Farhan menghela nafas lega kemudian memerhatikan Modred yang sudah rebah,dia sedar tubuh Modred seperti terhakis sedikit demi sedikit kemudian menghilang melayang ke udara."Apa yang berlaku?" soal Farhan terkejut.
"Dia menjadi seperti itu sebab Modred menjual roh pada kegelapan..." Farhan menoleh ke arah di mana suara itu menegurnya.
Z berdiri sambil mendongak ke atas langit,Farhan sedar kehadiran Fara tidak jauh daripada Z. Alisa hanya tersenyum mengangguk,Fara berpegangan tangan dengan Alisa kemudian lenyap dari pandangan.
"She's worry..." ujar Z tersengih.
Farhan menghela nafas pendek,mereka menoleh ke satu arah apabila bunyi seperti ngauman raksasa kedengaran. Z sedar sesuatu dan mendongak ke atas,Farhan turut berbuat demikian dan dia terkejut.
"Bulatan magis?" soal Farhan ternganga.
"Ia bukan sembarangan bulatan magis.." kata Z dan sesuatu keluar dari bulatan magis tersebut.
Seekor naga yang Farhan kenal mendarat kasar,Farhan terkial-kial untuk mengelak dirinya dari terjatuh. Z pula hanya diam dan merenung naga tersebut,naga hitam yang besar mengaum sekuat hati.
"Damn it,Calamity Dragon...." ujar Wyvern.
"Calamity Dragon?" soal Farhan.
"Ya...naga ini mempunyai kuasa anti-magis...." jelas Wyvern dan Farhan mengeluh.
"Kenapa masa kita jumpa benda tu,kau tak cakap apa-apa?" soal Farhan dalam tubuhnya pada Wyvern.
"Maaf,aku lupa..." jelas Wyvern sambil memandang ke tempat lain.
"Jangan alihkan mata kau naga tua..."
Naga hitam itu mengaum dan mengibas kepaknya,tiupan angin yang kuat terhasil membuatkan para askar dan kesatria Mentari melayang.
"Z save them!!" arah Farhan.
"Got it,how about you?" soal Z meregangkan ototnya.
"I'm gonna kick that dragon ass..." ujar Farhan pula dan berlari ke arah naga hitam yang sedang mengganas itu.
Farhan berlari dan mengetap gigi,dia terus melompat kemudian lenyap dari pandangan. Sesaat kemudian satu pukulan mengenai pipi kiri naga tersebut,Farhan menyepak dengan kedua kakinya.
"Dragon Form Synchronised!!..." Farhan dan Wyvern serentak menyelaraskan jiwa mereka.
Satu bulatan cahaya berwarna hijau cerah muncul di atas Farhan,dia mendongak dan terus terbang masuk ke dalam bulatan magis corak kepala naga. Tidak lama kemudian muncul sesuatu yang besar mendarat di hadapan naga hitam tersebut,Farhan dalam bentuk gabungan naga muncul.
DRAGON BEAST FORM FARHAN
"MARI SINI KAU NAGA TAK GUNA,BIAR AKU CINCANG KAU!!....." Farhan melibaskan pedang gergasinya ke kiri dan ke kanan.
YOU ARE READING
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
FantasySILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang sa...