MANGKUK yang berisikan bubur diletakkan ketepi . Seleranya hilang sejak keluar daripada hospital semalam . Kepalanya disandarkan dikepala katil . Bibirnya yang pucat dikemam . Tiba tiba pintu biliknya dikuak kasar tersentak Asyiela dibuatnya .
"Hey anak sial , aku nak kau siap sekarang , tolong aku poskan barang aku sekarang ! Pergi siap cepat !!" Jerkah Encik Hafiz sambil mencekak pinggang.
Asyiela tergamam .
"Tapi Asy tak sihat lagi pa . Tambah lagi Asy demam . You can do it by yourself right?"Ujar Asyiela perlahan .
Tiada tenaga untuk berbalah hari ini . Encik Hafiz mula berang .
"Kau yang cari masalah kan ? Lepas tu kau nak nasihatkan aku pula eh ? Banyak cantik muka kau ! Ingat kau mem besar dekat rumah ni siap berbaring bagai . Eh Asyiela kau kira beruntung aku bagi kau sekolah daripada aku berhentikan kau! Tapi tak ada gunanya dua dua pun buat kau bodoh , tak berguna , pembawa...."
" CUKUP !! cukup pa cukup ! Ya Asy akan bersiap sekarang . Wait me at the living room . " Air mata ditahan supaya tidak gugur .
Oh tuhan kenapa kau tak ambil sahaja nyawa ku ? Encik Hafiz tersenyum sinis .
"Bagus ! Aku nak kau pergi dengan si orang tua bodoh dekat bawah tu . Jangan nak bersiap lama sangat sama je hodoh juga muka kau!" Sinis dia berkata sebelum meninggalkan bilik Asyiela .
Asyiela sudah menekup mukanya . Air mata gugur lagi . Bila dia dapat merasai bahagia ? Perlu ke dia harus tanggung semua derita ni sehingga akhir hayat ? Kenapa papa begitu kejam ?
Rambutnya dilurut kebelakang . Perlahan lahan kakinya diturunkan dari katil . Pandangan matanya berpinar sebenarnya tapi apakan daya , dah ada bapa macam ibu cinderella tapi versi lelaki .
Pfft! Apa apa jelah . Terhuyung hayang badannya tapi digagahkan jua untuk ke bilik air.
"ASY , kau dah sedia untuk pt3 nanti ? lagi 3 bulan je . aku berdebar lah" ujar Nadia sambil bermain straw dihadapannya .
Asyiela pula sibuk menghirup air tembikai dihadapannya .
"Aku tak tahulah wei . aku boleh jawab ke tak ke sama je papa aku bukannya bangga pun" Balas Asyiela sambil menyandarkan badannya dikerusi .
Berkerut dahi Nadia mendengarnya .
"kenapa pula ? Eh papa kau ni ada masalah mental ke ? kalau kau dapat 5 atau 6A mestilah dia bangga . Ibu bapa mana yang tak bangga Asy?" Kata Nadia .
Asyiela sudah merenung mata Nadia .
"Dia tak suka aku Nad ! dia benci aku ! for what untuk dia bangga dengan pencapaian aku ? Dia siap doakan aku bodoh . See? Ada ke bapa yang sanggup doakan anak dia bodoh ? tak Nad dia seorang je. Dahlah aku nak balik aku penat lagipun ubat aku tak makan lagi. Kau nak balik sama tak ?" Nadia menggeleng .
"Kau baliklah dulu . Hah ni sebelum aku lupa kau cepat cepatlah datang sekolah Ray asyik tanya pasal kau je dekat aku" Asyiela hanya mengangguk sebelum keluar dari restoran itu .
Disebab rumahnya tidak jauh dari situ , dia membuat keputusan untuk berjalan kaki sahaja . Sedang kakinya berjalan di kaki lima , sebuah kereta BMW X6 berhenti dihadapan Asyiela .
Asyiela sudah membuat muka meluat siapa lagi kalau bukan anak buah ayahnya sendiri . Dua orang lelaki keluar daripada kereta tersebut dan menghampiri Asyiela .
"Apa pesan dia kali ni?" Soal Asyiela terus .
"Dia suruh cik pergi ofis dia sebab ada perkara penting nak diberitahu pada cik" Asyiela menggaru rambutnya yang tidak gatal.
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...