| 17 |

5.6K 192 9
                                    

Satu minggu kemudian.....

LAMAN rumah itu dipandang lama . Pejam celik pejam celik sudah seminggu dia berada di rumah Hajah Meliesa dan Haji Amran . Dan kedua duanya menyuruhnya memanggil mereka dengan panggilan mak dan abah .

What ! Seriously memang aku tak nak der .

Dibawah rumah Asyiela melihat sekumpulan budak lelaki serta Zafril bermain bola sepak .

Huh ! Childish!

Rambutnya dipintal pintal tanda kebosanan . Dalam seminggu tu juga dia terperap di dalam bilik dan asyik tenung luar tingkap yang dihuni oleh tumbuh tumbuhan , tanah dan sebagainya .

"Asyiela mari minum petang sama sama ! Seronok duduk dekat pangkin petang petang macam ni!!" Teriak Hajah Meliesa yang bersimpuh di sebelah Haji Amran .

Asyiela mengeluh . Minum lagi ? Sehari kalau tak minum atau makan tak sah ke ? Er tak boleh juga nanti mati tak ke naya .

"Tak apalah makcik ! Asy selesa dekat sini nanti Asy pergi sana !!" Balas Asyiela dengan nada suara yang sama dengan Hajah Meliesa .

Hajah Meliesa hanya mengangguk . Tiba tiba Asyiela rindu akan Nadia sahabat lamanya . Apa khabar agaknya dia ?

Lamunan Asyiela terhenti tatkala bola sepak terkena pada kepalanya . Asyiela mengaduh kesakitan sambil menekup dahinya yang sakit . Zafril terkejut lantas berlari naik ke rumah . Bilik Asyiela menjadi sasarannya .

"Awak ! Ya allah saya minta maaf sangat sangat . Saya tak sengaja . Awak sakit ke ? Saya ubatkan awak eh ?" Soal Zafril dengan nada risau .

Asyiela merengus geram sambil memandang tajam ke arah Zafril .

"Hey kau ni kan sejak kali pertama aku duduk sini sampai sekarang kau memang tak sudah sudah nak sakitkan hati aku kan ?! Eh kau tanya sakit ke tak ? Bola tu keras kau tau tak ? Bergegar otak aku ni ambil ni..." Asyiela bergerak ke arah bola yang selamat mendarat di lantai lalu dicapainya .

Kemudian bola itu dicampak ke arah Zafril .

"Dan kau boleh berambus dari bilik aku . Berambuslah !!" Asyiela menolak badan Zafril sehingga dia berada diluar bilik Asyiela .

Pintu dihempasnya kuat . Zafril terpana seketika .

"Garang , tapi tetap comel . Hish mengarut" Lantas Zafril bergerak semula ke halaman rumah.

Asyiela menghempas badannya diatas katil .

"Menyusahkan betul!!"

TAMAN permainan itu riuh dengan suara kanak kanak sedang bermain . Ada yang ketawa , berlari dan sebagainya .

Dagunya diketuk berkali kali sebelum menghentakkan kaki ke bawah . Buaian dibuai ke hadapan dan belakang .

"Mana si Ray ni ?! Dah setengah jam aku tunggu batang hidung yang besar lagi bulat tu pun tak nampak . Janji bangla jual karpet betul . Jadinya aku sorang sesat dekat taman ni" Bebel Nadia sambil menguis nguis hujung bajunya .

Dari jauh seorang lelaki ligat memerhatikan Nadia bersama tawa kecil .

"Kelakar betul bila dia membebel . Siap kau " Ray berjalan terjengkek jengkek sehingga menghampiri Nadia .

"Bah !!"

"Argh !!! Jebon kepala kotak!!!" Nadia menutup mukanya kerana terkejut .

Berdekah dekah Ray ketawa mendengar latahan daripada Nadia . Muka Nadia sudah merah apabila dia mula tersedar apa yang dia sebut .

"Ray !!!!!!!!!!" Terus Ray menekup mulut Nadia apabila Nadia bertindak menjerit .

Nadia mencubit tangan Ray dengan kuat membuatkan Ray terjerit kecil .

