| 40 |

8.6K 211 10
                                    

BREK kereta lantas ditarik dan Zafril berlari masuk ke dalam hospital untuk menerima bantuan daripada jururawat disitu .

Setelah mendapatkan beberapa jururawat serta katil bergerak , mereka tergesa gesa mampir ke arah kereta Zafril . Pintu sebelah pemandu dibuka dan tubuh Asyiela dicepung lalu diletakkan diatas katil bergerak .

"Sayang bangun tolong bangun . Jangan tinggalkan abang , abang minta maaf tentang tadi abang kesal maafkan abang" Rintih Zafril sambil membantu jururawat menolak katil Asyiela masuk ke dalam wad .

"Encik Zafril , encik hanya boleh tunggu diluar dan tidak dibenarkan masuk , maaf "Ujar salah satu jururawat yang membantu Zafril sebentar tadi .

Zafril hanya mengangguk lemah lalu dia meraup wajahnya . Jelas riak kesal di wajahnya sekarang .

Tiba tiba dia terdengar derapan kasut yang semakin menghampiri dirinya . Lantas dia berpaling ke arah bunyi tersebut . Nadia dan Ray lantas menyapa pandangannya yang beriak risau .

"Apa dah jadi ni ? Apa kau dah buat dekat Asyiela ?" Lantas sahaja Nadia menyerang Zafril .

Zafril pula setia berdiri dihadapan Nadia tetapi pandangan matanya tepat ke arah Ray .

"Sebab jantan ni aku ceraikan Asyiela tahu tak?! Sebab dia Asyiela masuk wad sekarang!" Jerit Zafril lalu menumbuk wajah Ray .

Nadia bertindak menarik tubuh Zafril menjauhi Ray .

"Apa kau merepek ni Zafril ? Apa yang Ray dah buat ? Kau ....kau ceraikan Asy ? Apa masalah kau sebenarnya hah ?!" Nadia pula sudah dihambat rasa marah .

Ray pula dengan lantas bangkit lalu memegang bahu Nadia .

"Jantan ni lah yang buatkan Asyiela curang dengan aku lepas tu boleh pula kau tunjuk muka dekat sini ? Heh jantan tak malu!" Nadia dan Ray saling berpandangan antara satu sama lain .

"Kau salah faham Zafril , Asy bukan curang belakang kau , let me introduce him . His name is Ray and he is Asyiela 's bestfriend . I and Asyiela friend with him since form 3 . Dan aku pasti kau nampak diorang makan berdua dekat restoran kan ? Sebenarnya diorang bukan berdua tapi bertiga . Aku ada sekali waktu tu ! Aku pergi tandas . I guess Asyiela already told this to you but you didn't trust her right ? Suami jenis apa kau ni ? Selidik dulu kalau tak tahu tanya aku jangan memandai hukum terus!" Wajah Nadia sudah memerah kerana menahan marah .

Zafril sudah terkedu .

"Dan Ray ni tunang aku" Ray terperanjat dengan pengakuan Nadia lantas dia mencuit lengan Nadia .

Nadia pula membalas cuitan Ray sebagai isyarat 'diam' . Zafril memandang wajah Nadia dan Ray saling berganti lantas dia terduduk dilantai . Rambutnya diramas ramas menjadi kusut .

"Ya allah apa yang aku dah buat ni ya allah . Apa yang aku dah buat ?" Tiba tiba pintu wad yang menempatkan Asyiela dibuka dari dalam .

Seorang doktor keluar dan menghampiri mereka bertiga . Zafril bangkit lalu terus menerpa ke arah doktor tersebut .

"Doktor macam mana isteri saya doktor ? Isteri saya sihatkan tak ada apa apa" Soal Zafril bertalu talu .

"Zafril sabar dengar apa doktor nak cakap . Lagi pun dia bukan isteri kau lagi jadi ingat tu" Suara Ray setelah lama mendiamkan diri .

Zafril pula mula menikus .

"Saya harap kamu semua boleh terima apa yang saya nak cakap ." Semua mula fokus tentang apa yang hendak dibicarakan oleh doktor tersebut .

Doktor itu menarik nafas panjang sebelum bersuara .

"Puan Asyiela menghidap luekimia ." Bagai terkena halilintar di tubuh Zafril kini .

Mukanya jelas dengan riak tidak percaya begitu juga dengan Ray .

"Tahap empat" Kali ini Nadia pula terkejut .

