| 13 |

5.3K 221 3
                                    

"ASY !! Apa dah jadi dengan kau ni ? Apa bapak kau dah buat lebam lebam macam ni ?! Kau okay tak?" Soal Nadia seraya menggoncangkan tubuh Asyiela .

"Na.....Nad ja....janganlah risau . A....aku okay " Ujar Asyiela perlahan .

Nadia menggeleng sambil mengalirkan air matanya . Ray pula sudah tidak terkata apa .

"Asy jom kita pergi hospital . Kau teruk ni . Mana ayah kau ? Mak kau mana?" Arah Ray seraya ingin mencempung tubuh Asyiela .

"Tak payahlah susah susah . Ma....mak aku mana ada" Kata Asyiela .

Nadia sudah memukul bahu Ray .

"Kan aku dah bagi tahu kau tadi . Bengap sangat ke kau ni sampaikan lupa apa yang aku bagi tahu" Ray tersengih .

"Mak kau pergi mana?" Nadia sudah menepuk dahi .

"Mak dia dah meninggal faham tak ? Haih biul aku jadinya" Ray tergamam lalu terus melemparkan pandangannya ke arah Asyiela .

"I'm sorry" Ujarnya perlahan .

Asyiela menggeleng perlahan .

"Tak apalah . Sekarang ni angkat aku naik atas katil . Ray pergi ambil kotak kecemasan dalam almari baju aku" Ray mengangguk lantas berjalan ke arah almari baju Asyiela .

Nadia pula sudah memapah Asyiela bergerak ke katil . Usai semuanya , mereka mengemas barang barang yang bersepah .

"Nadia , teman aku tidur boleh?" Nadia lantas mengangguk .

"Habis tu aku macam mana?" Soal Ray seraya membuat muka kasihan .

Nadia mencampakkan bantal ke muka Ray .

"Baliklah apa lagi ? Gatal sangat ke nak tidur sini?" Asyiela tergelak , Ray cemberut .

"Korang ni kalau tak bergaduh memang tak sah kan? Dah dah Ray kau boleh balik biar Nadia teman aku" Ray akur lalu keluar daripada bilik Asyiela .

DUA tahun sudah berlalu semuanya ditinggalkan bagai ditiup angin . Pak Mat dan Ibu Hajah pergi begitu sahaja tanpa khabar berita .

Dan Asyiela ? Ya dia masih tinggal dengan Encik Hafiz .

Pukul ? Masih tidak boleh ditinggalkan . Dah menjadi 'rutin harian' dia untuk memukul Asyiela apabila dia marah . Bila dia ingin mengambil keputusan pt3 , Encik Hafiz tiada bersama dan kali ni ? Untuk ambil keputusan SPM dia juga pergi ambil sendirian .

Langit yang malam tanpa dihuni oleh bintang bintang ditatap kosong sebelum mengeluh .

Asyiela dari tadi duduk di balkoni untuk menunggu kepulangan Encik Hafiz . Makanan untuk makan malam sudah siap dibeli dan dihidang . Asyiela menatap keputusan SPM yang berada di tangannya .

"Papa bangga tak aku dapat keputusan 5A je ? Tak sabarnya aku nak tunjukkan dekat papa . Papa pula ke mana ?" Omel Asyiela lalu duduk dibuaian yang ada disitu .

Jam di dinding terus diliriknya . Hampir ke pukul 10 malam .

"Mana orang tua keparat tu pergi ?! Biasanya awal balik bosanlah tunggu " Rengus Asyiela lalu bergerak keluar bilik .

Slip peperiksaan masih dipegang kemas . Tergerak hati Asyiela ingin memeriksa bilik Encik Hafiz sedang dia pun tidak ada apa apa yang mahu dibuatnya .

Pintu bilik Encik Hafiz ditolak perlahan lalu dia masuk ke dalam . Masih sama keadaannya . Tidak satu pun yang berubah kecuali , gambar Puan Maria . Ia sudah pun disingkirkan dari kamar tersebut . Tiba tiba Asyiela terdengar pintu utama dibuka .

