ZAFRIL terus menerus memandang anak mata Asyiela untuk tahu apa jawapan dari Asyiela sendiri .
"Bolehkan ? Untuk seminggu ni Asy tidur dengan abang ? Kan abang kata masa sebulan untuk abang ni abang nak mencintai Asy sepenuhnya . Ab......"
"Cukuplah . Asy tak nak dengar semua tu . Asy masuk bilik dulu" Asyiela terus menarik tangannya lalu bingkas bangkit .
Belum sempat Asyiela melangkah , Zafril menahan .
"Asy sebenarnya nak hidup lama dengan abangkan ? Kalau Asy tak nak , abang takkan teragak agak untuk teruskan hubungan ni sampai bila bila . Ingat talak dalam genggaman abang" Terus Asyiela menikam pandangan Zafril .
"Apa awak ingat dengan alasan tu , awak boleh ugut Asy untuk buat semua tu ? Kalau tak awak akan panjangkan tempoh sebulan ni ? Zafril , I tought you sincerely accept me even in one month only but huh awak ambil kesempatan atas tempoh untuk kita ." Zafril terus dihambat rasa bersalah .
Dia bangkit lalu membasuh tangannya dan lantas bergerak ke hadapan Asyiela .
"Sayang , abang memang ikhlas terima Asy dalam hidup abang . Jujur abang kata abang tak rela bila tempoh sebulan je abang dapat bersama sayang . Sebulan tak cukup untuk abang Asy . I love you so much . Please don't leave me and stay with me forever" Pinta Zafril sambil meraih tangan Asyiela .
"Permintaan abang kecil dan mudah saja . Tidur sebelah abang I swear I'll never ever touch you . Jadi teman tidur abang itu sahaja . Abang nak tatap wajah Asy masa tidur , bangun tidur . Sebelum Asy akan berpisah dengan abang tu saja" Sambung Zafril dengan riak wajah sayu .
Asyiela hanya mendiamkan diri sambil menahan air mata yang bertakung .
"Dan satu lagi tolong panggil abang dengan panggilan abang . Cukup untuk masa terakhir kita itu sudah memadai" Asyiela perlahan lahan memandang wajah Zafril sambil membalas genggaman Zafril .
"Ab...abang , jujur Asy kata pada mulanya Asy memang tak boleh terima kenyataan yang Asy akan berpura pura baik dengan abang dalam tempoh sebulan ni . Asy paksa diri Asy untuk terima abang walaupun sementara . Asy marah diri Asy kalau Asy jatuh cinta dengan abang . Tapi setiap kali bila Asy jumpa , duduk atau bercakap dengan abang , debaran di dada Asy tak menentu . Asy cuba usir pergi tapi ia makin ligat berdebar . Dan satu perasaan lain muncul dan mekar di dalam hati ini . Iaitu sayang Asy pada abang" Ujar Asy sambil menekup wajah Zafril .
Zafril terkedu dengan ayat yang baru diucapkan oleh Asyiela . Asyiela mampir ke arah Zafril perlahan lahan sampai jarak antara mereka hanya 1 inci .
"Asy cintakan abang . Asy setuju untuk tidur dengan abang" Ujar Asyiela sambil tersenyum lalu memeluk Zafril erat .
Zafril terus mengukir senyuman yang melebar . Pinggang Asyiela dirangkul lalu dipeluk erat .
"Terima kasih ya allah" Ucap Zafril sambil memejamkan matanya .
"JUMPA kau nanti assalamualaikum"
"Okay Nad ! Jumpa nanti waalaikumusalam" Asyiela terus mematikan panggilannya lalu melompat keluar dari bilik .
"Abang !! Oh abang ! Abang!!!" Jerit Asyiela sambil mencari kelibat Zafril .
"Dekat dapur sini sini!" Sahut Zafril dari dapur .
Asyiela terus berlari ke arah dapur lalu mencuit pinggang Zafril . Apa lagi tercampak senduk di atas dahi Asyiela .
Ketak!
"Arh sakitlah ! Apa ni !" Asyiela mengusap usap dahinya yang terasa perit .
"Sorry ! Tak sengaja . Asy pun kenapa pergi cuit pinggang abang kan dah kena" Bebel Zafril sambil mengusap juga dahi Asyiela .
Asyiela mencebik .
"Yelah apa apa je . Ni nak bagi tahu esok Asy keluar dengan Nadia tau . Bolehkan?" Ujar Asyiela sambil mengerdipkan matanya meminta izin daripada Zafril .
Zafril menjulingkan matanya.
"Yelah abang bagi tapi , biar abang hantar" Asyiela menggeleng .
"Tak payahlah . Nadia ambil Asy guna kereta mak dia . Abang tak payah risau okay ? Pergi kolej macam biasa tau" Asyiela terus mencium pipi Zafril lalu mencicit lari masuk ke dalam bilik .
Zafril memegang pipinya sambil tersenyum .
"Haih comel" Pujinya sendiri .
"MAAF Nad lambat . Jadi kita pergi restoran biasa ke apa?" Soal Asyiela sambil menutup pintu kereta .
Nadia menekan minyak lalu kereta mereka laju membelah jalan raya .
"Kau ajak aku keluar ni untuk apa ? Takkan lepak lepak kosong je" Nadia seakan akan tahu apa yang Asyiela cuba untuk menyembunyi sesuatu .
Asyiela menunduk.
"Aku nak ajak kau pergi hospital nak ambil ujian darah" Nadia mengangkat kening lalu mengerling sekilas ke arah Asyiela disebelahnya .
"Kenapa tak nak ajak laki kau? Gaduh ke?" Asyiela menggeleng
"Aku tak nak dia tahu kalau keputusan ujian darah aku tu ada apa apa penyakit sebab aku tak nak dia risau" Nadia menggeleng .
"Kau tak boleh macam ni Asy . Dia suami kau dia patut tahu apa masalah kau . Dosa tau membelakangkan suami"
"Aku bukan nak membelakangkan suami Nad ! Cuma aku tak nak dia risau je . Dahlah bawa aku pergi klinik" Nadia akur lalu terus membelok ke Hospital Serdang .
Usai memarkir kereta , mereka masuk ke dalam bangunan besar tersebut .
'Ya allah kau berilah aku kesihatan dan hindarkanlah aku dari apa apa penyakit' Doa Asyiela dalam hati .
____________________________________
Hei guys sorry late update so sorry sebb tenet xde . Ni pon gune hospot . Heheh . So here for you guys emuah .
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...