KONDOMINIUM dua belas tingkat itu dipandang lama . Bolehlah daripada rumah flat entah apa apa .
Asyiela meneliti lagi disetiap pelusuk kondominiun itu . ditengah tengah antara dua bangunan kondominium itu terletaknya sebuah kolam dan juga pondok kecil .
"Rumah siapa ni ? Rumah pakcik dengan makcik ya?" So Asyiela sambil mempalingkan semula badannya ke belakang .
Hajah Meliesa dan Haji Amran tersenyum .
"Bukanlah . Ini rumah anak kami . Mereka pergi bercuti jadi diorang suruh kami jaga rumah ni . Kebetulan dia suruh kami jaga rumah ni selama seminggu . Cukup cukup tempoh jaga kamu" Kata Hajah Meliesa .
Asyiela mengangguk mengiyakan kata kata Hajah Meliesa . Beberapa plastik daripada Jakel diambil dari dalam bonet . Keluar sahaja daripada hospital , mereka terus membeli barang barang sekolah Asyiela .
Ibu Hajah dan juga Pak Mat sudah pun diberitahu tentang ini . Dan nasib sahaja mereka memahami juga bersengkongkol untuk menyorokkan perkara ini daripada pengetahuan Encik Hafiz.
"Mari kita naik . Asy pun dah penat kan?" Asyiela hanya tersenyum sahaja .
"Bang , tu angkatlah barang barang Asy . Kesian dia" Haji Amran akur terus mengambil barang barang daripada tangan Asyiela .
"Eh , tak apa . Bukannya berat pun cuma baju dengan kasut je . tak apalah" Tolak Asyiela lembut .
Ikutkan hati memang saja nak dia bawakan tapi tak ke nampak macam tak bersyukur orang dah tolong?
Apalah si Asyiela ni . Baling dengan pasu bunga baru tahu .
"Tak apa Asyiela . Biar sahaja pakcik ni tolong angkatkan . Asy dengan makcik naik atas sahaja" Terus barang daripada tangan Asyiela dirampas oleh Hajah Meliesa dan menghulurkan kepada Haji Amran .
Haji Amran hanya menurut . Asyiela sudah menggaru kepalanya .
'Ikut saja kata bini dia ? Jadi pak turut agaknya . Macam orang dungu pun ada' Kutuk Asyiela di dalam hati sebelum dirinya ditarik oleh Hajah Meliesa menuju ke arah lif . Setelah butang anak panah ditekan , pintu lif sudah pun terbuka . Ternyata ianya kosong . Terus sahaja Asyiela dan Hajah Meliesa masuk ke dalam perut lif meninggalkan Haji Amran terkontang kanting .
Serba salah pula Asyiela jadinya . Butang 7 ditekan oleh Hajah Meliesa dan mereka menanti tingkat yang ingin dituju .
"Er.. kenapa makcik buat pakcik macam tu?" Soal Asyiela .
Hajah Meliesa terua tersenyum dan melingkarkan tangannya diatas bahu Asyiela .
"Saja . Dia memang selalu macam tu itulah buat makcik lagi sayangkan dia" Jawab Hajah Meliesa dengan bersahaja .
Asyiela hanya mengangguk . Malas nak ambil peduli . Buka sahaja pintu lif , mereka keluar dan berjalan ke arah salah sebuah rumah yang ada disitu . Mangga pagar dibuka dan pintu dikuak . Suasana di dalam kondominium itu dipandang lama .
'Wow not bad taste anak dia . Cantik kelabu putih warna cat dinding dia' Puji Asyiela di dalam hati .
Satu set sofa diletakkan ditengah tengah ruang tamu , meja kopi berkaca diletakkan berhadapan dengan sofa berserta karpet berbulu merah hitam dibawahnya .
Set televisyen juga tidak ketinggalan . Televisyen jenama LG siap dilekatkan di dinding . Di bawahnya pula almari kecil dihiasi pasu bunga yang kecil .
bagi ruangan bilik pula ada satu lorong disebelah kanan ruang tamu , susunan biliknya secara berhadapan dan dihujung lorong terdapat satu bilik air .
Sebelah kiri , meja makan dan dapur .Dihujung sekali terdapatnya balkoni dan sliding door . Boleh melihat bagaimana suasana KL . Asyiela mula melangkah masuk ke dalam rumah tersebut .
"Asy , masuklah duduk duduk dulu . Hilangkan penat tu" Ujar Hajah Meliesa seraya membuka tudungnya .
Niat di hati Asyiela ingin melelapkan matanya .
