Imej Irfit pada media
FARHAN hanya memerhatikan awan gelap berkepul,dengan kilat sabung-menyabung sekitar awan gelap tersebut. Luqman dan Aminudden tidak senang duduk,mereka membuat langkah bersiap sedia. Ikhwan menoleh ke arah Farhan yang masih terkejut,lalu ditampar mukanya dan Farhan berpusing sebelum terseret jauh.
Fara terkejut dengan tindakan Ikhwan,Taufeq menggosok belakang kepala manakala Tuzeman hanya tersengih. Farhan segera bangkit dan meluru mencekak kolar Ikhwan,dengan pandangan geram ke arah sepupunya.
"Apa hal kau buat macam tu?" soal Farhan geram.
"Aku tolong kau dari terus mengelamun..." jawab Ikhwan selamba.
"Kau memang sengaja cari pasal ke?" soal Farhan urat dahi mula timbul.
"Hobi aku..." jawab Ikhwan lagi tanpa rasa bersalah.
"That's enough guys..." Taufeq mencelah.
Farhan melepaskan cekakkannya dari kolar Ikhwan,kemudian dia memandang ke arah awan hitam yang semakin hampir. Ikhwan hanya menyeluk poket seluar,menghela nafas pendek dan memerhatikan keadaan sekeliling.
"Kau ada siasat dari mana datangnya awan tu?" soal Farhan ke arah Ikhwan.
"Karma kata itu serpihan kuasa dari Marvus Raphael..." jawab Ikhwan.
"Karma kata macam tu?" soal Tuzeman pula dan Ikhwan mengangguk sahaja.
"Apa jadi bila kita biarkan?" soal Farhan menoleh ke arah Tuzeman.
"Kuasa gelap itu akan menguasai orang yang berada di bawahnya..." jawab Tuzeman merenung awan gelap itu.
"So apa plan kau?" soal Farhan menoleh ke arah Ikhwan.
"Macam tak ada...." jawab Ikhwan selamba.
"Oi....." Farhan membuat muka bengang.
"Tak sangka aku boleh bertemu raja naga..." satu suara menegur dan Farhan tersentak mencari dari mana suara itu datang.
Ikhwan memerhatikan ke arah awan gelap itu dan bayang orang kelihatan,Taufeq dan Tuzeman hanya memerhatikan sahaja. Alisa menarik Fara ke belakang sedikit,Luqman pula kilat ungu mula terhasil dan Aminudden hanya bersiap sedia.
Solleh dan Reezal memerhatikan dari satu sudut di istana,bayang orang itu mula bergerak dan turun ke bawah. Awan gelap itu mula hilang dan masuk ke dalam tubuh orang itu,senyuman terukir memandang ke arah Ikhwan dan Farhan.
"Ruler of Flame...no Ruler of All Dragon,Ruler of Sky...." orang itu mula bersuara.
"Who the heck are you?" soal Farhan merenung lelaki itu.
"Lord of Darkness...Irfit..." Ikhwan bersuara dan Farhan tersentak.
"Tak mungkin...bukan 1000 tahun yang lepas dia mati di tangan Wyvern?..." Soal Farhan dan Wyvern mengetap gigi.
"Ya itulah aku....bangkit semula bagaikan inderawasih bangkit dari kematian..." Irfit berkata dengan tersenyum keji.
"Jadi apa tujuan kau datang sini?" Soal Farhan merenung Irfit dengan tajam.
"Untuk memenggal kepala kau raja naga..." Irfit menuding jari ke arah Ikhwan,kemudian menyeru pedangnya dan meluru dengan laju.
Saat Irfit begitu hampir pada Ikhwan,dan Ikhwan hanya menyilangkan tangan dengan wajah selamba. Farhan dengan pantas memegang tangan Irfit,menyebabkan lord of darkness tercengang sebelum disepak ke arah laut. Farhan segera mengejar Irfit tanpa ragu-ragu,tubuhnya diseimbangkan dan Irfit terapung di atas air lautan.
"Menarik Ruler of Sky...menarik..." Irfit berkata dengan membesarkan matanya.
