BARANG barang sudah siap dimasukkan ke dalam beg . Buku buku yang dikeluarkan juga turut disimpan .
"Kenapa Asy tak datang je ? Apa masalah dia ni?" Ujar Nadia sendirian sambil duduk termenung jauh .
Kini masa rehat tiba , tapi seleranya mati tatkala Asyiela tidak bersamanya lagi .
Bam !
Tersentak Nadia mendengar bunyi ketukan pintu diluar . Ray rupanya yang mengetuk pintu menggunakan botol .
"Asy tak datang lagi kenapa ? baru seminggu datang lepas tu tak datang lagi . Eh Nad , kau tau risau ke dia tu?" Soal Ray selamba lalu kerusi dihadapan Nadia ditarik .
Nadia membuat muka .
"Salam mana bang ? Tak ada angin ribut tiba tiba datang macam tu je . Yang kau nak tau sangat pasal dia kenapa ? Aku tak nak nanti aku mati sebab kena serangan daripada peminat kau . Instafamous katakan" Perli Nadia sambil bangkit dan bergerak menuju ke pintu .
"Nadia ! tunggu aku !! Kau dengan Asyiela sama je kan asyik nak memerli orang je tau . Tak adalah mula dari dia ajar aku matematik , dia senyum dekat aku , terus aku rasa nak rapat dengan dia . Siapa serang dia , aku karate je" Ujar Ray sambil membuat gaya ingin menyepak orang .
Nadia mencemik .
"Action je lebih . Tapi tu lah aku pun tak tahu kenapa dengan dia . Aku tak sedap hati lah wei pasal dia ni . Apa kata kalau balik sekolah nanti kita pergi rumah dia nak ?" Cadang Nadia sambil membuat muka berharap .
Terus kepala Nadia diluku oleh Ray .
"Ingat comel buat muka macam tu ? Aku mana tahu rumah dia tak pernah datang kot . Mana tahu mak ayah dia ada dekat rumah . Takkan malam malam kita nak datang rumah dia pula" Nadia meringis kesakitan .
"Bahlol ! suka hati je luku kepala orang . Ada banyak benda kau tak tahu pasal dia tapi tak apa , nanti aku bagi alamat rumah aku dekat kau , kau ambil aku dekat rumah lepas itu kita pergilah rumah dia deal ?" Ray seakan terfikir sebelum bersuara .
Sambil itu mereka memandang anak tangga yang mereka pijak untuk berhati hati . Kang jatuh bergolek tak ke naya tu .
"Mak ayah dia tak ada dekat rumah dia ke?" Nadia berhenti menuruni tangga .
"Mak dia dah tak ada . Lagi satu sebab bapak dia tak adalah kita pergi rumah dia . Malam ni pukul 8 malam kau ambil aku tau . Aku nak pergi kantin ni apa apa nanti kau telefon aku tau bye!" Nadia melambaikan tangannya pada Ray sebelum meninggalkan Ray yang terpinga pinga .
"Mak dia dah tak ada ? Maksud dia apa ? Mak dia kerja ke atau lari ? Jangan jangan dah meninggal tak ? Haish tak baik cakap macam tu . Buat dosa free je" Omel Ray seorang diri sebelum melangkah ke arah kantin sekolah .
"NADIA pergi dulu umi ! Assalamualaikum " Pamit Nadia sebelum menyalam tangan tua ibunya .
Selipar disarung sebelum bergerak ke arah kereta Ray . Ray yang bersandar di kereta dirapatinya .
"So , should we go now?" Soal Nadia .
Ray pula memandang Nadia dari atas ke bawah . Nadia berasa geram terus topi Ray ditarik ke bawah .
"Kau dah kenapa usha orang tak puas hati ?" Soal Nadia menahan geram .
Ray terus membetulkan topinya .
"Tak adalah takkan kau pakai macam ni je ? Seluar tracksuit dan baju lengan panjang . Selipar pula tu . Kau biar betul tak style langsung" Kata Ray seraya menunjukkan satu per satu yang tersarung di tubuh Nadia .
