KINI semua ahli keluarga berkumpul di satu pondok yang berdekatan . Pondok itu muat untuk menempatkan kira kira 20 orang yang terlibat dalam family day .
Ianya termasuk kaum kerabat Zafril yang jauh mahupun dekat dan masing masing dikehendaki berdiri dengan pasangan masing masing untuk memulakan aktiviti yang bakal berlangsung manakala kanak kanak dikehendaki berdiri di tepi dahulu kerana akan ada aktiviti khas untuk kanak kanak.
Asyiela , Zafril dan beberapa pasangan termasuk Haji Amran dan Hajah Meliesa sudahpun berdiri dihadapan pengacara sementara iaitu Encik Haziq bapa saudara kepada Zafril .
"Aktiviti yang bakal kita main sebentar lagi dinamakan pasangan si buta dan pekak . Salah satu pasangan dikehendaki menutup mata dan seorang lagi berdiri kira kira 20 langkah ke belakang . Pasangan yang tidak menutup mata , akan memberikan arahan pada pasangannya yang tutup mata tu. Pasangan yang tidak menutup mata tadi , akan menjerit bagi tahu jalan yang patut korang jalan . Masa diberikan hanyalah 1 minit . Kanak kanak yang ada , mereka akan membuat bising bagi mengganggu fokus korang pada suara pasangan korang . Andai kata tak berjaya , Korang akan didenda . Buat masa ni semua jelas?!" Lantang suara Encik Haziq bercakap di hadapan mereka .
Asyiela dan Zafril hanya berpandangan sesama sendiri . Asyiela ternganga manakala Zafril hanya mengangkat bahu .
"Tak naklah main" Rengek Asyiela sambil menarik narik baju Zafril .
"Mainlah . Seronok nanti Asy tutup mata abang jerit" Lantas Asyiela menggeleng.
"Lagilah . Kaulah yang tutup mata" Zafril menggeleng .
"Dah senyap dengar apa yang pakcik Haziq cakap tu" Asyiela mencebik sambil memeluk tubuh .
Usai semuanya , mereka berdiri dibelakang garisan lurus yang telah dilukis . Dan Asyiela salah satu perserta yang harus menutup mata .
"Sedia semua!!" Asyiela mengetap bibir .
Boleh ke dia buat?
"1 ! 2 ! Mula!" Dan para peserta semua mulakan larian dan berjalan mereka sambil menfokuskan pendengaran .
Suara riang kanak kanak yang mengganggu tidak kurang juga . Asyiela terkial kial berjalan sambil tangan dihadapan .
"ASY KANAN ASY KANAN!!" Jerit Zafril .
Bagai nak terkeluar anak tekak dia menjerit . Dengar sahaja namanya dipanggil , Asyiela pantas berjalan ke kanan sedikit .
"Lagi 20 saat!!" Ujar Encik Haziq . Asyiela mula panik .
Dia berjalan dengan laju dan lebih fokus pada suara Zafril .
"SIKIT LAGI ASY SIKIT LAGI ! JALAN STRAIGHT JANGAN BELOK!" Asyiela mula tersenyum .
Dia berlari tanpa membelok ke kiri mahupun kanan . Zafril pula terkinja kinja apabila Asyiela makin hampir dengannya . Asyiela lari dan terus berlari .
Apabila dia sudah hampir ke garisan penamat , dia tersandung batu yang agak besar . Hampir sahaja Asyiela jatuh tertumus nasib Zafril cepat memeluk Asyiela .
"Asy cepat sikit lagi . Bila Asy rasa tangan abang , terus tarik abang dalam pelukan Asy tau" Bisik Zafril lalu berundur beberapa tapak ke belakang .
Asyiela akur lalu berlari sedikit . Zafril sudah bersedia mendepakan tangannya . Apabila Asyiela sudah menyentuh tangan Zafril , lantas Asyiela menarik Zafril dan memeluk tubuhnya .
Tiba tiba dia rasa tenang dan gembira . Pelukan Zafril bagaikan penyelamat buat dirinya lantas pelukan dierat lagi . Zafrip tersenyum .
"Kita nombor dua . Tapi kita tetap menang" Bisik Zafril betul betul ditepi telinga Asyiela .
