CHAPTER 12 : AKSI NAGA ANGIN

1.4K 127 9
                                    

Farhan memerhatikan setiap musuh yang dia tewaskan,Fara pula menghampirinya. Dia tahu suaminya tidak mungkin membunuh mereka,namun kecederaan yang Farhan lakukan memang teruk.

"Mereka semua..." Fara menduga dan Farhan menggelengkan kepalanya.

"Mereka masih hidup lagi.." balas Farhan dan ketika itu kedengaran suara tepuk tangan dari satu arah.

"Bravo! Bravo!"

"Huh?" Farhan segera menarik Fara ke belakangnya,sebaik mendengar suara orang lain dari kawasan gelap.

Seorang pemuda keluar dari kawasan gelap,masih lagi bertepuk tangan namun semakin perlahan. Farhan dan Fara hanya memerhatikan sahaja pemuda itu,kemudian pemuda itu memandang keadaan sekeliling. Tubuhnya besar dan juga sasa,seperti memiliki kekuatan 10 orang biasa.

"Not bad at all.." ujar pemuda berbadan besar dan sasa itu mengusap dagunya.

"You managed to beat them all in a short time..great!!" Puji pemuda itu lagi sambil tersenyum.

"Siapa kau?" Soal Farhan dengan tenang.

Ouh...maaf kerana biadab..nama saya Arkos...salam perkenalan.." ujar pemuda memberi nama sebagai Arkos itu.

"Arkos..? Kapal?" Farhan mengangkat sebelah kening.

Suasana menjadi sunyi-sepi,tiada bunyi yang kedengaran. Pemuda bernama Arkos itu terus terdiam,Fara turut sama terdiam dan kedengaran pula bunyi cengkerik.

"Berani kau...ingat aku ni benda ke ha? Arkos adalah beruang dalam bahasa greek la!!" Bentak lelaki bernama Arkos itu.

"Ouh...sesuai gak tu..dengan fizikal kau yang besar tu.." kata Farhan dengan selamba,Fara menekup mulut menahan ketawa.

"Kurang ajar aku tak gemuk la...!!" Bentak Arkos menahan geram.

"Lol..aku tak cakap gemuk pun.." bidas Farhan dan Arkos terdiam,bunyi cengkerik berirama sekali lagi. Fara masih berusaha menahan untuk tidak ketawa,Arkos mula merah padam lantas tangannya dipasang sarung tangan yang besar.

"Besar...hmm..." kata Farhan selamba.

"I'LL KILL BOTH OF YOU!!" Jerit Arkos melepaskan amarah,lalu meluru ke arah Farhan.

"Woo...relax.." kata Farhan dengan tenang melihat Arkos semakin hampir padanya.

"SHUT UP AND DIE!!" Arkos menghayunkan penumbuknya dengan laju.

"Abang!" Fara mula risau dan hilang senyumannya.

Farhan menahan penumbuk itu dengan kemas,malah apa yang mengejutkan Arkos. Farhan menahan dengan hanya sebelah tangan,dan lebih mengejutkan lagi dengan tangan kiri sahaja. Impak angin kencang terhasil dari penumbuk yang ditahan,Arkos segera berundur beberapa tapak ke belakang. Aura bunuh yang kuat dapat dia lihat di sekeliling tubuh Farhan.

"Kenapa bro? Ada yang tidak kena ke?" Soal Farhan menggaru pipinya dengan tersenyum,sekelip mata aura tersebut hilang.

"Kau pandai berpura-pura..." kata Arkos dengan bersedia dengan langkah seterusnya.

"Berpura-pura? Aku tak faham kau cakap apa.." balas Farhan.

"ENOUGH!!" Jerit Arkos dan meluru ke arah Farhan,sarung tangan gergasinya berasap dengan tiba-tiba.

"DIE!!"

Serangan kombo dua tangan dilakukan oleh Arkos,malah setiap gerakan begitu laju tanpa dapat dilihat dengan mata kasar. Farhan sekadar menghela nafas pendek,lantas menepis dan menangkis serta menahan setiap serangan daripada Arkos.

"Sial..!" Arkos merengus.

