CHAPTER 16 : SPECIAL GIFT

1.3K 110 9
                                    

"TAK GUNA!!" Satu hentakan pada meja,di sebuah bilik gelap dan seorang pemuda menahan amarah.

"Bertenang Shen.." ujar satu seorang gadis genit memegang bahu pemuda bernama Shen.

Shen menarik nafas panjang dan kembali duduk di kerusinya,dia memandang setiap orang yang berada di meja lebar panjang bilik gelap itu. Hanya cahaya menerangi kawasan meja tersebut,Shen menekan sesuatu pada punat kawalan yang tersedia pada sebelah kerusinya.

"Jadi Shen..apa kau nak lakukan untuk dapatkan relic itu.." ujar salah seorang yang sedang duduk memandangnya.

"Agak sukar Wiss sebab kini kesemua relic itu berada di negara Mentari.." ujar Shen menarik nafas pendek.

"Hmm...yeah that country is tough.." ujar pemuda bernama Wiss itu.

"Aku dapat laporan skuad Arkos telah dikalahkan.." ujar Shen dengan menahan geram.

"Kapal armada kita pun turut hancur.." ujar Wiss pula.

Sebaik mendengar berita itu,orang yang berada di bilik gelap itu mula kecoh. Risau dengan apa yang akan berlaku,tidak lama lepas itu seseorang sekadar tersenyum sinis.

"Negara Mentari itu kuat sangat ke?" Satu lagi soalan diberikan.

"Reiss...jangan pandang rendah pada mereka...dalam dunia mereka ranking no satu...jangan lupa perang dua tahun lepas.." ujar Shen memberi peringatan.

"Heh aku akan merampas relic itu nanti,tunggu dan lihat sahaja nanti.." ujar pemuda bernama Reiss sambil berdiri kemudian beredar.

"Ini bukan perkara main-main Reiss.." ujar gadis genit itu.

"Heh...Leona..I'm not a coward like you guys..." ujar Reiss dan beredar.

"Biarkan dia Shen,Leona..." kata Wiss menghalang Shen dan Leona.

"Kita dah berjanji tidak akan buat masalah dengan negara tersebut.." ujar Wiss dan ahli yang lain turut bersetuju.

"Jadi kita harus halang Reiss.." ujar Shen.

"Dia antara ahli baru..biarkan dia rasa..baru kita berikan pengajaran.." seorang lagi bersuara.

"Gandalf..." ujar Shen dan pemuda bernama Gandalf menggelengkan kepalanya.

Reiss berjalan menuju pintu keluar,dia mengepalkan penumbuknya. Menahan marah kerana ahli kumpulan yang lain,tidak mahu membantunya dalam hal ini. Dia bersumpah akan mengambil relic itu,untuk kepentingan sendiri hancurkan organisasi ini.

"Tengoklah nanti..korang akan menyesal!"

================

"Terima kasih Fara,Farhan bantu cari relic ni..kamu juga Am dan Alia.." ujar Ikhwan tersenyum gembira.

"Its not a big deal..right miss Fara?" Kata Aminudden tersengih,Alia sekadar mengangguk setuju.

"Haha...yeah right.." ujar Fara pula mengusap belakang kepalanya.

"Err...but..." Ikhwan tersenyum pahit menoleh sebelah kirinya.

"My bike...ergh..." Farhan meletakkan kepalanya di meja,kecewa kerana motorsikal miliknya telah hancur.

"Sudah la tu Farhan...kan boleh cari kenderaan lain.." pujuk Alisa.

"This is my beloved bike..." ujar Farhan masih lagi kecewa.

"Beloved? Dah tu sebelah kau tu?" Soal Ikhwan menuding ke arah Fara di sebelah kiri Farhan.

"Excuse me..." satu suara menegur mereka,lantas mereka berenam menoleh.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now