| 18 |

5.6K 197 16
                                    

PINTU almari dihempas kuat . Seluar tracksuit diambil dan disarungkan sebelum rambutnya dikemaskan .

"Semua ni sebab jantan tu !! Dia sengaja perangkap aku untuk kahwin dengan dia kan ?! Sekarang dah puas lah dia kan ?! Kalau boleh hah bawa satu kampung " Amuk Asyiela seraya menyikat rambutnya menjadi satu .

Selepas kejadian terjatuh tadi , Hajah Meliesa dan Haji Amran turut pulang ke rumah tanpa sebab diketahuinya dan dari jatuh dan ke bab yang lain . Habis Asyiela diamuk sekuat hati oleh Hajah Meliesa .

"Eh perempuan kau sengaja perangkap anak aku kan ? Tak kenang budi langsung!!" Antara kata kata yang dikeluarkan oleh Hajah Meliesa .

Tiba tiba pintu biliknya diketuk membuatkan Asyiela keluar daripada lamunannya . Dengan malas Asyiela mara ke pintu dan membuka pintu itu dengan kasar . tersembul wajah muram Haji Amran .

"Asy dah siap ? Tok kadi semua dah ada" Terbuntang mata Asyiela .

"What ?!!! Tok kadi ? Eh sejak bila aku nak kahwin dengan anak kau ?! Aku tak nak faham tak ? Ini semua kebetulan dan bukan dirancang ! Erh cakap dengan kau bukannya faham" Asyiela menolak Haji Amran ketepi dan bergerak ke ruang tamu .

"Hey ! Siapa kata aku nak kahwin dengan jantan miskin macam kau hah ?! Tengok muka kau pun aku tak selera tahu ?! Buat pengetahuan korang semua , benda tadi tu tak sengaja faham tak ?!! Dia ni yang rancang untuk buat macam tu !! Aku dengan dia tak buat apa apa ! That's mean I doesn't need to marry him!" Tengking Asyiela sekuat hati membuatkan semua terkedu .

Zafril pula hanya menunduk . Hajah Meliesa berang terus bangkit dari duduknya .

"Hey perempuan ! Anak aku tak ada salah dan dia langsung tak rancang semua ni ! Kau tu entah entah rancang semua ni kan ?! Kalau kau tak rancang kenapa kau pakai seksi macam tadi ?! Berbaring dekat depan rumah lagi ! Kau nak atau tak kau kena kahwin dengan anak aku!" Asyiela mengetap gigi menahan amarah .

"Aku cakap aku tak nak , aku tak naklah!! Tak faham bahasa ke ? Eh daripada aku kena kahwin dengan anak miskin kau ni , aku lebih rela merempat tau !" Zafril mula mengangkat muka apabila Asyiela bertindak menengking Hajah Meliesa .

Haji Amran pula hanya terdiam di tepi bilik Asyiela .

"Asyiela jaga kelakuan awak . Saya janji kalau awak kahwin dengan saya , saya akan bahagiakan awak" Pujuk Zafril .

Asyiela tergelak sinis .

"Kau siapa nak tegur aku ! Eh tok kadi serta pakcik pakcik sekalian , baliklah pergi tolong bini dekat rumah daripada sibuk serkap jarang . Kau ! Jangan berani tabur janji dengan aku kalau kau pun tak mampu untuk buat hidup kau bahagia ! By hook or by crook I will never ever marrying you ! Full stop!" Lurus jari telunjuk Asyiela menunjuk ke arah Zafril .

Zafril mara ke hadapan .

"Saya dah tertengok aurat awak yang sepatutnya awak sorokkan . Dan itu dah jadi tanggungjawab saya sebab saya dah tengok aurat awak . Dan tanpa jalinkan ikatan , ia akan jadi haram maka kita halalkannya" Asyiela menepuk nepuk tangannya .

"Kau tak payah nak berceramah sangatlah ! Meluat aku dengar eh dekat mulut memang kau kata macam tu , tapi dalam hati ? Wah kemain suka lagi kau kan?" Zafril menggeleng .

