| 29 |

5.4K 192 4
                                    

"SEMUA peserta dikehendaki berbaris di hadapan juri sekarang" Arah Encik Haziq .

Zafril bersama peserta lain bergerak ke hadapan juri . Satu per satu wajah ditilik oleh juri sebelum wajah Zafril mendapat giliran .

Sesampai sahaja di hadapan Zafril , tiga orang juri itu ketawa terbahak bahak. Ada yang menepuk meja , keluar air mata dan menekan perut . Zafril mula dihambat rasa malu .

Mukanya mula memerah dan tengkuk diusapnya .

'Kaw kaw betul dia bagi aku . Haihlah nasib sayang' Gumam Zafril dalam hati .

"Mana pasangan kamu ? Memang bini kamu ni power betul menghodohkan muka kamu ni . Kamu tempat pertama sebab apa ? Muka dah serupa badut terlepas" Zafril tersengih malu .

"Tu ada dek.... Eh mana Asyiela?" Zafril terus tergesa gesa berlari ke arah tempat dimana dia di mekap menjadi badut .

Berderau darahnya tatkala melihat Asyiela terbaring bersama darah yang banyak keluar daripada hidungnya .

"Ya allah Asy ! Kenapa ni ? Bangun Asy bangun" Zafril memangku kepala Asyiela lalu pipi Asyiela ditampar perlahan .

Asyiela bagaikan tersedar dari mimpi membuka matanya sedikit . Zafril semakin resah .

"Cepat telefon ambulans!" Asyiela terus menggenggam tangan Zafril .

"Ta....tak pa..payahlah te...telef..fon am...ambulans. Asy ..o...okay" Ujar Asyiela tersekat sekat .

Zafril menggeleng .

"Tak sayang Asy kena pergi" Asyiela panik .

'Tak dia tak boleh tahu ! Kalau aku ada penyakit tu macam mana ? Argh tak boleh ! Aku tak nak pergi!' Luah Asyiela dalam hati .

"Zafril ....papah Asy......pergi bilik ... Asy nak rehat" Dalam terpaksa Zafril akur lalu mencepung Asyiela .

"Kami berhenti sampai permainan ni . Korang semua boleh sambung" Ujarnya sebelum berlari anak menuju ke chalet mereka.

Hajah Meliesa mencemik .

"Berlakon je . Nak minta simpati oranglah tu" Ujar Hajah Meliesa sebelum kembali ke bawah pondok .

Haji Amran hanya menggeleng .

Tubuh Asyiela direbahkan diatas katil secara berhati hati . Selimut ditarik sehingga ke paras dada Asyiela . Kemudian rambut Asyiela dibelai lembut .

"Asy , betul ni Asy tak ada apa apa ? Darah yang keluar banyak ni . Kita pergi klinik eh?" Asyiela menggeleng .

"Tak payah . Asy okay kan Asy dah kata Asy tak boleh kena panas"

"Tapi tadi cuaca redup . Matahari langsung tak ada macam mana Asy boleh berdarah dekat hidung?" Cepat sahaja Zafril mencelah .

Asyiela kelu . Tiada lagi alasan yang harus dia beritahu .

"Asy ada apa apa yang sorokkan pada abang?" Asyiela menggeleng .

"Habis tu ? Kenapa sejak akhir akhir ni kerap berdarah dekat hidung?" Asyiela mengangkat bahu .

"Asy tak tahulah . Janganlah tanya macam macam . Asy penat nak tidur" Zafril meraup rambutnya ke belakang sebelum menatap wajah Asyiela yang hampir terlena .

Zafril mengusap lagi rambut Asyiela sebelum keluar untuk mengambil kain yang lembab .

Asyiela membuka matanya semula setelah kelibat Zafril tidak kelihatan . Dia mengubah posisi badannya dari mengiring ke telentang . Syiling chalet itu dipandang kosong .

"Andai kata aku ada penyakit tu , aku boleh teruskan hidup ke?" Soal Asyiela sendiri .