Cepat cepat Asyiela keluar daripada bilik Encik Hafiz dan meluru ke arahnya .

"Papa !! Dah balik pun . Lama Asy tunggu papa . Jom makan" Ajak Asyiela seraya menarik tangan Encik Hafiz .

Lantas Encik Hafiz merentap kasar tangannya .

"Kau buat apa dekat bilik aku ?! Kau nak mencuri duit aku kan ? Eh tak cukup ke selama ni aku tampung kau ?! " Asyiela pantas menggeleng .

"Papa Asy , Asy tak ada niat pun . Asy saja nak tengok bilik papa . Papa tadi Asy ambil slip SPM Asy dapat 5A" Ujar Asyiela sambil menghulurkan slip ke arah Encik Hafiz .

Encik Hafiz tersenyum sinis sambil merentap slip itu . Perlahan lahan slip itu dikoyak menjadi serpihan kecil lalu dibaling ke muka Asyiela .

"Kau lulus ke gagal ke itu bukan hal aku . Yang penting tanggungjawab aku dekat kau dah tamat !! Aku nak kau berambus dari rumah aku sekarang !!"  Asyiela terkedu .

Hanya air mata yang tidak berhenti mengalir .

"Papa sedar tak apa yang papa cakap ? Sanggup papa nak halau Asy ? Tengah malam ? Ayah jenis apa papa ni? Papa please don't do this to me" Rayu Asyiela sambil memeluk kaki Encik Hafiz . Rambut Asyiela ditarik .

"Aku sedar apa yang aku cakap !! Ini masa yang aku tunggu selama ni dan untuk pengetahuan kau , tengah malam ke , pagi ke itu bukan masalah aku!!" Jerkah Encik Hafiz lalu tubuh Asyiela ditolak ke tepi .

Anak tangga didaki laju ke arah bilik Asyiela . Asyiela mengongoi kesedihan di ruang tamu . Beberapa minit kemudian , Encik Hafiz muncul dengan beg besar ditangannya .

"Kau ambil beg ni kau keluar dari rumah aku sekarang!!" Beg itu dicampak dihadapan Asyiela sebelum lengan Asyiela ditarik kasar menghala ke pintu .

"Pa tolong jangan buat Asy macam ni !! Tolong beri Asy peluang untuk hidup dengan papa tolong !! Asy hanya ada papa tolong pa" Rayu Asyiela sambil mengeraskan badannya supaya dirinya tidak dibawa oleh Encik Hafiz ke pintu utama .

Pipi Asyiela ditampar berkali kali .

"Kau pembawa sial bagi aku !! Diri kau tak layak nak duduk dengan aku sebab apa ? Malang tak pernah berpisah dengan kau !! Mak kau dengan kau sama !! Perempuan sial !! Lebih baik kau berambus daripada rumah ni" Hambur Encik Hafiz lalu menolak Asyiela keluar daripada rumah .

Pintu dihempas kasar . Asyiela terduduk dihadapan rumah itu sambil memeluk lututnya .

"Mama tolong ambil nyawa Asy sekarang . Asy tak sanggup nak hidup lagi biar Asy hidup dengan mama dekat sana . Tolong mama Asy tak sanggup lagi" Asyiela menekup mukanya bersama tangisan yang memilukan .

Tiba tiba cahaya daripada kereta muncul dihadapan Asyiela bersama bunyi hon . Asyiela mengangkat mukanya perlahan lahan .

"Makcik"

Dapat upd awal yeay !! Maaf hambar sngt sebb idea tak ada . Tapi tak apa sengaja mempercepatkan cerita bagi menepati sinopsis . Hehe ye tau crita tergantung tpi nk buat macam mana ? Bab mendebarkan makin tiba ~ act ada masalah dengan story first saya tu dan mempengaruhi idea saya . Maaf yeh .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now