KAYU balak dikumpulkan disuatu tempat . Satu per satu kayu diambil dan dipecahkan menggunakan kapak . Peluh yang menitik dikesat perlahan .
"Nak , sudah sudahlah tu . Pergi berehat . Baju dah kemas ? Esokkan kamu nak balik asrama . Pagi pula tu tapi hari ni sehari suntuk kamu tolong abah ." Zafril Qhairi tersenyum ke arah orang tuanya .
"Tak apalah abah bukan selalu pun Zaf tolong abah . Sikit je ni . Tu kayu dekat belakang banyak lagi kesianlah dekat abah . Abah dah tua Zaf pula seorang saja anak abah . Apa salahnya Zaf tolong abah" Sopan anak teruna itu berbicara.
Lembut mata tua milik Haji Amran menatap anak tunggalnya .
"Zaf . Ayah masih kuat . Tak apa biar ayah buat semua ni . Tu pekerja abah pun ada tolong . Ingat kamu tahun SPM . Kamu kena tumpukan perhatian dekat pembelajaran . Pasal kayu kayu ni , tak apa jangan risau . Kudrat abah masih kuat . Sekarang pergi masuk mandi . Dah berpeluh sakan dah abah tengok kamu ni . Mak kamu pun dah masak . Kamu tak makan lagi kan ?" Terhenti seketika kerja Zafril Qhairi.
Wajah abahnya menyapa pandangan . Kapak diletakkan diatas tanah sebelum bergerak ke arah Haji Amran di pangkin hadapan rumah . Zafril turut melabuhkan punggungnya disebelah Haji Amran .
"Abah , bukan selalu Zaf tolong abah buat kerja ni . Sibuk dekat asrama je . Lagipun bukan selalu Zaf balik sini . Ni pun cuti tiga hari mana cukup bah . Kalaulah Zaf sekolah dekat sini je mesti hari hari Zaf dapat tengok mak dengan abah . Ni tak sekolah jauh jauh" Zafril Qhairi terus menunduk memandang kakinya yang dihayun .
Haji Amran tersenyum melihat anak terunanya . Harap saja lelaki tapi manja bukan main .
"Anak abah kan pandai kena la belajar jauh jauh . Lagipun Bera dengan KL mana lah jauh sangat Zaf oi . Dah lah abah nak mandi kamu pula jangan lupa masuk kedalam . Dah panas ni ." Pesan Haji Amran sebelum masuk kedalam .
Zafril Qhairi hanya memandang kosong ke arah jalan raya dihadapan rumahnya .
"IBU !!!!!! kenapa tak kejutkan Asy ?!! Tengok sekarang dah pukul berapa ? 7:30 pagi tau ? Dah lambat sangat ni !! Pak Mat mana ?" Tergopoh gopoh Asyiela menuruni tangga dengan beg sekolah tidak sempat disandang kebelakang .
Air teh hanya diteguk rakus sambil berdiri .
"Ya allah anak dara seorang ni . Ibu dah kejutkan dari tadi Asy yang lambat bangun . Pak Mat ada dekat depan tu " Ujar Ibu Hajah sambil mengemas dapur .
"Papa mana ?" Soal Asyiela sambil menyarungkan stokin ke kakinya .
"Dah pergi kerjalah ." Tangan Asyiela terhenti .
"Dah pergi ? Habis tu duit belanja Asy macam mana ?!!" Ibu Hajah terus memukul lengan Asyiela .
"Jerit jerit . Papa ada bagi duit belanja dekat ibulah . Dah pergi pakai kasut cepat . Dah lambat sangat ni" Usai memakai stokin , duit belanja diambil lalu mencium tangan Ibu Hajah .
Mencicit Asyiela berlari kearah pintu . Menggeleng Ibu Hajah dibuatnya .
TERCUNGAP cungap Asyiela berlari ke arah pagar sekolah . Hari ini memang hari malang baginya. Dahlah bangun lambat , jalan sesak lepas tu Pak Mat letak kereta nun jauh dari pagar sekolah .
"Eh eh kejap jangan lari . Nama apa ?" Tahan seorang pengawas yang menjaga pagar pada pagi itu .
"Eish jangan semak boleh tak ? Kau tau tak aku dah lambat nak masuk dataran ? Blah kau " Pengawas itu ditolak ketepi lalu ingin pergi dari situ .
Namun pengawas itu tidak beralah dia menahan jalan Asyiela dihadapan .
"Eh apa masalah kau sebenarnya hah ? Aku dah lambat faham tak ?! Kau kalau tak nak kena tempeleng dengan aku baik kau berambus !!" Marah Asyiela .
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...