Setahu dia Asyiela masih di tahap dua tapi sekarang tahap empat ?

"Lu...luekimia ?" Soal Zafril .

Doktor itu mengangguk . Ray dan Nadia terduduk lemah tatkala mendengar penjelasan daripada doktor itu sebentar tadi .

"Boleh saya masuk ?" Doktor itu mengangguk .

"Kalau tak ada apa apa lagi , saya minta diri dulu" Nadia dan Ray mengangguk .

Zafril lantas menolak pintu wad dan dengan perlahan dia menghampiri Asyiela yang sedang terbaring lemah . Air mata mula bergenang . Zafril meraup mukanya sebelum tangan Asyiela diraih .

"Maafkan abang sayang . Maafkan abang" Hanya itu yang dapat diucapkan .

Rambut Asyiela pula diusap dengan lembut . Mata Asyiela mula terbuka tatkala dia terasa sesuatu bergerak di kepalanya . Zafril mengesat air matanya lalu melemparkan senyuman ke arah Asyiela .

Asyiela pula lantas memalingkan mukanya tatkala mata mereka bertembung . Tangannya pula ditarik dari genggaman Zafril .

"Buat apa dekat sini ? Buat apa hantar saya ke hospital ? Kenapa tunggu saya ?" Soal Asyiela dengan suara mendatar .

Zafril perasan akan perubahan Asyiela lantas dia bersuara .

"Maafkan abang , abang tak selidik dulu . Maafkan abang Asy" Rintih Zafril .

Asyiela tertawa sinis .

"Dah terlambat untuk sedar semua ni Zafril . Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata , awak sendiri yang tahu . Dan saya bukan lagi hak awak sepenuhnya . Tinggalkan saya dan keluar sekarang . Saya tak nak tengok muka awak lagi pergi !" Zafril menggeleng .

Lantas dia bergerak dan berdiri dihadapan Asyiela . Asyiela pula melarikan pandangannya .

"Kenapa tak bagi tahu abang yang Asy ada luekimia ? Kenapa harus sorokkan daripada abang ? Kenapa ?" Suara Zafril mula meninggi .

Asyiela terus memandang wajah Zafril dan dia bangkit dari baringannya .

"Kenapa perlu tahu sedangkan awak akan lepaskan saya juga . Tak ada bezanya saya bagi tahu atau tak , sebab akhirnya semua saya yang kena tanggung sendiri . Saya tanggung sendiri ! Setelah awak ceraikan saya , istilah tanggungjawab dah tak ada maknanya lagi Zafril . Awak keluar sekarang ! Saya tak nak tengok muka awak lagi keluar !" Jerit Asyiela menahan sabar .

Matanya mencerlung memandang Zafril .

"Kita rujuk balik" Tiba tiba perkataan itu tercetus dari bibir Zafril .

Asyiela mula menitiskan air matanya .

"Lepas apa yang awak buat , macam tu je nak rujuk balik ? Lebih baik awak keluar sekarang sebelum saya panggil nurse untuk halau awak . Keluar !!!" Lantang Asyiela menjerit sambil linangan air matanya tidak henti henti turun .

Nadia dan Ray terkejut lantas masuk ke dalam wad itu . "Asy kenapa ni ?" Soal Nadia cemas .

"Kau suruh dia keluar ! Aku tak nak tengok muka dia suruh dia keluar !!!!" Jerit Asyiela lagi .

Bantal dibaling ke arah Zafril . Ray cepat cepat menarik tangan Zafril .

"Kau keluar cepat atau Asy akan lebih teruk" Dengan berat hati Zafril keluar dari wad itu .

Nadia terus memeluk Asyiela sambil belakang Asyiela diusap .

"suruh dia keluar Nad suruh dia keluar" Rintih Asyiela .

"Shh ... dah dah dia dah keluar . Kau tidur okay ? Rehatkan diri" Pujuk Nadia perlahan .

Asyiela akur lalu membaringkan dirinya . Perlahan lahan dia memaksa matanya pejam . Nadia mengemaskan lagi selimut Asyiela lalu mereka berdua keluar dari wad itu .

"Kesian Asy" Ujar Ray simpati .

Nadia juga turut mengangguk .

"Tak apalah biar dia kita jaga sekarang kita balik dulu" Nadia mengangguk lagi lalu mereka beredar dari situ .

____________________________________

So how ? Sedih ke tak ? Hurm I don't think so .

Enjoy your reading !

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now