"Tapi takkanlah . Cuba pendarahan hidung je . Tapi sebelum ni tak ada pun . Eh tak tak aku tak adalah . Tapi macam mana kalau ada? Arh !! Aku tak nak!" Asyiela terus menekup mukanya menggunakan bantal .

Zafril kembali ke bilik itu bersama satu kain yang lembab .

"Hey kenapa tutup muka ni . Nak lemaskan diri ke apa?" Zafril mengalihkan bantal yang menutupi wajah Asyiela .

Asyiela tersengih kambing .

"Kalau nak lemaskan diri pun tak ada siapa kesahkan?" Zafril menggeleng .

"Ada abang yang kesah . Sebab tempoh 1 bulan tak mula lagikan?" Soal Zafril sambil melirikan matanya ke arah Asyiela .

Asyiela terdiam terus mengalihkan pandangannya ke arah tingkap . Zafril menyembunyikan senyum lalu meletakkan kain diatas dahi Asyiela .

"Asy tidur dulu eh abang nak sambung main . Kalau ada apa apa jerit panggil abang tau" Asyiela hanya mengangguk lalu mengiring membelakangkan Zafril .

Dengan perlahan Zafril menutup pintu dan berjalan ke arah pondok . Asyiela bangkit dari baringan dan mengambil telefon bimbit dibawah bantal .

"Apa eh nombor Nad ? Aduh erm er apa eh urm erk hah ! Tau dah" Laju tangannya menekan nombor Nadia ditelefonnya .

"Save!" Serentak dengan itu tangannya menghentak skrin telefonnya .

Nombor Nadia ditekan lalu telefonnya ditekap ditelinganya .

"Hallo? Siapa ni?" Asyiela sudah melonjak gembira sampaikan kain di dahinya jatuh dibawah katil .

"Nadia!!!!!! I miss you a lot!!" Jerit Asyiela .

Nadia menjauhkan sedikit telefonnya .

"Nadia kau tak ingat aku ke ?!! Sampai hati kau kan!" Asyiela sudah mencebik .

Nadia sudah terkejut .

"Asy ? Asy ke ni ? Please say yes !! Oh god I miss you too babe !!!" Nadia juga turut turun dari katil dan menghentakkan kakinya kerana terlalu teruja.

  "Yelah aku lah ni . Ingat pun kau dekat aku . Aku ada benda nak bagitau kau sesuatu ni . Tapi jangan terkejut pula"

"Apa dia ? Macam penting je" Asyiela menghela nafas .

"The things is aku akan bagitau bila kita jumpa" Terdengar Nadia merengus .

"Kau ni kan benda penting jangan tangguhkan . Kalau ada apa apa macam mana?" Soal Nadia .

Asyiela tergelak .

"Sebab pentinglah aku tak nak bagitau dekat sini . Lusa aku balik KL aku pergi rumah kau" Ujar Asyiela .

"Haih lambatnya kenapa tak hari ni?" Asyiela ingin menjawab tapi darah kembali keluar .

Asyiela menjuling ke atas .

"Wei kita sambung nanti . See you soon !! Bye babe love you!" Belum sempat Nadia menjawab Asyiela mematikan panggilan .

Dia berdesup pergi ke dapur untuk membersihkan darah . Usai membasuh tiba tiba dia terasa sesak didadanya . Asyiela memejamkan matanya dan menyandarkan badannya ke dinding .

"Kenapa tiba tiba sesak ni? Janganlah ada penyakit lain yang datang" Ujar Asyiela .

Dia perlahan lahan berjalan menuju ke pintu lalu merebahkan dirinya diatas katil .

____________________________________

Argh !! Tak puas hatilah buat bab ni .

Idea ada tpi nak susun ayat tu alahai . Sorry bab ni hambar dan merapu .

Act Ainur demam + selsema + sakit kepala so no wonderlah kan ayat merapu pendek pulak tu .

Ergh taguna betul aku ni !

Hahaha by the way do vote and sorry for late updte.

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now