wyvern menyampah.

"Nah,zirah retak agak teruk..." ujar Farhan sinis dan Modred mengetap gigi.

Modred menyeringai dari sebalik helmet zirahnya,lalu meluru laju ke arah Farhan dan Farhan memusingkan pedangnya bersiap sedia sambil tersenyum sinis.

"That's enough..."

Suara Marvus menerjah dan Modred berhenti dari terus mara,Galahad mendecih dan Dragon Killer turut berhenti dari terus bergerak. Mereka semua berundur,Farhan kehairanan dan Modred merenungnya.

"Kita akan jumpa lagi budak..."

Farhan hanya memerhatikan Modred sehingga hilang daripada pandangan,dia mencangkung dan menghela nafas kepenaran.

"Haa... Sapa nak jumpa kau lagi setan..!!"

PAKK!!

BAKK!!

Rosette diasak teruk oleh Luqman,dia menumbuk dengan pantas namun Luqman menepis dan memberikan tumbukan pada perutnya.

"Ngh!" Rosette berang dan amarah meletus,lalu meluru ke arahnya Luqman dengan pantas.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now