"MA!! Tolonglah jangan tinggalkan Asy ! Asy dah tak ada sesiapa selain mama ! ma bangunlah bangun demi Asy please ma please !!" Seorang budak perempuan sedang menangis di tepi katil hospital sambil menggoncangkan badan ibunya .
"Asyiela ! Tolong jangan macam ni mama Asy dah tak ada ! Tolonglah jangan bersedih macam ni mama sedih tau kalau tengok Asy nangis atas pemergian dia . Asy , redhakanlah pemergian mama ye" Pujuk Encik Ikram iaitu bapa saudara kepada Asyiela .
Encik Hafiz iaitu papa kepada Asyiela sudah menjeling meluat . Drama saja lebih !
Asyiela sudah menyembamkan wajahnya didada Puan Maria .
"Leave me alone" pinta gadis kecil itu .
Encik Hafiz serta ibu bapa saudara Asyiela akur dengan permintaannya , keluar dari wad tersebut . Asyiela hanya menghantar mereka melalui pandangan mata sahaja.
Tangan kanan mamanya diambil lalu dikucup syahdu . Dia tak boleh terima yang permaisuri hatinya sudah kembali ke rahmatullah akibat penyakit barah otak tahap empat
Baru sebentar tadi doktor mengesahkan Puan Maria meninggal kerana darah beku yang ada di otak Puan Maria tidak boleh dikeluarkan . Air mata Asyiela turun lagi . Siapa lagi nak hiburkan hatinya kalau bukan Puan Maria?
Nak harapkan Encik Hafiz ?
Sibuk dengan urusan kerja memanjang . Kasih sayang seorang bapa pada Asyiela bagaikan tiada . Acap kali dia dipukul dengan perkara yang remeh temeh . Sayu hatinya setiap kali dia melihat Puan Maria dipukul oleh Encik Hafiz . Air mata gadis kecil itu menitis lagi .
Dia mengangkat wajahnya dan merenung wajah Puan Maria buat kali terakhir . Bagaikan mimpi semua ini terjadi.
"Ma , mama tidurkan ? Betulkan ? Mama bangunlah semua orang kata mama dah meninggal tolonglah ma . Asy dah tak ada sesiapa dekat sini . Asy....Asy tak boleh hidup tanpa mama . Papa tak sayangkan Asy ma . Le...lepas ni siapa nak main dengan Asy kalau bukan mama ? Bangunlah ma" Esak Asyiela lagi .
Wajah berparut Puan Maria disentuh. Parut itu terjadi kerana ditolak oleh Encik Hafiz sehingga terkena bucu meja .Sampai hati dia lakukan perkara tersebut atas insan yang paling Asyiela sayang .
Lelaki dayus !
Asyiela mengelap air matanya sebelum mengucup dahi Puan Maria . Makin hiba hatinya mengenangkan hari hari yang bakal dilalui tanpa permaisurinya .
"Ma , ampunkan semua kesalahan Asy pada mama . Halalkan susu yang pernah mama bagi pada Asy masa Asy kecil . Asy pun maafkan mama walaupun mama tak ada walau sekelumit pun kesalahan pada Asy . Asy sayang mama dan takkan ada sesiapa yang boleh menggantikan mama . " Ujar Asy lagi .
Bagaikan Puan Maria mendengar semua bait bait kata Asy tapi realitinya tidak . Asyiela mengubah posisi dari baring ke duduk . Wajahnya menunduk kebawah . Gelang emas yang dipakai oleh Puan Maria ditatap .
Mungkin boleh jadi bahan untuk melepaskan rindunya pada Puan Maria . Gelang tangan itu dibuka dan dipakai pada pergelangan tangannya .
Mungkin dia takkan jadi Asyiela yang dahulu , yang periang , mulut murai sebab tiada sesiapa yang boleh buatkan dirinya bahagia semula .
"Jangan masuk dulu nurse . Biarkan anak arwah melepaskan perasaan buat kali terakhir . Beri sikit lagi masa buat dia " Tiba tiba Asyiela terdengar suara bapa saudaranya menghalang jururawat untuk masuk ke sini .
Mungkin untuk menguruskan jenazah Puan Maria .
" Nak buat apa buang masa ? Nanti jenazah tu busuk biarkan lama lama . Pedulilah budak tu nanti dia lupakan mak dia yang tak berguna tu . Nurse masuk saja kedalam" Air mata Asyiela turun lagi .
Begitu hinanya Asyiela dan Puan Maria dimata Encik Hafiz . Perempuan yang dikatakan tak guna itulah yang berikan kau zuriat , uruskan makan pakai kau , tempat kau lepaskan amarah kau .
