RAMBUT disisir kemas sebelum bibirnya mengukir senyuman . Pantulan cermin jelas menampilkan wajahnya kini . Rambut lurus , bibir merah jambu serta mata bulat dan bersinar . Cukup membuat kaum adam cair melihat wajah Asyiela .
Ketukan di pintu mengejutkan Asyiela daripada termenung.
"Masuk!!" Laung Asyiela dari dalam bilik .
Pintu dikuak dari luar . Ternyata ianya Zafril yang tampil dengan sebungkus plastik berwarna hijau .
"Nah keropok lekor . Tak susah pun nak carinya. Abang pergi belakang sekejap eh nak berkebun" Asyiela tersenyum lebar lalu cepat cepat menyambar plastik itu .
Kelibat Zafril yang semakin menghilang tidak dihiraukan . Keropok lekor di hadapan mata terus disambar dan masuk ke dalam mulutnya .
"Urm !! Sedapnya lembut . Mana dia beli ni ? Tak sia sia aku paksa dia beli" Omel Asyiela seorang diri .
Plastik keropok lekor itu dijinjit bersama apabila dia bergerak ke luar bilik . Kelihatan Hajah Meliesa sedang membasuh baju manakala Haji Amran sedang menonton televisyen .
Asyiela dengan selamba bergerak ke ruang tamu lalu melabuhkan punggung diatas sofa . Keropok lekor diambil dan dikunyah lagi . Haji Amran tersenyum apabila melihat Asyiela turut serta .
"Bila beli keropok lekor itu ?" Soal Haji Amran apabila keadaan menjadi canggung .
Asyiela mengangkat keningnya .
"Tadi suruh Zafril belikan" Jawab Asyiela mendatar sambil matanya melirik ke arah televisyen .
Haji Amran hanya mengangguk lalu menfokuskan kembali pandangannya pada televisyen . Hajah Meliesa hanya menahan geram di dapur .
"Menantu jenis apa lah dia tu . Duduk goyang kaki . Siap kau tengok apa aku buat" Hajah Meliesa mengambil sehelai baju Asyiela lalu diguntingnya .
Hajah Meliesa tersenyum puas .
"Padan muka kau" Baju itu dicampak ke dalam baldi .
Diambil baldi tersebut lalu bergerak ke ruang tamu .
"Asyiela ! Ni baju kau aku dah basuh jangan nak buat aku hamba abdi kau pula pergi sidai sana!" Lantang Hajah Meliesa bersuara .
Asyiela dan Haji Amran terkejut lalu memalingkan muka ke arah Hajah Meliesa .
"Meliesa oi tak payah menjerit . Asyiela ni bukan nun jauh ke sana , dekat depan mata awak je" Suara Haji Amran sambil mengurut telinga .
Silap hari bulan ada juga gegendang pecah . Asyiela hanya tergelak .
Plastik keropok lekor diletakkan diatas sofa lalu bergerak ke arah Hajah Meliesa .
"Kalau boleh cakap kuat lagi . Biar bergegar rumah ni ." Perli Asyiela lalu membongkok mengambil baldi tersebut .
Sedang dia mengangkat , baju yang digunting oleh Hajah Meliesa terjatuh ke lantai .
"Jatuh pul......" Terbuntang mata Asyiela tatkala baju kesayangannya telah terkoyak .
Baldi diletakkan , lalu baju tersebut diambil dengan muka terkejut .
"Baju aku" Kata Asyiela .
Mukanya mula memerah menahan marah yang amat sangat .
"Macam mana baju aku boleh koyak hah ?!! Baju aku ni mahal daripada baju buruk kau tau tak ? Dah berulang kali aku kata basuh pakai tangan kau degil guna mesin . Apa dah jadi ? Koyak besar tau !!! Hey kalau aku nak kau ganti pun , kau tak mampu lah!!" Tempik Asyiela kuat .
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...