"SEJUK !!" Teriak Encik Hafiz tatkala Asyiela menyiram air ditubuhnya .
Mengekek Asyiela ketawa .
"Papa sekejap je mandi ni . Papa tahanlah sikit" Ujar Asyiela lalu menyiramkan lagi air ditubuh Encik Hafiz .
Menggigil tubuh Encik Hariz dibuatnya .
"Dahlah Samsiah aku sejuk ni!" Rengus Encik Hafiz .
Asyiela masih lagi ketawa kecil .
"Yelah yelah . Mari sini Asy tolong keringkan badan papa" Encik Hariz hanya menurut manakala Asyiela terus mengeringkan rambut , muka dan badan Encik Hafiz .
Usai , mereka keluar daripada bilik air .
"Papa duduk dulu , Asy carikan baju untuk papa tau" Encik Hafiz mengangguk dengan senyuman .
Tuala yang melilit di tubuhnya digenggam kemas supaya tidak melorot . Asyiela membuka pintu almari lalu mencapai sehelai baju t - shirt berserta seluar tracksuit .
Selepas sahaja membantu Encik Hafiz memakai baju , Asyiela meminta Encik Hafiz duduk diatas kerusi manakala Asyiela menyisir rambut Encik Hafiz .
"Papa , nak minta sesuatu boleh ?" Soal Asyiela sambil mengemaskan lagi rambut papanya .
"Kau nak minta apa ? Kalau duit , nanti aku bagi" Asyiela menggeleng.
Badan Encik Hafiz ditarik lembut supaya berhadapan dengannya . Asyiela duduk melutut dihadapan Encik Hafiz lalu tangan ayah kandungnya itu diraih .
"Asy nak papa panggil diri papa , papa dan panggil diri Asy , Asy . Bolehkan ?" Encik Hafiz mengerutkan dahinya .
"Aku rasa aku pernah gelarkan diri aku papa tapi dengan siapa eh ?" Soalan dibalasnya soalan .
Asyiela tersenyum kecil .
"Mestilah dengan anak papa kan ?" Encik Hafiz perlahan lahan mengangguk sebelum mengukir senyuman .
"Iyalah aku ada anak dan anak aku tu gelarkan aku papa . Tapi sekarang aku tak tahu dia dekat mana . Aku rindu dia" Suara Encik Hafiz mula mengendur dan bertukar sayu .
Asyiela turut berasa sebak .
'your daughter is here , infront of you and I really really miss you too dad' Luah Asyiela di dalam hatinya .
"Kalau macam tu , Asy boleh jadi anak papa kan ? Dan Asy boleh gelarkan papa dengan panggilan papa" Ujar Asyiela sambil meletakkan sedikit bedak dimuka Encik Hafiz .
Dia dengan senang tersenyum sambil mengangguk .
"Boleh boleh . Boleh sangat kau jadi anak aku . Jadi , mulai saat ini aku gelarkan diri aku papa lah ye ?" Asyiela dengan laju mengangguk sambil menahan air matanya jatuh .
"Mari sini aku eh papa nak peluk Asy . Asy kan anak papa" Ujar Encik Hariz sambil mendepakan kedua dua belah tangannya .
Asyiela sudah terkedu . Impian dia ingin memeluk ayah kandungnya sendiri telah menjadi realiti tanpa dipinta .
Asyiela dengan laju masuk ke dalam pelukan Encik Hariz bersama tangis yang tercetus setelah lama dia pendam . Teresak esak dia menangis di bahu Encik Hafiz.
'Terima kasih ya allah , kau telah berikan aku nikmat yang selama ini aku tunggu . Andai kata nyawaku bakal kau jemput hari ini sekalipun , aku sanggup ya allah aku sanggup" Rintih Asyiela di dalam hatinya .
Encik Hafiz tiba tiba turut rasa sebak kerana mendengar Asyiela menangis di tepi telinganya .
"Asy janganlah nangis , nanti papa pun ikut nangis juga" Ujar Encik Hafiz dengan muka tercebik .
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...