Kau memang jantan dayus !
Asyiela menghela nafasnya . Ya dia harus terima yang ibunya sudah tiada . Allah lebih sayangkan dia . Asyiela bangkit lalu pipi Puan Maria dikucup sebelum beralih didahi Puan Maria.
"Doakan Asy berjaya dunia dan akhirat. Mama tunggu Asy disana tau . Asy akan ganti tempat mama . Asy akan rasa kesakitan yang selama ni mama rasa sebab Asy sayangkan mama . Asy pergi dulu . Nanti Asy akan selalu jenguk kubur mama . Assalamualaikum ma" Betapa beratnya hati Asyiela mahu melepaskan tatapan matanya pada sekujur tubuh yang terbaring kaku .
Dia memeluk tubuh itu erat sekali sebelum melepaskannya . Kakinya menapak kearah pintu wad yang ditutup . Terdengar pertengkaran diluar pintu .
"Tak yang kau bela sangat perempuan murahan tu kenapa ? Dia curang belakang aku tau ! Memang padanlah muka dia mampus juga akhirnya " Hambur Encik Hafiz .
Berdegup laju jantung Asyiela ketika itu . Penumbuknya digenggam kemas.
"Astagfirullahalazim kamu sedar tak apa yang kamu cakap tu Hafiz ! Maria tu baik ! Tak pernah dia keluar dengan mana mana jantan selain kamu !! Jaga sikit mulut kamu tu " Marah Encik Ikram .
Terdengar Encik Hafiz ketawa sinis .
"Baik konon habis tu gambar gambar tu bukan dia ke hah ?! Eh aku tak bodoh lagilah aku tau dia cantik ramai nakkan dia !" Asyiela geram terus membuka pintu wad dengan kasar .
Asyiela kini tekad untuk berubah . Dia takkan lembik depan ayah yang tak berguna .
" nurse masuklah uruskan jenazah mama saya" Jururawat itu mengangguk perlahan .
" Encik Hafiz mokhtar ! Mama saya bukan pelacur yang sanggup jual badan pada lelaki bukan mahram dia . Tolong jangan hina mama saya " Tutur Asyiela perlahan tetapi tegas .
Encik Hafiz memandang tajam ke arah Asyiela .
" Eh kau apa tau ? Makan tidur makan tidur aku yang cari duit untuk tampung korang berdua yang tau mengikis duit aku saja ! Kau tu kecil lagi tak payah nak campur urusan orang dewasa !" Jerkah Encik Hafiz.
"Asy dengan arwah mama dibawah tanggungjawab papa itupun dianggap sebagai mengikis duit ke papa ?! Hah ?! Ada ke ulama mengatakan seorang isteri dan anak tak patut meminta duit pada ayah ataupun suami dan itu dianggap mengikis ! Ada ke ?! Paksu ada ke ?! Habis tu yang papa berhabis duit dengan perempuan simpanan papa tu bukan mengikis ke ? Dada terdedah peha pun terdedah pakai skirt atas peha itu dikatakan bakal isteri yang solehah ?! arwah mama beribu kali lebih baik daripada perempuan tak guna tu ! Pelacur !!" Hambur Asyiela sepuas hati .
Pang !
Satu tamparan hinggap dipipi Asyiela . Habis terduduk gadis itu .
"Watch your words Asyiela !! Kau dengan mak kau dua dua sama saja !! Menyusahkan aku ! Selalu buat hidup aku susah ! Tak pernah nak buat aku tenang walau sikit punlah!!" Asyiela hanya menunduk ke lantai .
Setidak tidaknya dia sudah luahkan apa yang terbuku dihatinya .
"Hafiz !! Mengucap Hafiz !! Asy kecil lagi takkan dia pun kamu sanggup nak pukul ?! Mana kewarasan kamu ni Hafiz ! " Marah Encik Ikram sambil menunjal nunjal dada Encik Hafiz .
Puan Asmah pula sudah meluru ke arah Asyiela yang sudah tersedu sedan .
"Dia biadap dengan aku memang patut dia kena macam tu ! Anak tak kenang dek untung !! Dahlah daripada aku menghadap muka kau ni lebih baik aku pergi enjoy dengan kawan aku " Encik Ikram ditolak dan laju kakinya melangkah keluar dari hospital .
Encik Ikram sudah terduduk dikerusi sambil mengurut dahinya . Asyiela pula hanya mendiamkan diri sambil berusaha berhentikan tangisannya . Apalah nasib dia di hari yang akan mendatang .
Hai ! Macam mana prolog atau lebih tepat pembukaan cerita ni ? Okay ke tak ? Oh ya jangan lupa vote dan komen .
~To be continue~
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...