"Kau ingat kita nak pergi mall ke cik abang oi . Kita nak pergi rumah Asyiela je tak payah nak berstyle sangatlah . Dah cepat bukalah pintu ni!" Nadia menarik narik tempat pembuka kereta tu dengan kuat .
"Woi ! buang tabiat ke apa ?! Rosaklah kereta aku nanti" Marah Ray sambil berjalan ke arah Nadia .
"Dah kau lambat padanlah muka" Ray membuat gerak mulut mengejek cakap Nadia .
Ray bergerak ke arah pemandu sebelum pintu kereta dibuka . Kunci pintu disebelah pemandu dibuka sebelum Nadia masuk ke dalam perut kereta .
Setelah semuanya sedia , kereta Ray mula bergerak membelah jalan raya .
"Bukalah aircond kuat sikit . Kedekut betul" Omel Nadia sambil tangannya ingin menguatkan lagi aircond di dalam kereta itu .
Terus tangan Nadia dipukul .
"Duduk diam diam . Gatal tangan sangat nak kuat kuatkan aircond . Dah sekarang ni mana rumah dia?" Nadia mencemik sambil mengelap tangannya dengan baju .
Ray memandang Nadia pelik sebelum menfokuskan pandangannya di jalan raya .
"Kau kenapa ? Otak suis kau dah tak betul ke apa nak lap lap tangan sendiri" Nadia terus memandang tajam ke arah Ray .
"Bukan muhrim lah tau tak?! suka hati je nak pukul tangan aku gatal!" Kata Nadia sambil melemparkan padangannya ke luar tingkap .
Tangannya terus memeluk tubuh . Tiba tiba Ray tergelak besar .
"Dia yang buang tabiat nak kata orang" Gumam Nadia perlahan .
"Apa dia?" Soal Ray .
Nadia cepat cepat menggelengkan kepalanya .
"Mana jalan rumah Asyiela ni?" Nadia terpaksa hilangkan merajuknya dan menunjukkan jalan ke arah Ray .
"ASSALAMUALAIKUM ! Asyiela oh Asyiela!" Jerit mereka berdua dihadapan rumah banglo dua tingkat itu .
"Asyiela ni aku dengan Ray datang!!" Jerit Nadia .
Ray pula melihat disekeliling rumah banglo itu . pintu rumah terbuka luas dan ada serpihan kaca disitu . Pagar rumah itu ditilik sebelum dia ternampak sesuatu .
"Wei Nad ! Pagar dia tak berkuncilah" Nadia terus mencuba membuka pagar tersebut .
Ternyata betul . Ianya tidak terkunci . Terus mereka masuk ke dalam kawasan rumah itu . Kelihatan serpihan kaca bersepah .
"Makcik Hajah ! Pak Mat!" Suara Nadia kuat bergema diruang tamu itu .
Rumah itu agak bersepah . Botol arak penuh diatas meja bulat diruang tamu .
"Wei aku naik atas dulu . Kau tengoklah kalau Asy ada dekat bawah ni " Arah Nadia .
Ray mengangguk . Terus Nadia melangkah laju menaiki tangga . Satu per satu bilik diperiksa sehingga Nadia Ternampak sesuatu . Terbuntang luas matanya .
"Astagfirullah Asy ! Ray !! " Ray yang terdengar jeritan Nadia terus menaiki tangga .
Ray terkedu melihat keadaan Asyiela yang terbaring lemah .
"Ya allah Asyiela!"
yeah guys akhirnya dapat jugak sambung . lmbat tk ? so this bab Nadia dan Ray yang memainkan peranan . Dan dekat sini saya nk buat satu pengumuman yang I Love You Mr Husband sedang dalam proses pembetulan sebab half of the part is gone ! dia pergi ke dalam cerita yg tk dipublish lagi . bila dah masuk balik dekat cerita ILYMH dia dalam draft dan belum dipublish . so harap faham kenapa saya upd lmbat okay ?
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...