| 2 |

9K 354 2
                                    

PINTU kereta ditutup rapat . Air liurnya sudah kecur melihat keropok lekor yang banyak di hadapan matanya .

"Cik Muda , banyaknya keropok lekor . Cik Muda beli dekat mana?" Soal pemandu Asyiela .

Asyiela mengangkat muka dan tersenyum melihat pemandunya .

"Dekan depan sekolah . Nadia yang belanja saya Pak Mat . Urm , Pak Mat nak sikit ? Ada banyak ni" Soal Asyiela ramah .

Hanya dua orang sahaja yang dia sayang sejak kecil,yang dilayan dengan baik . Gerangan itu ialah Pak Mat dan Ibu Hajah . Ibu Hajah adalah pembantu rumah tapi tidak bagi Asyiela .

Pak Mat dan Ibu Hajah bagaikan kedua orang tuanya sendiri . Mereka banyak bersabar dengan karenah Asyiela . Dan dari situ dia menyayangi mereka berdua . Ayah dia Encik Hafiz ? Langsung tiada sekelumit jua dihatinya . Sayangnya bagaikan tertumpah habis pada Ibu Hajah dan Pak Mat .

Pada ayahnya pula lansung tiada . Sikap dinginnya akan kerap dipamerkan pada orang yang tidak dikenalinya mahupun yang hanya berkenalan saja saja . Pak Mat tersenyum sambil menggeleng .

"Tak apalah Cik Muda . Pak Mat dah kenyang tadi makan dekat rumah sebelum jemput Cik Muda" Tolak Pak Mat sopan . Asyiela mencebik .

"Cik Muda tak habis habis . Pak Mat , kan Asy dah cakap jangan panggil Asy Cik Muda , panggil Asy je . Tak ada Pak Mat kena makan banyak ni" Terus Asy menyuapkan keropok lekor kedalam mulut Pak Mat .

Pak Mat ikut sahaja karenah Asyiela . Pak Mat mengusap perlahan kepala anak majikannya .

"Dah jom kita balik" Asyiela hanya tersenyum . Keropok lekor diambil lalu dimasukkan kedalam mulut .

Ah ! Sedapnya !! Makanan kegemaran dia memang tak pernah mengecewakannya .

Suasana didalam kereta hanya dihuni dengan suara radio sahaja . Asyiela pula tenggelam dengan keropok lekornya . Sampaikan tidak sedar yang kini mereka sudah pulang kerumah .

Lihat sahaja pagar rumah terus stress menyerang . Hidupnya tak pernah bebas . Dihuni dengan ulangkaji , ulangkaji , ulangkaji . Itu kalau peperiksaan menjelang kalau hari biasa . Kerja rumah , belajar , kerja rumah , belajar . Boleh biul kepala otak asyik menghadap buku 24 jam .

Lagi lagi tahun ini dia menghadapi pt3 lagilah kena kongkong dengan ayah yang tak berguna tu . Pintu kereta ditutup setelah Asyiela keluar dari kereta . Kasut tali dibuka serta stokin putih .

"Assalamualaikum ! Ibu Asy dah balik !! Ibu oh ibu !!" Teriak Asyiela di hadapan rumah .

Dari arah dapur terlihat seorang wanita tua terkocoh kocoh bergerak ke arah Asyiela .

"Cik Muda dah balik ? Makcik tak siap masak lagi ni . "Asyiela menjulingkan matanya keatas .

Kedua tangannya menekup kedua belah pipi wanita tua itu .

"Ibu , berapa kali Asy nak ulang jangan gelarkan Asy Cik muda dan jangan gelarkan diri ibu makcik . Ibu ni sama saja macam Pak Mat . Urm tadi ibu kata tak siap masak lagikan ? Kalau macam tu Asy pergi naik atas dulu nak bersihkan badan . Kalau dah siap masak , ibu panggil Asy dekat atas . Hah ni ada lagi baki keropok lekor kalau Ibu nak ambillah , kalau tak nak ibu letak atas meja nanti Asy makan" Ujar Asyiela panjang lebar sambil menghulurkan plastik yang berisi keropok lekor.

Ibu Hajah tersenyum sambil mengangguk .Asy mula mendaki tangga dengan langkah cepat . Tidak sabar mahu baring diatas tilam yang empuk . Sedang dia hendak memulas tombol pintu , Ibu Hajah menahannya .

"Asy !! Jangan lupa solat zuhur!!" Pesan Ibu Hajah dari bawah .

Asyiela menggaru kepala yang masih dilitupi tudung .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now