| 39 |

7.4K 213 19
                                    

"TERIMA kasih Nad ! Hari ni hari yang paling seronok aku rasa . Dan Ray terima kasih sebab ambil masa untuk luang masa dengan aku . Terima kasih tau" Ucap Asyiela sambil menggenggam tangan Nadia dan Ray .

Mereka berdua saling berpandang lalu tersenyum .

"Tak ada apa lah Asy . Lagipun tadi memang luch hour . Jadi aku rancanglah nak lunch dengan kau tu je" Balas Ray pula .

Nadia mengangguk menyokong kata kata Ray .

"Eh kitorang kena gerak ni . Nanti jalan sesak susahlah" Ujar Nadia .

Asyiela mengangguk . Mereka bersalaman sebelum Nadia dan Ray masuk ke dalam kereta .

Tangan dilambai tatkala kereta mereka mula hilang dari pandangan . Dengan senyuman Asyiela berjalan ke arah pintu masuk .

"Assalamualaikum!" Teriak Asyiela sambil menguak pintu masuk .

Serta merta matanya menyapa sesusuk tubuh yang berdiri membelakangkannya sambil berpeluk tubuh . Asyiela pula masih dengan senyuman lalu bergerak ke arah Zafril dan tubuh itu dipeluk erat .

"Abang ! Dah makan ? Dah minum ? Lapar tak ? Nak Asy masakkan apa apa ?" Ramah Asyiela bertanya .

Zafril masih mendiamkan dirinya dengan wajah yang ketat . Asyiela pelik terus berdiri dihadapan Zafril .

"Abang kenapa ni ?" Soal Asyiela sambil menekup pipi Zafril .

Dengan perlahan tangan Asyiela ditepis . Asyiela terkedu dengan perbuatan Zafril .

"Seronok hari ini?" Soal Zafril dengan nada mendatar .

Asyiela kembali tersenyum sambil mengangguk .

"Seronok sangat . Dapat luangkan masa dengan Na....."

"Baguslah ." Pangkas Zafril .

Asyiela mula tidak keruan .

"Zafril , what's wrong with you hah ? Or do you have any problem?"

"You should ask that questions to yourself ! . Did you happy hangout with another men beside me huh ? It's fun to you ?!" Suara Zafril mula meninggi .

Asyiela terkejut dengan apa yang Zafril katakan sebentar tadi .

"What are you talking about ? Asy keluar dengan lelaki lain ? Apa abang merepek ni Asy tak faham" Pantas Asyiela membela dirinya .

Zafril tersenyum sinis sambil menggeleng kepala .

"Jangan nak putar belitkan keadaan Asyiela . Kau dah ada lelaki lain belakang aku kan ? Kau ingat aku tak nampak kau makan dengan seorang lelaki dekat Restoran Al- Ilmiah tadi . Bertepuk tampar bagai . Itu bukan kau ke hah?!" Tengking Zafril sambil memegang kedua belah bahu Asyiela .

Asyiela mula faham dengan apa yang Zafril cuba sampaikan . Dengan kasar tangan Zafril ditepis .

"He's just my bestfriend . My classmate since I was form 3 . What's wrong with you ? Lagipun Asy pergi dengan Nadia bukan berdua" Suara Asyiela juga semakin meninggi .

Zafril menggeleng .

"Aku tak percaya . Kenapa bila aku nampak cuma kau dengan lelaki tu ? Mana kawan kau ? Kau nak menipu pun agak agaklah" Asyiela mula meraup mukanya .

Air mata yang mahu menitis pantas diseka .Sofa menjadi tempat dia melabuhkan punggung .

"Please trust me . Kitorang pergi bertiga bukan berdua tolonglah . Demi allah hanya abang yang ada di hati Asy . Jujur Asy kata Asy dah sayang dan cintakan abang . Tolong percaya" Asyiela bangkit lalu meraih tangan Zafril .

"Drama apa lagi kau nak tunjuk lagi Asyiela ? Aku penat layan kau . Aku terima kau aku sayang kau tapi , kau curang . Dahlah tak payah nak reka cerita yang dia kawan baik kau . Kau dah hancurkan kepercayaan aku" Ujar Zafril sambil menarik kasar tangannya dari genggaman Asyiela .

Air mata yang bergenang sudah pun jatuh . Hati Asyiela kini hancur berkecai . Dia terduduk diatas lantai .

"Pada mulanya Asy benci abang , jijik tengok abang . Nak pegang lagilah . Tapi bila abang buat tempoh satu bulan antara kita , ia betul betul bagi kesan pada Asy . Asy dah tak jadi pemarah , tengking orang Asy dah jadi diri Asy yang sebenar . Asy dah sayangkan abang , cintakan abang . Tapi bila Asy mula cinta dan sayangkan abang , abang tuduh Asy curang . Bukti ada ? Tolong percaya Asy dah tak ada sesiapa lagi . Papa dah buang Asy , saudara tak ada tolong buat kesekian kali percayakan Asy . Asy dah tak ada sesiapa" Pinta Asyiela dengan air mata semakin lembat .

Teresak esak dia menahan tangis . Zafril memejamkan matanya . Kini dia tekad dia tidak mahu disakiti lagi mendalam . Cukup hari ini hari terakhir bagi mereka , Zafril akan tunaikan 'habuan' yang Asyiela tunggu selama ini .

"Aku dah fikir masak masak . Mungkin ini yang kau tunggu tunggu dan mungkin juga inilah masanya . Asyiela Natasha binti Hafiz Mokhtar....." Zafril menarik nafasnya sedalam dalam sambil memejamkan matanya .

Asyiela sudah mendongak memandang Zafril lantas lutut Zafril dipeluk .

"Tolong jangan ceraikan Asy tolong . Asy akan bagi penjelasan tolong Asy dah tak ada sesiapa selain abang . Asy cintakan abang maafkan Asy abang maafkan Asy" Rayu Asyiela semahu mahunya .

Lutut Zafril dipegangnya erat . Zafril menarik nafas lagi dan dihembuskan perlahan lahan . Dengan berat hati dia terpaksa lafazkan jua .

"Aku ceraikan kau dengan talak 1" Asyiela seakan terkena renjatan elektrik tatkala ungkapan yang sememangnya dia tidak mahu terlepas jua .

"Abang sampai hati abang lepaskan Asy . Sampai hati abang , abang dah ubah Asy lepas tu abang lepaskan Asy . Apa semua ni?!" Tengking Asyiela sambil bangkit .

Tubuh Zafril dipukul bertalu talu . Zafril tidak menghiraukan Asyiela terus meninggalkan Asyiela sendiri .

"Abang ! Abang jangan ting.....argh ! Argh!! Erh!" Tiba tiba sakit di tulang belakang , betis dan kepala Asyiela datang menyerang .

Pandangannya mula kabur . Zafril terhenti tatkala mendengar Asyiela mengerang kesakitan .

"Abang!" Panggil Asyiela sebelum rebah .

Zafril lantas berpaling ke belakang . Terbuntang matanya melihat tubuh Asyiela terbaring lemah .

"Asy!" Laju kakinya berlari ke arah Asyiela yang sudah tidak sedarkan dirinya .

Lantas tubuh Asyiela dicepung dan dibawa ke hospital .

____________________________________

Holla ! Sorry lambat updte . Akhir akhir ni busy sikit dengn latihan olaraga lagi , roadrun lagi .

So congrats for me cause I just got 16 in roadrun ! Wuhoo .

Alah okay apa en ?

so rindu tak dengan 1BUD ni ?

Apa apa pon komen tau .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now