| 24 |

5.7K 186 11
                                    

BEG pakaian sudah tersedia di muka pintu  . Bonet kereta juga sudah tersedia . Pagi yang indah dihiasa dengan wajah masam mencuka dan jelingan tajam . Hajah Meliesa sudah berpeluk tubuh di hadapan kereta proton milik Haji Amran .

"Nak balik KL je pun tak payah lah ambil masa berhias bagai tak ada sesiapa punlah nak tengok dia . Perangai macam setan saja" Rungut Hajah Meliesa sambil membetulkan tudung sarung dikepala .

Haji Amran hanya menggeleng melihat perangai isterinya .

"Yang kamu kata perangai setan tu menantu jamu juga Meliesa oi" Hajah Meliesa merengus geram .

"Menantu apa macam tu" Hajah Meliesa membuka kereta sebelah pemandu lalu masuk ke dalam perut kereta .

Pintu kereta itu dihempas kuat . Zip beg ditutup lalu dibawa keluar bilik . Zafril melirik ke arah jam tangannya lagi sebelum memanggil Asyiela .

"Asy dah siap ke belum ? Nanti tak sempat sampai nanti!" Teriak Zafril dari ruang tamu .

Asyiela bergegas mengambil telefon bimbitnya lalu keluar dari bilik .

"Tak sempat apanya ? Dari sini ke KL ambil sejam dua je . Tak payahlah tergesa gesa sangat" Balas Asyiela dengan muka selamba .

Kasut tumit tinggi berwarna putih disarungkan ke kakinya . Beg bagasi turut ditarik hingga ke halaman rumah . Zafril hanya mendiamkan sahaja apa yang diperkatakan oleh Asyiela . Usai semuanya , mereka mula bergerak ke KL .

PINTU dikuak tatkala kunci dipulas .

"Ni rumah yang kau beli tu?" Tanya Asyiela kurang yakin .

Zafril mengangguk sambil tersenyum .

"Boleh tahan citarasa kau . Kondo , okaylah daripada tak ada" Ogak Asyiela lalu masuk ke dalam rumah meninggalkan begnya diluar .

Zafril menyorong beg Asyiela dan juga beg untuk dirinya sendiri . Asyiela mula meneroka keadaan rumah tersebut .

"Ei kau ni tak pandai hias rumah ke apa ? Bersepah" Ujar Asyiela seraya menbuat muka geli .

Zafril tersenyum kelat .

"Rumah bujang biasalah . Tapi sekarang ada Asy , abang cubalah kemas rumah ni . Eh ni kalau Asy penat pergilah masuk bilik dulu nanti abang masuk" Asyiela mula memeluk tubuh dan merenung Zafril .

Zafril terasa pelik terus menanya .

" Kenapa pandang macam tu? Abang ada tersalah cakap eh ? "Asyiela menjulingkan mata keatas .

"Kau aku nak cakap bodoh , sambung belajar , nak cakap bengap pun tak . Ke saja saja kau nak tunjuk bengong kau depan aku ? Eh kau ingat aku nak ke kongsi bilik dengan kau ? Ada tak bilik kosong?" Air muka Zafril terus berubah tapi pantas ditepis pergi .

"Er ada tu ada tapi bilik tetamu . Asy , tak salahkan kita tidur sebilik lagipun tak ada istilah haram lagi antara kita . Hina sangat ke abang pada Asy?" Zafril mula menundukkan wajah .

Suaranya mula bergetar menahan sendu dihati .

"Aku tak kata kau tu hina tapi dengan cara kita kahwin , membuatkan aku tak bersedia dan aku nak bila kau lepaskan aku , masa tu aku masih suci faham?" Tanpa berlengah Asyiela terus merampas begnya dan berlalu pergi ke bilik tetamu meninggalkan Zafril yang sedang berperang dengan perasaannya sendiri .

Dia berjalan dengan lemah ke arah sofa lalu terduduk . Wajahnya diraup kasar dan perlahan lahan air matanya jatuh ke pipi .

"Ya allah kau kuatkan kesabaran aku untuk menempuh segala dugaanMu dan Kau berkatilah hubungan kami hingga ke jannah ." Doa Zafril bersama linangan air mata .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now