| 41 |

8.6K 212 2
                                    

BILIK yang asalnya sejuk dan damai kini bertukar tegang dan panas . Panahan mata Encik Haris tepat memandang ke arah Encik Hafiz .

"Aku tak kira aku nak tarik juga projek aku sebab gara gara anak kau , menantu kau , semua jadi kacau . Aku akan tinggalkan kau 1% saja dari 100% projek aku tu" Encik Hafiz mula gelabah .

Lantas dia bangkit dari duduknya dan mara ke arah Encik Haris .

"Encik takkan 1% saja ? 1% takkan cukup untuk tampung syarikat ni . Silap hari bulan syarikat ni akan muflis tolonglah jangan tutup periuk nasi saya" Rayu Encik Hafiz .

Encik Haris ketawa sinis .

"Bukan aku yang tutup periuk nasi kau Hafiz tapi anak kau ! Dia dah malukan aku , dia dah cacatkan muka aku lepas tu terus pergi macam tu je ? Kau janji dengan aku apa ? Lepas aku kongsi projek aku yang terbesar tu dengan kau , kau akan bagi anak kau dekat aku tapi hasilnya mana ?!! Mana ?! Lebam satu badan ni yang aku dapat tau!" Tengking Encik Haris .

Encik Hafiz mula meraup mukanya . Cuba memikirkan cara lain untuk menyelamatkan syarikatnya .

"Okay macam ni saya janji saya akan dapatkan anak saya secepat mungkin . Tolong jangan ambil projek tu" Encik Haris menggeleng sambil memeluk tubuh .

"Aku takkan termakan dengan janji kau lagi Hafiz ! Esok aku hantar PA aku untuk bagi kau surat perampasan projek tu muktamad !" Usai berkata , Encik Haris beredar dari bilik mesyuarat itu .

Encik Hafiz mula mengusutkan rambutnya lalu terduduk diatas lantai .

"Aku tak nak muflis !! Ni semua kau punya pasal Asyiela !! Anak bodoh!" Maki Encik Hafiz sambil menolak barang barang di atas meja .

Tiba tiba dia ketawa sendiri .

"Aku ...aku kan ada magic aku boleh buat duit hahahaha aku tak muflis aku tak muflis . Haris kau nak ambil projek tu ambil aku ada duit banyak hahahaha" kertas kertas yang berterabur dikutip dan disusun diatas meja .

"Banyak juga duit aku ni . Satu , dua , tiga , sepuluh ribu , dua ratus juta hahaha aku kaya!" Kertas kertas itu dikira lalu dilemparkan diudara .

Melayang layang kertas kertas itu sebelum jatuh ke lantai . Dengan wajah serabut dan selekeh dia keluar dari bilik mesyuarat itu .

"Aku kaya ! Bagi tahu dekat semua orang aku kaya !" Jerit Encik Hafiz dan semua pekerja tertumpu kepadanya .

"Encik , encik okay?" Soal salah seorang pekerja disitu .

"Aku okay aku kaya kaya kaya kaya ! Aku takkan muflis hahahaha ." Dengan jalan terhuyung hayang dia bergerak ke pintu keluar .

Semua pekerja disitu tercengang dengan apa yang terjadi .

RUANG tamu yang sunyi itu dipandang kosong . Keadaan rumah itu semakin suram dan sunyi . Tiada lagi gelak tawa , merajuk , manja Asyiela di dalam rumah itu .

Gara gara ego dan cemburu dia melepaskan emas di depan mata . Gara gara silap dirinya sendiri semua jadi huru hara . Gara gara mulut badan binasa .

Itulah yang sedang ditanggung oleh Zafril sekarang . Dirinya sedang berperang dengan perasaan sendiri . Dirinya begitu tidak terurus , rambut tidak disisir rapi , muka kusam dan tiada riak ceria diwajahnya .

Zafril terduduk diatas sofa sambil meraup rambutnya kebelakang . Slidding door yang terbuka itu memberikan Zafril sedikit ketenangan tatkala melihat suasana di bandar Kuala Lumpur .

"Apa yang aku dah buat ya allah . Apa yang aku dah buat . Patut ke aku rujuk balik atau biarkan sahaja dia pergi . Aku buntu ya allah aku buntu ." Keluh Zafril .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now