ASYIELA menghempaskan badannya diatas katil dengan keluhan dilepaskan . Matanya sudahpun dipejamnya rapat . Zafril menggeleng melihat keletah Asyiela .
"Asy , mandi dululah . Baru selesa nak tidur" Uhar Zafril sambil membuka tali leher lalu menyangkutkan ke dalam almari .
Asyiela masih tidak menyahut .
"Asy" Panggil Zafril seraya berjalan ke arah Asyiela .
"Nantilah penat kenyang semualah . Rasa malas pula nak mandi abang mandikanlah boleh?" Seloroh Asyiela sambil memandang ke arah Zafril .
Zafril mula mengukir senyuman nakal .
"Betul ni?" Asyiela mengangguk .
Zafril mula mahu bertindak mendukung Asyiela , akan tetapi Asyiela lantas bangkit dari baringannya .
"Ei Asy gurau jelah apa ni" Marah Asyiela dengan wajah cemberut .
Zafril ketawa .
"Tapi abang bergurau" Asyiela mula meneguk air liurnya .
"Tak nak!!!" Jerit Asyiela terus berlari masuk ke dalam tandas .
Terdengar bunyi hempasan pintu yang kuat . Zafril mula ketawa terbahak bahak .
"Aduh kelakarlah dia ni" Ujar Zafril sambil megesat air matanya yang turut keluar .
"Abang ! Nak tuala!" Jerit Asyiela dengan rengekkan manja . Zafril menggeleng .
"Ada ada sajalah dia ni" Zafril bangkit dan berjalan ke arah belakang pintu lalu bergerak menuju ke tandas .
NADIA terus membelok ke arah parkir yang kosong berhadapan dengan restoran yang sudah dijanjikan . Brek tangan ditekan sebelum kunci kereta dicabut .
"Okay Asy kita dah sampai mana Ray?" Ujar Nadia apabila mereka sudah keluar daripada kereta .
"Entah manalah aku tahu . Cuba kau telefon dia" Balas Asyiela sambil bersandar di badan kereta .
Pagi tadi Nadia ada menelefon Asyiela untuk membuat perjumpaan memandangkan Ray tiada apabila Asyiela datang ke rumah Nadia tempoh hari .
Dan semuanya dibincang dan diakhiri dengan perjumpaan mereka di restoran .
Sedang Nadia menaip nombor Ray , Asyiela mencuit bahunya .
"Tu Ray dah sampai" Lurus jari telunjuknya ke arah Ray yang hanya berseluar jeans dipadankan t shirt lengan panjang berwarna merah .
Mereka mula melangkah ke arah restoran dan memilih meja untuk mereka menjamu selera .
Sebuah meja yang berada di luar restoran itu menjadi pilihan mereka lalu mereka melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan .
"Jadi apa korang nak makan ? Aku belanja semua sekali" Ujar Ray dengan gaya segaknya .
Asyiela membuat muka toya .
"Tak payah poyo sangat boleh tak ? Nak termuntah tau" Ujar Asyiela . Ray tersengih .
"Eleh kau mentang mentang dapat laki kacak nak perlekeh aku pula . Tak apa macam ni kan kawan . Sedih hidup" Nadia mencemik lantas bahu Ray dipukul .
"Tak payah nak drama sangat . Dah panggillah pelayannya . Kau nak mati kebulur dekat sini ke apa" Ujar Nadia .
Asyiela terus mengangguk setuju . Ray memetikkan jarinya dan seorang pelayan datang ke arah mereka .
"Ya nak pesan apa?" Ramah pelayan itu bertanya .
"Saya nak nasi goreng cina satu dengan teh o ais satu" Pesan Ray. Pelayan itu terus mencatat pesanan Ray tadi .
"Bagi saya roti telur dengan sirap limau"
"Saya nasi goreng pataya dan jus oren" Ray terus memandang Nadia dari atas ke bawah .
"Badan kecil makan banyak" Ujar Ray .
Asyiela terus tergelak .
"Biarlah aku nak buat kau pokai padan muka" Nadia menjelirkan lidahnya pada Ray .
Pelayan itu tersenyum melihat keletah mereka .
"Dah ?" Mereka serentak mengangguk .
Lalu pelayan itu pun berlalu pergi .
"Aku nak pergi tandas sekejap eh , korang boraklah dulu" Pamit Nadia .
"Mana boleh nanti ada orang ketiga kena tangkap basah naya" Nadia bertindak meluku kuat kepala Ray .
"Kau ni kan aku bagi makan penyodok baru tahu" Kata Asyiela .
Nadia dan Ray tergelak . Nadia bangkit dari duduknya dan berlalu ke arah tandas .
"Eh Asy kau makin gemuk eh sekarang . Kahwin tak jemput aku pun ei kawan apa kau ni" Asyiela geram terus memukul lengan Ray.
"Sedap kau je kata aku gemuk . Aku kahwin pun buat kecil kecil je . Tak buat besar besaran. Nadia pun aku tak jemput tau" Balas Asyiela .
Ray hanya mengangguk . Kebetulan makanan yang dipesan oleh mereka sudah pun sampai . Mereka mula menjamu selera berselang seli dengan gelak ketawa sambil menunggu Nadia .
"KAU nak ajak aku pergi mana ni ? Aku sibuk tau tak ? Hish nasiblah ka......"
"Faizul Omar boleh diam tak ? Bukannya kau pandu pun . Aku nak tengok akaun bank aku ada duit lagi ke tak . Mana tahu abah aku bagi ke aku tak nak abah aku susah payah nak masukkan duit untuk aku faham?" Pantas Zafril memintas kata kata Faizul .
Laju kereta Ferari itu membelok ke kanan dan berhenti dihadapan restoran . Disebelahnya terdapat cawangan Maybank . Dan kebetulan Zafril memang hendak melihat wangnya menggunakan kad bank Maybank .
"Kau tunggu sini ke ikut sekali ?" Soal Zafril sambil membuka tali pinggang keledar .
"Tunggu jelah . Malas pula rasanya nak keluar" Zafril hanya mengangkat bahu lantas keluar daripada kereta .
Laju kakinya melangkah ke arah cawangan Maybank tersebut . Beberapa minit kemudian , Zafril keluar dengan wajah yang dihiasi senyuman .
"Nasib baik abah tak masukkan duit" Ujarnya sendiri .
Sedang elok dia berjalan ke araj kereta Ferari milik Faizul , matanya tertancap ke arah seseorang .
Tiba tiba hatinya dipagut rasa cemburu yang menggila dan rasa sakit hati serta marah .
Asyiela dan seseorang lelaki sedang duduk berdua duaan sambil memukul lengan lelaki tersebut .
Apabila pelayan restoran disitu menghantar makanan , mereka masih rancak berbual sambil gelak ketawa . Wajah Zafril serta merta membengis . Dengan hati yang panas dia masuk ke dalam kereta .
"So......"
"Shut up !" Faizul terkejut dengan perubahan drastik Zafril .
Minyak kereta ditekan dan kereta mereka laju membelah jalan raya .
____________________________________
So here for you guys .
Pengakhiran semakin mendekat !!
Sape masih tk nk tinggalkan criter ni ? komen saya !
Spe sudah bersedia untuk tinggalkan crita ni ? Komen author okay ?
Hah komen banyak banyak da~
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...