| 44 |

8.3K 227 2
                                    

"ASY aku dah settlekan tentang pembedahan air dari sumsum tulang kau tu . Pembayaran pun aku dah bayar jadi tinggal nak buat appointment dengan doktor je kau nak buat bila ?" Soal Nadia seraya dia melabuhkan punggung dimeja makan .

Asyiela yang sedang asyik melayan Encik Hafiz , tersenyum hambar . Kerusi dibetulkan supaya menghadap Nadia di hadapannya itu .

"Bila kau settlekan semua tu ? Maaflah aku susahkan kau nanti lepas je aku buat pembedahan , aku ganti balik duit kau tau" Nadia menggeleng .

"Tak payahlah susah susah nak ganti balik . Aku ikhlas nak bantu kau . Pagi tadi aku settle semua hal tu . Lepas ni kita pergi jumpa doktorlah eh nak buat appointment dengan dia" Asyiela tidak membalas apa apa .

"Papa macam mana ?" Nadia sudah tersenyum .

"Soal papa kau jangan risau , Ray dengan sendirinya nak jaga papa kau . Jadi kau boleh bersiap sekarang okay ?" Asyiela akur lalu berjalan ke arah biliknya .

ASYIELA dan Nadia masih setia menunggu kehadiran doktor diluar bilik doktor tersebut . Jam tangan ditilik lagi .

"Lamanya dia buat apa Nad ?" Soal Asyiela dengan wajah bosan .

Nadia tergelak melihat wajah Asyiela yang sememangnya bosan .

"Manalah aku tahu mestilah dia uruskan pesakit dia kau ni pun sekeh kepala baru tau"  Asyiela mencebik .

"Sekeh lah kalau berani" Nadia terus bertindak menyekeh kepala Asyiela yang dibaluti tudung.

"Sakitlah ! Ei kau memang nak kenakan ?" Giliran Asyiela pula mengusti Nadia dengan menarik rambut Nadia .

Dalam masa yang sama , doktor yang ditunggu tunggu oleh mereka tiba dan sempat dia menyaksikan aksi mereka berdua .

"Ehem!" Asyiela terus berhenti tatkala terdengar deheman daripada doktor itu dan automatik dia tersengih malu .

"Maaf sebab lambat tadi ada kecemasan jadi tak dapat dielakkan . Jadi mari kita berbincang di dalam bilik sajalah ya" Mereka berdua terus mengukir senyuman tipis sambil mengangguk .

Setelah mereka bertiga masuk dan duduk diatas kerusi , mereka memulakan perbincangan .

"Jadi Puan Asyiela nak buat bila ? Saya rasa lagi cepat lagi bagus sebab darah putih di dalam badan puan makin merebak hampir seluruh organ tubuh badan puan ." Asyiela mula berkira kira sebelum menjawab .

"Saya nak buat pada 12 hari bulan ni . Sementara saya masih ada tempoh . Bolehkan?" Doktor itu mencatat sesuatu sebelum mengangguk perlahan .

"Boleh tak ada masalah jadi lagi tiga hari lah awak akan jalankan pembedahan ini ? Tak kisah kalau ada kesan sampingan?" Asyiela tersenyum kelat .

"Saya terpaksa hadapi risikonya doktor demi kesihatan saya . Andai kata takdir saya ajal akan datang jua dalam masa terdekat ini , saya redha" Nadia tersentak mendengar kata kata Asyiela lantas lengan Asyiela dicuit .

"Asy apa kau cakap ni ? Kau kuat kau akan sihat janganlah cakap macam tu . Aku tak sanggup tau kehilangan kau" Matanya sudah bergenang dengan air mata .

Asyiela tersenyum nipis .

"Semua yang hidup akan merasai mati cuma cepat atau lambat je Nad . Kuasa allah tak ada siapa yang dapat tentang betulkan doktor ?" Doktor itu mengangguk setuju .

"Betul apa yang kita mampu berdoa pada Dia sahaja minta kekuatan untuk lalui segala dugaan yang dia berikan . Pasti ada hikmah disebalik semua ini" Nadia hanya menunduk lalu mengesat air matanya yang jatuh .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now