"Tak ada kerja ke nak terkejutkan orang hah ? Perangai annoying kau ni kan memang tak hilangkan ? Memang patut pun kau aku panggil jebon!" Ray membuat muka cemberut .

"Ada ke muka aku yang lagi kacak bergaya dipanggil jebon ? Tak sesuai langsung" Kata Ray sambil menghayunkan buaian yang baru didudukinya .

Nadia mencemik .

"Eh perasan dah lah kau nak jumpa aku ni kenapa ? Kalau setakat borak kosong baik tak payah aku balik hah baru padan muka" Ray mengajuk cakap Nadia menggunakan gerakan mulut .

"Aku datang sini nak ajak kita lepak . Dengan Asy sekali yelah sejak lepas ambil slip SPM hari tu batang hidung dia pun aku tak nampak" Nadia seakan terfikir .

"Betul juga apa yang kau cakap . Apa kata kita cuba pergi rumah dia nak ? Alah dekat je pun jom lah sebab dua tiga hari ni aku tengok rumah dia gelap je aku tak sedap hati ni" Ray mengangguk mengiyakan .

"Jomlah aku pun rindu dengan dia ni" Nadia menjeling meluat .

"Geli aku dengar" Ray ketawa apabila Nadia membuat muka .

Usai masuk ke dalam kereta , mereka bergerak ke arah rumah Asyiela . Sesampai sahaja , Nadia terus menerus menekan loceng rumah itu .

"Assalamualaikum Asyiela !! Ni aku Nadia . Assalamualaikum!!" Teriak Nadia .

Dia terjengkek jengkek untuk melihat jikalau pintu terbuka . Malah hampa , pintu ditutup rapat .

"Ada tak?" Soal Ray .

Nadia menggeleng .

"Tak apalah lain kali kit......" Belum sempat Nadia menghabiskan ayatnya , mereka terdengar pintu rumah itu terbuka .

"Apa kau memekak dekat sini hah ? Berambuslah aku nak membuta pun tak senang . Eh kalau korang nak tahu kawan malang korang aku dah halau ! Jadi berambus kau!" Mata mereka terbeliak .

"Halau?!!!"

ASYIELA leka merenung syiling diatas . Sedang memikirkan apa yang akan dia lalui selepas ini . Hajah Meliesa dan yang lain , pergi kenduri doa selamat .

Asyiela malas mahu ikut membuat keputusan duduk dirumah sahaja . Tiba tiba tekaknya terasa haus lantas dia bangun dan membetulkan baju tidur paras pehanya .

Tak ada orang kan ? Jadi apa kesah . Peti sejuk ditujui sebelum dibuka .

"Jus oren nyum nyum" Gelas diambil serta jus oren tadi .

Jus oren dituang ke dalam gelas tersebut . Gelas diangkat dan diteguknya rakus .

"Sedapnya!" Asyiela ingin menuangkannya sekali lagi tapi terbantut tatkala pintu diketuk .

"Siapa tu?!" Soal Asyiela minta kepastian .

"Ini saya Zafril . Saya nak am....."

" masuk " Mata Zafril terbuntang tatkala melihat Asyiela hanya memakai baju tidur paras peha .

"Woi ! Tak payah menggatal kau nak usha aku apa kau nak pergi ambil cepat !" Tersentak Zafril apabila disergah begitu .

Mencicit Zafril masuk ke dalam rumah untuk mengambil telefonnya yang tertinggal . Asyiela pula sudah terasa nyaman apabila udara segar menyapa kulitnya . Dia berdiri ditengah tengah tangga dan mendepakan tangannya .

"Nyamannya!" Tiba tiba Zafril tergesa gesa berlari ke arah pintu .

Kerana tidak sempat berhenti , dia terjatuh bersama Asyiela dan posisi Asyiela dan Zafril adalah Asyiela dibawah dan Zafril diatas .

"Assalamualaikum kami dari jabatan agama islam . " Terbuntang mata mereka lalu memandang sekumpulan pakcik yang bersongkok tanpa berkelip .

Tidak !!!!!

Hey lambat heh double update ? I'm so sorry sebb ada beberapa perkara yang membuatkan mood saya hilang .. gone dan itu lambat update . Maaf ye . Maybe next time buat double update yang cepat okay ? Da~

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now