PINTU kereta ditutup lalu kakinya laju melangkah ke arah pintu rumah. Sedang tangannya hendak memulas tombol pintu , pintu dibuka dari dalam dan tersembul wajah dingin Encik Hafiz tatkala bertembung dengan Asyiela .
Asyiela menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Encik Hafiz . Huluran tangan tersembut dibalas dengan tempisan kuat dari Encik Hafiz .
"Jijik dengan tangan kau" Asyiela memejamkan matanya menelan hinaan daripada Encik Hariz .
Walaupun kedengaran mendatar tetapi cukup membuatkan tangkai hati Asyiela remuk .
"Papa nak ke mana ?" Soal Asyiela.
Sengaja mahu berborak panjang dengan ayah kandungnya sendiri .
"Suka hati aku nak pergi ke mana . Kau tak payah sibuk !" Dahi Asyiela ditunjal kasar.
Dia berjalan melintasi Asyiela dan bahu Asyiela dilanggar kasar.
"Pa , papa dah makan ? Mari makan dengan Asy . Asy ada benda nak cerita dekat papa . Dahi Asy luka jatuh dekat sekolah . Marilah makan tengah hari dengan Asy" Ujarnya dengan muka mengharap .
Encik Hafiz pantas menutup pintu keretanya kasar.
"Hey !! Kau kalau satu hari tak menyemak depan mata aku tak sah kan ? Setiap hari ada saja nak menyakitkan hati aku . Hey budak luar nikah macam kau ni tak setaraf dengan aku nak makan semeja dengan kau !! Budak pembawa sial macam kau ni , kemana saja ada je bala timpa . Dahi kau luka sebab jatuh ? Entah entah kau tunjuk lagak samseng kau dekat sekolah kan ? Tak ada gunanya aku sekolahkan kau Asyiela ! Habis SPM aku nak kau berambus dari rumah aku !! Ni darah darah berbalut bagai entah helah apa lagi kau buat kan!" Tudung Asyiela ditarik ke depan dan kebelakang .
Luka Pada dahi Asyiela ditunjal kuat membuatkan darah kembali mengalir . Teresak esak Asyiela menangis .
" Pa ! Sakit pa lepas ! Tolong jangan buat Asy macam ni !! Lepas pa sakit !!" Rayu Asyiela sambil tangannya cuba menutup dahinya dan tudungnya daripada terus menjadi mangsa tunjalan dan tarikkan Encik Hafiz .
" Orang macam kau sememangnya layak layan macam tu !! Lebih dari tu pun aku sanggup buat . Dah daripada aku buang masa layan budak sial macam kau ni , lebih baik aku keluar lagi bagus !!" Jerkahnya sebelum menerobos masuk ke dalam perut kereta .
Ibu Hajah terkocoh kocoh berlari ke arah Asyiela bersama Pak Mat . Bukan dia tak nak tolong , nanti dia pula dilucutkan jawatan sebagai pembantu rumah . Pecat lah tu .
Habis satu tudung Asyiela diwarnai merah dek kerana darah yang mengalir banyak .
"Ya allah Asy !! Banyak darah keluar ni ! Mari kita pergi klinik cepat ! Banyak darah tu !!" Gesa Ibu Hajah sambil menarik lengan Asyiela supaya bantu Asyiela bangkit dari duduknya . Asyiela menggeleng .
"Tak payahlah ibu . Sikit je ni Asy masuk dulu ye" Asyiela bangkit perlahan lahan sebelum berjalan lemah melintasi Ibu Hajah .
Sedang kakinya ingin melangkah masuk ke dalam rumah , pandangannya menjadi gelap dan badannya tidak dapat diseimbangkan terus rebah ke lantai .
"Ya allah Asy !" Jerit Ibu Hajah dan Pak Mat serentak .
"Mat kau buka enjin kereta cepat !! Hantar Asyiela pergi hospital sekarang ! Ya allah kau selamatkanlah anakku ini ya allah" Pak Mat terkocoh kocoh masuk ke dalam kereta bagi menghidupkan enjin .
Ibu Hajah sudahpun meraung sambil mengusap kepala Asyiela .
"Mat ! Cepat sikit !!" Jerit Ibu Hajah .
Pak Mat tergesa gesa bergerak ke arah Asyiela dan Ibu Hajah . Tubuh Asyiela dicempung sebelum masuk ke dalam kereta . Berderum di hadapan rumah dengan bunyi enjin kereta .
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...