Farhan menyeru pedangnya dan menghunuskan ke arah Irfit,renungan tajam ditujukan pada lord of darkness. Ikhwan hanya menghela nafas pendek,Tuzeman sedar sesuatu dari reaksi Ikhwan.Farhan terus meluru ke arah Irfit,lalu menghayunkan pedangnya dengan pantas. Namun sudah tentu Irfit tidak akan membiarkan sahaja,maka berlakulah pertarungan dua pihak.
"Uncle...uncle tahu kan kenapa saya minta uncle datang sini.." Soal Ikhwan menoleh ke arah Tuzeman.
"Adakah ini berkenaan sisa kegelapan milik raja segala kejahatan Marvus?" Soal Tuzeman dan Ikhwan mengangguk.
Pada masa yang sama Farhan berlaga pedang Irfit,Wyvern terkejut kerana kuasa milik Irfit semakin kuat. Lebih kuat berbanding pada pertarungan terakhir mereka."Hati-hati Han...dia berlainan level dari musuh yang kita hadapi..." Ujar Wyvern dan Farhan terseret ke belakang.
"Heh...kau ingat game ke main level-level ni?" Farhan berseloroh.
"Kau ingat ni permainan ke gurau-gurau ni ha?" Wyvern mula bengang.
"Chill bro..." Farhan berkata dengan tersengih.
"Dia immortal...kau boleh tanganinya?" Soal Wyvern.
"Masa nak gunakan senjata baru...." Farhan berkata dengan nada serius.
"Huh?...." Irfit kehairanan.
Cahaya yang amat jelas serta terang,dan membentuk imej lalu Farhan mencapai imej itu. Farhan menghayunkan dan Sacred Wind Blade berada di dalam pegangannya.
"Hooo...." Irfit tersengih melihat keadaan itu.
"From this moment,I'm gonna get serious..." Farhan merubah rambutnya kepada perak.
Farhan dan Irfit terus bertembung maka berlakulah impak yang kuat,libasan demi libasan dilakukan oleh mereka. Manakala Ikhwan dan Tuzeman,hanya memerhatikan sahaja dari bawah.
"Jadi dia ni salah satu Lord of Darkness sama seperti Zahhak?" Soal Tuzeman.
"Lebih senang kata pemuja..." Jawab Ikhwan sambil menyaksikan pertarungan di udara itu.
"Pemuja?" Soal Alisa.
"Ya...walaupun dia sama gelaran,tapi dia mengagumi Zahhak...dan ingin membangkitkan dia...sebab itu dia datang ke sini nak ambil roh orang ramai untuk korban..." Jelas Ikhwan.
"Jadi sebab utama uncle minta grandpa Tuzeman...datang sini..." Luqman menduga.
"Sebab hanya grandpa je tahu melawan sihir gelap itu..." Ikhwan menjawab dan Aminudden sedikit terkejut.
TANG!!
TANG!!
TANG!!
Farhan dan Irfit masih galak bertarung,Irfit tersengih dan ketawa besar teruja. Farhan mula berang dan melibas pedangnya,namun Irfit tahu menyerang balas dan Farhan dalam keadaan terbuka.
"Fuck!...." Farhan terkesima.
"Got you...hngh!!.." Irfit segera ingin menikam Farhan.
"Not so fast...." Seseorang menegur.
"Apa?..." Irfit kaget dan tangannya ditolak ke tepi,satu pukulan padu tepat mengenai pipinya.
Semua yang menyaksikannya terkejut,Ikhwan dan Tuzeman hanya memerhatikan sahaja. Farhan terkejut dengan kehadiran remaja itu,Irfit tercampak ke belakang akibat tumbukan daripada individu tersebut.
"Dia...." Luqman terkejut kemudian tersenyum.
"Budak ular dah datang..." Aminudden berkata selamba dan Luqman menjelingnya.
"Haikal..?" Farhan terkejut dengan kehadiran anak muridnya.
"That was close master...!" Haikal berkata dengan tersengih.
YOU ARE READING
TALE OF THE WIND DRAGON (C)™
FantasiSILA BACA CHRONICLES KAISER FIRST DAN SECOND SERIES DULU,BARU BACA NOVEL NI. UNTUK PEMAHAMAN KAMU SEMUA PARA READER. Dua tahun selepas peperangan tamat,namun kejahatan tidak pernah berakhir. Kembara yang dilalui oleh pemuda ini mengajarnya,perang sa...