Asyiela tersenyum .
" We did it!" Sorak Asyiela . Zafril mengangguk .
"Buka cepat benda ni dekat mata Asy ! Gel......." Tiba tiba Asyiela tersedar sesuatu .
Panggilan . Ya panggilan untuk dirinya sudah bertukar .
"Gel apa Asy ?" Ujar Zafril bersama senyuman yang terukir di bibirnya .
Asyiela terdiam . Pipinya mula berona merah .
"Gel....gelaplah . Cep...cepatlah buka" Ujarnya tersekat sekat .
Zafril terus membuka penutup mata dan terus meraih tangan Asyiela .
"Kan sedap kalau Asy gelarkan diri Asy macam tadi . Apa kata lepas ni Asy gelarkan macam tu lagi , bolehkan?" Asyiela tidak bereaksi apa apa .
Matanya galak merenung muka Zafril .
"I'll try . Aku nak minum air haus" Asyiela menutur laju lalu meninggalkan Zafril .
Zafril menggeleng bersama senyum nipis lalu tubuhnya didakap .
"Ya allah terima kasih kau buka pintu hati isteriku sedikit demi sedikit" Ujar Zafril .
"Semua minta perhatian ! Sila berkumpul di pondok semula !" Dengar sahaja pengumuman itu , Asyiela terpaksa bersama dengan Zafril lagi.
"Apa lah aku ni mulut kau pun satu hish!" Getus Asyiela lalu berkumpul di pondok semula .
Bila sudah berdiri disebelah Zafril , wajah Zafril langsung tidak dipandangnya .
"Lepas ni permainan mekap badut . Kali ini terbalik peserta yang ditutup mata itu akan mekap pada pasangannya . Jangan mekap cantik tapi hodoh . siapa paling hodoh dia akan menang ! Ikut pasangan yang main tadi!" Asyiela sudah tersengih .
'Siap kau akan aku buat kau yang paling hodoh' Getus Asyiela .
Zafril yang perasan senyuman Asyiela , lantas mencuit hidung Asyiela .
"Sukalah tu dapat mekap muka abang kan?" Asyiela sudah tayang giginya .
"Suka sangat!" Asyiela mengangkat keningnya berkali kali .
Zafril sudah menggeleng . Tadah ajelah! .
"HAHAHAHAHAH!!!" Asyiela menekan nekan perutnya berkali kali .
Air mata yang menitis dikesat berkali kali . Zafril mencebik .
"Asy buat apa ? Janganlah hodoh sangat habislah muka abang yang kacak lagi bergaya ni" Asyiela masih lagi ketawa .
" Asy dah lah tu . Ni dah siap ke belum?" Asyiela menggeleng sambil berusaha menghilangkan tawanya .
"Aduih sakit perut . Sekejap nak tambah sikit lagi" Zafril hanya menatap sahaja wajah Asyiela .
"Gelak sampai merah muka apa lawak sangat ke ? Nak tengok"
"Aip ! Mana boleh ! Duduk diam diam ak....er As..Asy nak tambah sikit lagi" Pemerah pipi dan berus diambil .
Berus itu ditonyoh ke arah pemerah pipi lalu diletakkan ke pipi Zafril menjadi bulatan kecil berwarna merah jambu .
Bayangkanlah muka Zafril dari hensem jadi badut . Ish ish tak patut betul .
"Okay dah pergi pondok cepat " Badan Zafril ditolak tolak kasar .
Zafril akur lalu bergerak ke pondok . Asyiela tersengih .
"Padan muka!" Ujar Asyiela puas.
Tiba tiba dia diserang sakit kepala . Terus tangannya memegang kepalanya . Mata dipejam kemudian dibuka kembali . Cecair berwarna merah keluar daripada lubang hidungnya . Dengan tangan terketar ketar, dia mengesat darah tersebut .
"Oh god please not now" Pandangannya mula kabur sebelum dia merebahkan diri .
____________________________________
Haa ayok apa dah jadi .
Zafril tkyah berangan kau tu nnti bercerai gak BHAHAHA !
Hey c'mon komen lah cikit . Kenapa crita ni makin hambar ke ?
Sape kata hmbar komen betul sape kata tak hambar komen tak . Komen au au au .
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...