Hai dan assalamualaikum , ni aku Zafril Qhairi . Selepas pemergian Asyiela , memang cukup terkesan sehingga aku tidak mampu bangkit .
Cukup orang sekeliling aku memberikan aku semangat untuk bangkit , tapi aku tidak mampu sehingga Asyiela masuk ke dalam mimpi aku untuk aku terus meneruskan hidup .
Dengan mengingatkan diriku setiap bait bait kata Asyiela membuatkan aku terus bangkit maju ke hadapan .
Mak dan abah ? Mereka sudah pun kesal dengan apa yang mereka lakukan pada Asyiela lagi lagi mak .
Kehidupan ini ibarat roda sekejap diatas sekejap dibawah dan setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan . Dan itulah akhirnya kisah kami berdua .
Disini , segala kekeliruan yang berlaku akan aku bongkarkan satu per satu. Segala - galanya bermula daripada hadirnya Asyiel di kampung ini . Kejadian dimana membawa aku dan Asyiela masuk ke alam perkahwinan dalam keadaan terpaksa dan belum bersedia.
Batang pokok yang menjadi penghalang bagi dirinya untuk bersembunyi itu dipukul dan ditendang geram . Apa yang dilihat dihadapan mata itu sangat - sangat membakar perasaan marahnya. Sedang dia seronok melihat Zafril dan beberapa budak - budak yang lain bermain bola tiba - tiba bola yang disepak Zafril terkena pada seorang perempuan yang entah dari mana datangnya. Dia lihat Zafril dengan tergesa - gesa mendaki tangga dan meluru masuk ke bilik.
Dari tingkap dia dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku . Lagi mendidih darahnya tatkala melihat Zafril ingin menyentuh dahi perempuan itu lalu sekelip mata Zafril hilang dari pandangan . Dia disitu masih berdiri kaku menahan rasa amarah yang datang .
Lelaki idaman dia sejak dulu berduaan dengan perempuan lain memang betul - betul mengundang padah . Tiba - tiba dia terpandang kelibat Zafril yang berjalan sambil senyuman terukir di bibir . Senyuman itu tidak pernah diberikan padanya . Ada pun senyuman tipis meskipun mereka rapat .
"Eh Areen , buat apa dekat sini?" Sapa seorang makcik tua dibelakangnya membuatkan dia terkejut lalu mengukir senyuman kekok .
"Er tak ada apa - apa . Mak Nab nak pergi ke mana cantik - cantik macam ni?" Ujar Areen cuba menutup niat sebenarnya .
"Mak Nab nak pergi jemput orang kampung datang kenduri doa selamat malam ni pukul 8 . Kamu jemputlah sekali ajak mak ayah datang ya?" Areen hanya menganggukkan sahaja bersama senyuman tipis .
Tiba - tiba rancangan jahat mula menerjah di fikirannya lantas dia memanggil Mak Nab yang baru hendak memulakan langkah .
"Mak Nab, Mak Nab nak jemput Hajah Meliesa sekeluarga juga ke?" Soal Areen bersama senyuman yang penuh makna.
"Haah. Takkanlah tak ajak Areen oi" Areen hanya tersengih tatkala mendengar jawapan itu .
"Manalah tahu Mak Nab terlupa ke apa ke" Mak Nab hanya menggeleng melihat Areen yang tersengih sumbing .
"Merepeklah kamu ni . Dah Mak Nab pergi dulu" Areen mengangguk lagi sebelum mula bergerak meninggalkan tempat persembunyiannya itu sambil memikirkan apa sahaja strategi yang bakal menghancurkan kehidupan Asyiela .
Disebelah malam.....
TETAMU yang hadir untuk kenduri doa selamat pada malam itu sedikit pun tidak diendahkan oleh Areen yang penting dia harus memastikan rancangan dia berjaya . Dia pasti dari riak wajah dan cara berpakaian Asyiela dia mungkin tidak suka untuk bergaul dengan orang - orang kampung .
Kehadiran keluarga yang dinanti sudah pun tiba membuat wajah Areen tiba - tiba menjadi ceria . Dalam keceriaan itu , dia berfikir bagaimana untuk melaksanakan rancangannya itu ?
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...