| 42 |

8K 208 0
                                    

ASYIELA menunduk memandang jari jarinya yang bertaut antara satu sama lain . Air matanya mula bergenang . Asalnya dia meminta pada Nadia untuk membawa dia pusing - pusing di sekitar hospital untuk menenangkan dirinya .

Alih - alih dia diberitahu satu berita yang amat berat bagi dirinya .

"Perlu ke aku lalui pembedahan tu ? Aku tak nak aku rela mati tanpa cacat cela" Ujar Asyiela disuatu sudut hospital sambil dia merenung jauh kedalam mata Nadia .

Nadia dengan terpaksa mengangguk . Tangan Asyiela yang bercantum dileraikan lalu digenggamnya kemas . Nadia duduk berlutut di hadapan Asyiela yang sedang duduk diatas kerusi roda .

"Kau harus buat Asy , ini semua demi kesihatan kau . Kalau kau tak buat , kau akan bertambah teruk . Sekarang hampir keseluruhan sel darah putih ada dalam sel sel lain . Itu akan memudaratkan kau kelak . Aku nak kau sihat macam dulu . Aku tak nak hilang kau Asy . Aku sayang kau . Dan kalau kau tak buat , kau akan kesuntukkan masa . Masa yang kau ada cuma 2 minggu sahaja" Teresak esak Nadia memberitahu perkara itu pada Asyiela manakala Asyiela pula tergamam .

Air matanya terus mengalir tanpa dipinta . Perlahan lahan wajahnya menunduk lalu tangannya laju menekup mukanya .

"Aku , aku dah tak ada masa lagi aku kesuntukkan . Nadia tolong bawa aku jumpa papa aku tolong Nadia aku mohon" Rayu Asyiela sambil menggoncangkan badam Nadia .

Dengan pandangan yang kabur ada terselit harapan disitu . Harapan supaya Nadia membantu dirinya .

"Tapi kau belum sihat" Asyiela angguk .

"Dah aku dah sihat tolonglah bawa aku . Aku ... aku nak minta ampun pada semua orang yang pernah aku benci . Tolong Nad kali terakhir aku minta tolong sebelum aku pergi . Tolong ya Nad?" Pinta Asyiela begitu mengharap .

Nadia akhirnya akur .

"Tapi kau kena janji dengan aku , lepas je kau jumpa ayah kau , kau kena buat pembedahan tu tau" Asyiela terdiam sebelum memaksa dirinya mengangguk .

"Aku janji . Tapi aku nak minta tolong satu je lagi" Nadia sudah bersiap sedia mendengarnya .

"Tolong aku cari Zafril" Nadia sudah memandang Asyiela tidak percaya .

"Aku dah buat banyak dosa pada dia Nad , aku banyak tinggikan suara pada dia . Aku menyesal aku nak minta maaf pada dia ." Ujar Asyiela dengan suara makin mengendur .

Nadia terus bangkit lalu memeluk Asyiela yang separas pinggangnya sahaja .

"Untuk kau , semua aku akan buat asalkan kau sihat Asy tu je . Jangan risau okay ? Bila kau nak jumpa ayah kau ?" Asyiela terus mengukir senyum pada Nadia .

"Hari ni" Nadia sudah memandang Asyiela lain macam .

'Sudah!'

ASYIELA menilik dirinya lagi di hadapan cermin . Selendang yang menutupi rambutnya itu dipandang lagi sebelum tersenyum .

Pagi tadi sebelum Asyiela mahu bersiap untuk discharge , dia siap pesan pada Nadia untuk belikan dia beberapa helai selendang . Nadia dengan hati yang gembira turutkan sahaja permintaan Asyiela .

"Asy , dah siap ?" Soal Nadia apabila dia ternampak Asyiela masih lagi tercegat dihadapan cermin .

Asyiela menoleh pada Nadia lalu mengukir senyum .

"Dah , aku dah siap . Jomlah kita gerak aku tak sabar nak jumpa papa rindu" Ujar Asyiela dengan perasaan yang bercampur baur .

Sedih , gembira , teruja dan takut semuanya bergabung menjadi satu . Nadia bersyukur melihat perubahan Asyiela yang mendadak itu .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now