Sila pasang earphones untuk bacaan penuh perasaan.
🔶🔶🔶🔶🔶🔶🔶
Farhan dan lelaki berkerudung itu saling berpandangan,Wyvern merasakan sesuatu pada lelaki tersebut. Farhan memerhatikan keadaan sekeliling,seluruh kawasan putih dan tiada warna.
"Siapa kau?" Soal Farhan.
"Aku adalah jiwa pedang,Sacred Wind Blade..." ujar lelaki itu tersenyum.
"So? Kau panggil aku masuk dalam dunia kau ni ada apa? Ujian kelayakan ke?" Soal Farhan sambil menyilangkan tangannya.
"Lebih kurang la..jika kau dapat tewaskan aku,kau adalah tuan aku jika kau tewas aku akan ambil spirit beast kau..." sebaik menghabiskan ayatnya,lelaki itu terkejut apabila Farhan merenungnya tajam.
"Jadi..semua orang yang tewas semasa cuba menjadi tuan kau..." ujar Farhan merenung lelaki itu.
Lelaki itu dengan tiba-tiba melangkah setapak ke belakang,Farhan sudah berada di belakangnya dengan pantas. Lelaki itu menggigil tanpa dia sedari,anak mata Farhan berubah merah namum rambutnya masih kekal hitam.
"Jadi aku nak kau pulangkan semula semua kuasa yang kau rampas daripada orang lain...selepas kau tewas nanti.." Farhan berkata dengan dingin.
"Hmm..." lelaki itu sekadar tersenyum,pedang besar sudah berada di tangannya.
Farhan hanya menyeru Silver Katana miliknya,lelaki itu sekadar tersenyum melihat keadaan pedang milik Farhan.
"Kau pasti ke nak gunakan pedang itu...?" Soal lelaki itu.
"Don't judge a book by the cover...kau tentu tak pernah dengar pepatah ni?" Soal Farhan pula,lelaki itu mendiamkan diri.
"Mestilah kau tak pernah dengar..." ujar Farhan tersenyum dan dengan pantas,dia sudah berada di hadapan lelaki itu.
"Pantas!.." lelaki itu terkejut.
"Sebab kau tu pedang!"
SLASSHH!!!!
"Alamak...hngh!" Lelaki itu menahan dengan pantas.
TANNGGG!!!
Setiap tetakan daripada Farhan amat pantas,serta bertenaga dan lelaki itu masih dapat menangkis dengan kemas. Farhan melompat berpusing dan berada di satu sudut yang lelaki itu tidak dapat capai.
"HAH!!.." Farhan menolak lelaki itu jauh ke belakang.
Lelaki itu terseret dan mencacakkan pedangnya pada permukaan,untuk membuatkan dia berhenti dari terus terseret jauh. Farhan memusingkan pedangnya sambil tersenyum,lelaki itu mengesan sesuatu yang lain daripada Farhan.
"Kau dan seorang lagi memang sama,memberi cabaran yang berbahaya..." kata lelaki berkerudung itu.
"Hmm?.." Farhan hanya mendiamkan sahaja.
"Aku cuba mengawalnya namun sebelum sempat,aku sudah diikat dengan magis naga..." jelas lelaki berkerudung itu lagi.
"Kau maksud Ikhwan? Memang la...kau nak kuasai dia? Apa kau dah hilang akal? Sekejap,pedang ada akal ke...?" Farhan berfikir sejenak.
Lelaki berkerudung itu terdiam dan kali ini dia mula marah,kuasanya semakin meningkat dan Farhan menyedarinya. Dia sekadar tersenyum sinis melihat lelaki berkerudung itu,Farhan menghasilkan sarung pedang.
"Huh?.." lelaki berkerudung itu kehairanan,melihat reaksi Farhan menyarung pedangnya semula.
Farhan menumpukan kuasanya,lelaki berkerudung itu terkejut merasai daya kuasa milik Farhan. Cahaya putih salji bersinar seluruh tubuh Farhan,tangannya sudah bersedia pada hulu pedang. Bulatan magis turut terhasil,lelaki berkerudung itu tersenyum faham akan maksud Farhan.
YOU ARE READING
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
FantasíaSILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang sa...