"Heh...hmph!" Farhan mengambil peluang dan dengan pantas sudah berada hampir pada Arkos.

"Apa?" Arkos tergamam dan tidak sempat berbuat apa-apa,di saat Farhan ingin melancarkan serangan.

Pada masa yang sama,seseorang muncul dari atas dan menghayunkan pedangnya ke arah Farhan. Namun Farhan lebih pantas apabila tangannya menepis lembut permukaan pedang,menyebabkan hayunan pedang berubah ke arah lain. Lantas Farhan mencekak baju penyerang misteri itu,kemudian serangan tumbukan pantas mengenai dada si Arkos dan tercampak seret merempuh pokok besar.

"Nak serang curi?" Farhan menarik penyerang misteri ke bawah.

"Salah besar..." ujar Farhan air mukanya berubah serius,lalu melepaskan rentapan pada baju penyerang itu.

"Hiah!" Satu tolakan pada badan penyerang tersebut,dan terpelanting ke arah Arkos berada.

"Urgh...kuat gila dia pukul,senak..huh?" Omel Arkos sebelum menyedari penyerang misteri tercampak ke arahnya.

"Alamak..not again..."

BOKK!!

"Argh!!" Arkos mengerang kesakitan.

DUSHUMM!!!

"Err...that must be hurt..." kata Fara menekup mulutnya.

Asap dan habuk berterbangan akibat rempuhan kedua itu,Arkos dan penyerang merintih kesakitan. Mereka berdua sedaya-upaya cuba bangkit dari terus terbaring,Farhan menunggu dengan riak air mukanya berubah serius.

"Kami tidak akan mengalah dengan mudah...!!" Kata Arkos dan penyerang itu baru disedari bertopeng oleh Farhan.

"Tak perasan pula masa aku campak tadi..." kata Farhan berfikir sejenak,sambil menyilangkan tangannya.

"Jangan ingat kau dah menang!!" Jerit Arkos dan terus meluru ke arahnya bersama penyerang bertopeng itu.

Sekelip mata Farhan sudah berada di hadapan mereka,rambutnya sudah berubah putih serta anak matanya merah jernih. Kepala Arkos dipegang belakangnya,dengan kedua belah tangan lalu menyerang menggunakan lututnya.

Arkos mengerang kesakitan memegang kepalanya,pada saat itu penyerang bertopeng itu mengambil peluang menghunuskan pedangnya. Namun sia-sia sahaja apabila belum sempat ditarik senjatanya,Farhan sudah menahan hulunya. Satu tamparan tapak tangan diberikan pada pipi kirinya,penyerang bertopeng itu merempuh sekali lagi pada Arkos.

"Again?!" Arkos mengeluh dan terhumban bersama penyerang bertopeng yang terkena tamparan oleh Farhan.

"Wa...jauhnya.." kata Fara apabila Arkos terhumban ke udara sehingga tidak kelihatan.

"I'll be bacckkkk.....!!!" Sayup-sayup suara Arkos kedengaran sehingga hilang.

"Woo...badan je besar.." ujar Farhan mengibaskan tangan kirinya.

"Baiklah..." kata Farhan melangkah menuju ke dalam runtuhan purba itu.

"Abang tahu ke di mana relic asli tu?" Soal Fara.

"Tak pasti...kena tengok dulu..macam mana..." balas Farhan selamba.

"Eleh...." keluh Fara.

"Siap sedia nanti untuk membuka pintu portal Fara..." kata Farhan dengan tegas.

"Baiklah abang.." balas Fara tersenyum mengangguk.

Mereka berdua segera melangkah masuk ke dalam runtuhan purba itu,pada masa yang sama seseorang memerhatikan mereka berdua. Senyuman terukir dan apakah maksudnya?

"This might be interesting.." ujar orang misteri itu.


























Its done!

Maaf la kalau pendek sebab baru permulaan.

Kita kasi relax dulu.

Agak² korang siapa ya orang misteri yang perhatikan diorang?

Tahu ke jawapannya?

Sila jawab di ruangan komen..

Satu lagi please vote,penat oi perah idea..

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now