"Erm makcik boleh tak saya nak tidur ? Nak rehatkan badan" Soal Asyiela sambil mengurut bahunya .
Hajah Meliesa tersenyum sambil mengangguk .
"Apa pula tak bolehnya . Mari makcik tunjuk bilik " Asyiela terus membuntuti Hajah Meliesa bergerak ke arah bilik Asyiela untuk sementara .
"Hah ni bilik Asy untuk seminggu ni . Tidurlah dulu nanti dah siap minum petang makcik kejutkan" asyiela mengangguk .
"Terima kasih makcik" Hajah Meliesa mengangguk lantas meninggalkan Asyiela .
Asyiela masuk ke dalam bilik itu dan terus merebahkan dirinya diatas katil . Buat masa sekarang ni memang dia tak nak serabutkan kepala dia . Hanya perkataan 'kosong' yang ada . Perlahan lahan mata Asyiela menutup rapat .
ASYIELA ! aku cakap dengan kau ni ! kenapa lama sangat tak datang sekolah ? Kau tau tak selama kau tak ada ni ,matematik tu selalu memeningkan aku tau !" Asyiela mula menghentakkan kakinya .
bibir bawahnya diketap penuh geram .
"Ray Mikhael !! stop nagging please . Mulut kau tu tak ubah macam punggung ayam membebel tak berhenti henti bukan lama pun aku tak datang . Just 4 days only ! janganlah over sangat . Sekarang ni aku dah ada depan mata kau kan ? Jom masuk dataran tak pasal pasal kena berdiri depan dataran sebab kau membebel" Asyiela terus meninggalkan Ray dibelakang .
"Eleh , sikit sikit marah . Tak tahu ke dia tu yang aku ni famous dekat sini ? Cepat tua baru tau " Bebelnya lagi sebelum melangkah perlahan lahan menuju ke dataran .
Asyiela terus duduk di barisan lalu beg dihempas . Stress . Awal awal dah ada makhluk perosak datang kacau moodnya .
"Woi ! Kau pergi mana ? Cari kau dekat rumah tak ada , sekolah dah lama tak datang . Apa kes?" Terjah Nadia dari belakang .
Asyiela mengurut dadanya kerana terperanjat dengan sergahan Nadia . Botol air diambil lalu diketuk diatas kepala Nadia .
"Adab mana adab ? Gugur jantung aku , jantung kau aku ambil nanti" Nadia tergelak lalu melabuhkan punggungnya disebelah Asyiela .
Asyiela menatap gelang emas milik Puan Maria . loceng di gelang itu di main main . Nadi terus menatap wajah muram Asyiela .
"Have a problem ? come on tell me" Asyiela menggeleng .
"Tak ada apa apalah . Cuma erm penat sikit" Asyiela mengukir senyum paksa .
Nadia tergelak sinis .
"Muka taik ayam macam ni aku tahulah Asy . Tak payah nak sorokkan dekat aku . Cepat cerita apa bapak tak guna kau tu dah buat kali ni" Selamba Nadia betkata .
Terjegil mata Asyiela lantas peha Nadia menjadi mangsa cubitannya .
"Sedap mulut kau je kata muka aku ni muka taik ayam ? Eh muka aku ni tak ubah macam Siti Nurhaliza tau . Tapi tulah macam yang kau cakap bapak tak guna tu buat yang lebih dahsyat kau tau" Nadia terus mendekati Asyiela .
"Bapak kau tu buat apa pula ?" Asyiela sudah menunduk .
Malu untuk bercerita tentang Encik Hafiz menjual maruahnya kerana duit semata mata . Air matanya bergenang . Nadia terkejut lantas bahu Asyiela dipegang .
"Hey , kenapa nangis ? what's wrong ? Asy kenapa ni wei jangan macam ni . Jangan buat aku risau . Tolong cerita dengan aku" Nadia sudah mula risau .
Wajah Asyiela ditatap risau . Air mata Asyiela tumpah dengan deras . Makin lama makin deras esakkannya .
"Dia .....dia.... dia na...."
" Okay semua murid diminta beratur di dataran sekarang" Suara guru dihadapan memotong percakapan Asyiela .
"Tak apalah nanti aku cerita dekat kau . Dengan Ray sekali . Sekarang ni kau pergi duduk tempat kau" Asyiela menolak nolak bahu Nadia .
"Betul janji dengan aku?" Asyiela mengangguk .
"Iya aku janji dah pergi sana" Nadia akur lalu bergerak ke tempatnya .
So now saya dah upd !! yeayy haha but sorry hambar sgt . idea takde maybe next chappy best . enjoy your reading !!
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...