Marvus berjalan dengan angkuh melepasi satu lorong gelap,bau yang menusuk kalbu tidak diperdulikan. Echidna dan Rosette turut mengekori dari belakang,entah apa yang Marvus mahukan daripada mereka.
Akhirnya mereka tiba di hadapan satu pintu gerbang,di mana atas sekali pintu gerbang itu ada tengkorak bersarung kerudung memegang pintu gergasi tersebut. Echidna dan Rosette tergamam,tidak pada Marvus kerana dia tersenyum sinis.
Marvus mengeluarkan satu kunci berwarna ungu gelap,seperti warna gem yang diselati kegelapan. Rumah kunci dimasukkan dan diputar,dan sedikit demi sedikit pintu gerbang itu terbuka. Sekali lagi Echidna dan Rosette tergamam,mereka berdua menyaksi seekor naga gergasi terbeku di dalam iceberg yang besar.
"Apa ni tuan?" soal Echidna dan Marvus tersengih.
"Dragon Killer... Naga yang aku cipta untuk bunuh naga yang lain.." jelas Marvus.
"Naga yang membunuh puak sendiri,huh...memang ironi.." ujar Rosette sambil menyilangkan tangan di bawah dadanya.
"Tapi kerana Iskandar,naga ini tidak mampu dibangkitkan..." jelas Marvus geram.
"Apa yang Iskandar lakukan?" soal Echidna.
"Jantung naga ini tiada,Iskandar telah ambil dan simpan di satu tempat..." jawab Marvus sambil menggigit bibir menahan marah.
"Kau tahu di mana jantung naga kau ini?" soal Rosette lagi dan Marvus sekadar mendesah.
"Jika aku tahu di mana,sudah lama naga ini aku bangkitkan!!" jerit Marvus sakit hati dengan soalan Rosette.
"Habis tu? Cari la,usaha tangga kejayaan..." balas Echidna selamba.
"Sekarang zaman maju,ada lift senang..." Rosette mengejek dan aura gelap keluar daripada tubuh Marvus.
"Seronok bergurau?" soal Marvus menahan geram.
"Err... Ya?" jawab Echidna tersenyum kelat.
"APA LAGI?! CARI LA MANA JANTUNG ITU DISIMPAN!!" Jerkah Marvus dan Echidna segera menarik Rosette lenyap ditelan bayang.
Marvus mengetap gigi dan menoleh ke arah iceberg tersebut,dia memegang ais itu dengan mengusap kemudiannya. Marvus mengetap gigi dan wajah Iskandar tersenyum menjelma dalam ingatan.
"Bodoh!"
Farhan berdiri di hadapan satu Runtuhan purba,laporan dari orang awam mengatakan sesuatu yang mengganggu mereka sejak 3 bulan yang lalu. Mereka mengadu kerap mendengar bunyi aneh,Haikal menelan air liur memerhatikan keadaan kegelapan malam di situ.
"Kau kenapa? Resah semacam?" soal Farhan kehairanan dengan tingkahlaku anak muridnya.
"T-tak! Tak ada apa-apa,saya okay!" ujar Haikal tersengih paksa.
Farhan mengangkat sebelah kening dan dia menghidu sesuatu yang mencurigakan daripada Haikal,tidak lama lepas itu bunyi yang agak menyeramkan mula kedengaran.
"Bunyi apa tu?" soal Haikal menggigit bawah bibir.
Farhan memerhatikan keadaan sekeliling,dia merasakan daya tenaga negatif yang amat jelas. Farhan sedar ia datang dari satu arah,lantas dengan segera Farhan melangkah ke arah yang dimaksudkan.
"Guru!" Haikal mengejar Farhan,tidak mahu ketinggalan.
Akhirnya tiba di satu tempat,jelas di hadapan mereka satu kiub sebesar separuh kontena kelihatan. Malah di dalamnya ada benda berbentuk seperti jantung,apa yang membuat lebih hairan adalah 'jantung' itu bergerak seperti degupan jantung sebenar.
"Ia macam jantung...tapi besar giler siot!" Haikal berkata dan berundur dua langkah tanpa sengaja.
"Kenapa boleh ada benda macam ni di sini?" soal Farhan sambil memegang dagu,tidak lama lepas itu dia menyedari kehadiran seseorang.
Farhan menoleh serentak dengan Haikal,mereka terkejut kerana Echidna dan Rosette muncul dengan tiba-tiba. Serentak sekali lagi mereka berempat mengeluarkan senjata,ini kerana pertemuan yang tidak dirancangkan.
"Echidna The Sloth,Rosette The Envy what bring you here?" soal Farhan dan Haikal mendiamkan diri dengan pedang yang dipegang kemas.
"Kami cuma mahu benda yang berada di belakang kamu berdua,itu sahaja.." jelas Echidna dan pistolnya sudah diacukan.
"Bunyi yang mencurigakan,apa yang kamu nak rancangkan?" soal Farhan tersengih.
"Its not your concern.." jawab Rosette dingin.
"Hahaha... That's not the right answer lady..." jawab Farhan menyeru Sacred Wing Blade.
Farhan dengan segera melibas hayunan pedangnya,Echidna dan Rosette terkejut kemudian mengelak dengan segera. Libasan pedang itu menyebabkan kerosakan teruk,mujurlah tiada orang awam berhampiran.
" Looks like you dare to hit a woman..huh?" soal Echidna mendarat di atas batu sambil melepaskan tembakan.
Haikal tanpa sebarang was-was menarik pedang,lantas menangkis setiap tembakan daripada Echidna dengan pantas.
"Nice move kid.." ujar Echidna bersiul kagum.
"Err..master who is she?" soal Haikal dan Farhan tersengih.
"Well,they attack us.. What do you think?" soal Farhan semula.
"Enemy?" balas Haikal dan Farhan memetik jari.
"Yeah right!" Farhan berkata dengan tersengih.
Rosette muncul di sebelah kiri Farhan,lalu melepaskan penumbuknya namun Farhan tahan dengan bilah pedangnya.
"Nice move lady,but..." Farhan memuji dan terus melibas dengan kuat,Rosette terseret ke belakang.
"Still not enough to touch me.." ujar Farhan dan rambutnya berubah warna putih.
"Heh...terpaksa la.." ujar Haikal pula menghela nafas pendek.
Rosette mengepalkan penumbuknya,dia menunjukkan reaksi tidak puas hati. Echidna pula memusingkan kedua-dua pistolnya,lalu diacukan ke arah Haikal dengan senyuman sinis terukir di bibirnya.
"You gonna die..." ujar Echidna tersenyum sinis.
"Get ready Wind Dragon,this is the last moment for you..." kata Rosette dan Farhan yang mendengarnya,tersenyum teruja.
"We see about that.." kata Farhan membalas.
"Ouh god please save me.." Haikal berkata dengan tersengih.
Hey guys sorry for the delay,aku hampir nak kena writer block.
Tapi aku boleh kawal keadaan,jika diizinkan malam nanti aku akan update lagi
So ciao!
YOU ARE READING
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
FantastikSILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang sa...