| 9 |

5.5K 242 3
                                    

BAM !!

"Ya allah bang ! apa tu ? baik abang tengok cepat !!" Gesa Hajah Meliesa sambil menolak nolak badan suaminya .

Nasib sahaja kawasan disitu lenggang , jadi tak adalah orang nak berkerumun .

"Haih yelah saya nak pergi tengoklah ni ." Akur Haji Amran sambil membuka tali pinggang keledar .

Pintu kereta dibuka dan diintai apa yang dilanggarnya . Terbeliak mata Haji Amran tatkala seorang gadis sedang terbaring tidak sedarkan diri .

"Meliesa ! mari sini keluar sekejap ! kita langgar orang Mel oii" Tergopoh gopoh Hajah Meliesa keluar daripada kereta .

"Ya allah bang anak dara siapa ni ?! cepat angkat dia bawa pergi hospital !" Haji Amran mengangguk lantas mecempung tubuh gadis itu dan membawanya di tempat duduk belakang .

Kemudian , mereka bergegas ke tempat duduk masing masing sebelum kereta mereka melusur laju membelah jalan raya .

CAHAYA daripada matahari di luar tingkap membuatkan sepasang mata tertutup kembali tatkala ia cuba untuk celik . Kepala yang berdeyut dipegang .

"Ah ! ak..aku dekat mana?" Soalnya sendirian sambil kembali membuka mata .

Yang dia lihat hanyalah sepasang sofa , tingkap dan katil yang dihuni olehnya . Tiba tiba pintu wad dibuka dan seorang jururawat berjalan ke arah Asyiela sambil menolak troli yang berisikan makanan buat Asyiela .

"good morning ! how are you today ?" Ceria jururawat itu menegur Asyiela berserta seulas senyuman .

Seperti biasa Asyiela hanya mempamerkan wajah dingin .

"Feel better . actually aku dekat mana ? Dan siapa yang hantar aku ke sini?" Soal Asyiela .

Jururawat itu masih tersenyum sambil meletakkan semangkuk bubur dan segelas air suam di atas meja bersebelahan katil .

"Awak ada dekat hospital sekarang . Dan awak dihantar oleh ibu bapa awak . Katanya awak dilanggar . Jangan risau awak tak ada cedera parah , sikit je dekat dahi awak" Berkerut dahi Asyiela mendengar .

Ibu Bapa ? Sejak bila dia ada ibu? Sejak bila pula bapa dia prihatin? serabut ! Dan kini tambah satu lagi parut di dahinya . Alahai , memang nasib agaknya .

"Sekarang awak sarapan dulu . Kalau ada apa apa cuma tekan butang merah dekat tepi tu saja" Pesan Jururawat itu sebelum keluar bersama troli yang ditolaknya sebentar tadi .

Belum sempat dia keluar , Asyiela menahannya .

"Eh sekejap . Habis tu mana orang yang hantar aku ke sini?" Soal Asyiela .

"Oh mereka keluar sebentar katanya ada hal . Sekejap lagi mereka balik jangan risau . Saya pergi dulu" Asyiela hanya memandang kosong terhadap jururawat yang sudah pun meninggalkannya .

Asyiela mengeluh sebelum melemparkan pandangannya pada semangkuk bubur . Selera Asyiela hilang lagi lagi melihat bubur yang sememangnya pucat dan segelas air kosong .
Itu saja ?

Sememangnya makanan dekat hospital tawar belaka garam habis ke ? Mangkuk bubur itu diambil sebelum mengambil sudu yang sudah tersedia . Bubur dicuit sedikit menggunakan sudu dan masuk ke dalam mulutnya .

"Yark ! tawar . lagilah hilang selera aku . Baik bubur ibu lagi sedap" Omelnya sendiri sebelum meletakkan kembali mangkuk tersebut ke tempat asalnya .

Tiba tiba pandangannya tertancap pada tingkap yang terbuka luas . Perlahan lahan Asyiela turun dari katil dan berjalan menuju ke arah tingkap .

"Ah ! segarnya !! Sejuk saja udara . Alahai tenang je rasanya . No more stress , no more the evil father . Agh !! it's just like heaven ." Luah Asyiela sambil tersenyum lebar memamdang kota Kuala Lumpur .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now