"Tak Asy . Tak terlintas pun dalam fikiran saya . Jujur saya katakan kalau kejadian tadi tak berlaku , saya tetap akan melamar awak . Sejak kali pertama lagi bila saya jumpa awak , saya dah jatuh cinta dan sayang dekat awak . Memang dah terlintas dalam minda saya untuk jadikan awak halal untuk saya" Asyiela terkedu .

" My answer still no ! Full stop!" Asyiela ingin beredar dari situ akan tetapi , tok kadi menahannya .

"Cik , walau apa pun alasan cik , tetap terjadinya zina mata . Saya yakin lepas kamu berdua kahwin , kamu berdua akan bahagia" Asyiela memeluk tubuh seraya menggeleng .

"Apa maksud bahagia ? Kau siapa nak tentukan aku bahagia atau tak ? Selama ni aku tak pernah walau satu saat pun rasa bahagia . Aku tak nak kalau aku kahwin dengan dia , aku akan sensara lagi " Suara Asyiela semakin mengendur diganti dengan rasa sebak .

Adakah dia akan mengecapi bahagia ? Akankah bahagia hadir dalam dirinya ? Akankah derita yang selama ini dia tanggung , akan pergi jua ? Setitis air mata Asyiela jatuh ke pipi .

"Asyiela kalau Asy tak nak kahwin dengan sebab Zafril miskin , fikirkan untuk diri Asy . Sekurang kurangnya ada orang yang menemani Asy" Pujuk Haji Amran lembut setelah lama mendiamkan diri .

Asyiela mengeluh . Kalau dia bantah sekalipun , tetap dia akan berkahwin dengan lelaki yang dibencinya .

Jujur dia semakin lama semakin mahu rapat dengan Zafril , tetapi apabila kejadian tadi automatik benci terus menyelubungi dirinya terhadap Zafril .

"Fine! Kalau kau tak boleh buat aku bahagia , cerai aku tuntut!!" Zafril tersenyum lega manakala Hajah Meliesa menjeling benci .

Jujur selama ini dia layan Asyiela bagai menatang minyak yang penuh , dengan kejadian tadi , Asyiela seakan akan menyapu arang dimukanya dan membuatkan dirinya membenci Asyiela .

"Saya pergi tukar baju melayu dulu ye" Dengan senyuman lebar Zafril bergerak ke arah biliknya .

TUDUNG dicampak kasar ke atas katil . Hatinya seakan memberontak . Kenapa dia harus menerima yang dia berkahwin dengan jantan miskin tu ? Sungguh tak logik !

"Asy , lapar tak ? Biar abang ambilkan apa apa" Asyiela memeluk tubuh sambil tersenyum sinis .

"Gembira lah kau kan sekarang ? Kan?!! Gembira atas derita orang lain!" Jerkah Asyiela bersama mata terjegil .

Zafril mengucap sambil meraup muka .

"Tak Asy , bukan macam tu .Tak terfikir pun abang akan  gembira atas derita Asy . Tujuan abang setuju kahwin dengan Asy sebab abang nak buat hidup Asy lebih bahagia tu saja" Tutur Zafril lemah .

Asyiela berang dengan jawapan Zafril .

"Aku benci kau ! Kau yang rancang semua ni kan ?!" Soal Asyiela tidak puas hati .

Zafril tersentak dengan tuduhan Asyiela .

"Demi allah Asy , abang tak buat kita yang kena perangkap " Nafi Zafril .

Asyiela merengus .

"Penipu ! Ini yang kau nakkan ?! Dahlah lebih lama aku tengok muka kau lebih bertambah benci dekat kau ! Keluar sekarang jangan berangan nak tidur dengan aku!" Tubuh Zafril ditolak keluar dari bilik lalu pinth dihempas .

"Asy ! Asy !! Buka pintu ni!!" Teriak Zafril sambil mengetuk ngetuk pintu bilik tersebut .

Tapi hampa , tiada tindak balas dari Asyiela . Zafril hampa terus menapak ke biliknya sendiri .

Hey hallo hallo hahaha . Good news ! I will update daily update !! Happy tak happy tak ? Hahaha tapi dalam lingkungan 8 - 9 malam chappy akan diupdate . Note tau tentng schedule update 1BUD ni . Apa apa pon vote dan komen tau ! Da~

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now