CHAPTER 13 : SISI ROMANTIK FARHAN

1.4K 109 0
                                    

Farhan dan Fara melangkah dengan penuh berhati-hati,bahagian dalam runtuhan itu begitu gelap. Hanya berbekalkan lampu suluh di tangannya,Farhan menyuluh bahagian yang tersembunyi. Bunyi tikus berlari kedengaran membuatkan Fara memeluk lengan Farhan dengan lebih kuat,Farhan sekadar menghela nafas pendek serta menggelengkan kepalanya.

"Hmm..." Farhan menggaru kepalanya dengan lampu suluh,kemudian berhenti dari terus melangkah.

"Abang?" Fara kehairanan melihat Farhan duduk mencangkung,lantai diamatinya dengan teliti.

Farhan bangun dari cangkung,dan menoleh ke arah isterinya lalu mengangguk. Fara faham maksudnya dan turut mengangguk juga,mereka berdua berjalan dalam beberapa meter akhirnya tiba di hadapan sebuah pintu. Simbol elemen naga angin tertera pada tengah pintu tersebut,Fara baru mengerti kenapa Ikhwan memberi tugasan hanya kepada lima orang elemen naga sahaja.

Tanpa membuang masa,Farhan mengalirkan kuasa elemen miliknya. Kemudian kunci yang berada di pintu itu,terbuka keseluruhannya dan pintu itu terkuak luas.

"Ouh...." ujar Fara.

"Faham?" Farhan menyoal dan Fara mengangguk.

"Runtuhan yang berada di negara Mentari adalah berasaskan kuasa unsur kilat,sebab itu abang Ikhwan beri tugasan pada anak saudara dia.." jawab Fara.

"Ya...manakala di sini kuasa yang berasaskan unsur elemen seperti abang..." jawab Farhan pula.

"Runtuhan di korea adalah elemen tanah...jadi abang Ikhwan serta kak Alisa...tapi bagaimana mereka nak pergi tempat itu dengan serentak?" Soal Fara lagi.

"Oh..yang runtuhan gunakan kuasa api,Ikhwan hantar Aminudden.." balas Farhan sambil melangkah masuk ke dalam pintu itu.

Namun dengan tiba-tiba perangkap aktif,dan melepaskan tembakan lembing ke arah Farhan.

"Woops!" Farhan menangkap lembing itu dengan kemas.

"Jadi...tapi kenapa dia arahkan Aminudden?" Soal Fara memulakan langkah mengekori Farhan.

"Ouh..sebab Aminudden ada kuasa api biru serpihan kuasa Ikhwan.." jawab Farhan sambil menangkis serangan perangkap yang telah dipasang.

"Bagaimana?" Soal Fara kehairanan.

"Dua tahun lepas...Ikhwan ada cerita pada abang..." ujar Farhan sambil mengingati kembali kata-kata Ikhwan.

"Dua tahun lepas masa aku lancarkan teknik Purification Blaze,serpihan api biru ada meresap masuk dalam tubuh anak saudara aku...Aminudden dan Luqman..."

"Lebih kurang macam tu la..." jawab Farhan.

"Maklumat yang saya tahu,Pure Blaze bukan sembarangan kuasa..jika gagal kuasainya.."

"Pengguna akan 'ditelan' oleh kuasa itu.."

Fara terkejut dengan penjelasan Farhan,dan suaminya hanya menyambung langkah setelah selesai mengelak dari setiap perangkap yang ada. Fara segera mengejar Farhan dari belakang.

"Jadi bukankah itu bahaya?" Soal Fara risau.

"Jangan la risau...Ikhwan ada latih budak tu,sebab itu dia wariskan pedang Ribuan Tahun padanya.." balas Farhan tersenyum.

"Nampaknya abang yakin dengan abang Ikhwan..." kata Fara pula.

"Dia sepupu abang kan? Mesti la yakin.." balas Farhan pula.

Farhan dengan tiba-tiba menyedari kehadiran aura gelap yang kuat,dia menghentikan langkahnya dan menyandar pada dinding. Lalu dia mengintai sebaik tiba di pintu sebuah bilik,dia terkejut dengan seseorang sedang berdiri merenung ke arah batu seperti tugu.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now