"ASYIELA cepatlah bagi tahu aku kenapa kau tak datang ? Cepatlah kita kan kawan" Asyiela menjongketkan keningnya . Dia berhenti ditengah tengah anak tangga .
"Kawan ? Ray sejak bila aku jadi kawan kau ? Eh tak mainlah aku nak kawan dengan budak 'instafamous' ni . Acah retis tak silap hari bulan penyek aku kena kejar dengan peminat kau " Sembur Asyiela lalu menyambung langkahnya mendaki tangga .
Ray mencebik . Kena lagi . Cepat cepat Ray mengejar langkah Asyiela .
"Kau ni kan kalau tak sindir orang memang tak sah kan ? Tapi okay apa kau famous dekat sekolah ni , aku pun jadi kita genglah kan?" Asyiela memasang muka menyampah .
"Ray , kalau aku bagi kau kasut aku ni bersalut sos dalam mulut kau , baru tau nak diam ke ? Can you keep your mouth shut for 5 minute ? Sengsara telinga aku ni tau tak asyik dengar kau berceloteh tak habis habis" Marah Asyielah .
Ray sudah mengangkat kedua belah tangannya menandakan dia mengalah .
"RAY SAYANG!!" Tiba Tiba Iffa datang entah dari mana terus berlari anak ke arah Ray .
Asyiela sudah mencemik . Baldi ada tak ? Nak muntah .
Ray sudah melambai ke arah Iffa .
"Nanti kalau cikgu masuk tanya kenapa aku lambat , Just tell i'm going to the loo okay?" Pesan Ray sambil mengenyitkan matanya ke arah Asyiela .
Terus Asyiela memukul lengan Ray .
"Kenyit mata pula fikir hensem ? Aku cakap saja kau pergi dating dengan minah ulat bulu tu . Aku chaw dulu da~" Asyiela pusing ke belakang dan meneruskan lagi langkah untuk mendaki tangga .
Iffa mencemik .
"Suka hati dia je nak pukul sayang cakap baby ulat bulu pula tu" Ujar Iffa sambil tergedik gedik disebelah Ray .
"Biarlah dia . Jadi , Tempat biasa?" Iffa terus mengangguk setuju .
Asyiela menghela nafas penat setelah melabuhkan punggung diatas kerusi . Beg sekolah sudah pun dibuka .
Tudung dibetulkan sebelum cermin mata ditolak ke dalam sedikit supaya tidak terjatuh .
"Yow budak sombong lama tak nampak . Melancong ke ? Hah atau pun pergi dengar ceramah untuk mengurangkan laser mulut kau tu betul tak?" Perli Azwin disertai tawa gengnya .
Asyiela sudah bangkit dan berjalan ke arah Azwin dan gengnya .
"HAHAHAHA ! lawak ? Oh ya memang lawak untuk korang sebab apa ? sebab mengutuk orang kan ? Kalaulah kan kalau betul aku pergi ceramah untuk MENGURANGKAN LASER MULUT AKU ni , sekurang kurangnya aku dapat pahala dan dapatlah bawa aku ke jalan yang benar sedangkan korang ? Percuma dapat dosa mengutuk orang .Sini aku nak pesan , lebih baik korang yang pergi dengar ceramah untuk kurangkan sikit sifat mengutuk , menyindir orang . Buat amal jariah sekejap dapat pahala . Jangan lupa tau ajak Iffa sekali" Sehabis berkata , Asyiela bergerak ke tempat duduknya dengan hati yang puas .
Kumpulan Azwin diam tidak berkutik . Suasana yang hingar bingar menjadi senyap tatkala guru matapelajaran mereka sudah melangkah masuk ke dalam kelas .
PEJAM celik , pejam celik sudah genap seminggu Asyiela berada di rumah anak Hajah Meliesa dan Haji Amran .
Dalam seminggu itu juga macam macam dia dapat tahu . Mereka mempunyai dua orang anak dan kedua duanya lelaki yang bernama Zafrul Faris dan Zafril Qhairi .
Yang sulung sudah berkahwin dan yang bongsu masih sekolah dan tahun ini merupakan SPM . Peperiksaan yang amat besar untuk menentukan masa depannya .
YOU ARE READING
Satu Bulan Untuk Dia
RomanceSejak kehilangan permaisuri hati iaitu ibunya sendiri automatik menukarkan dirinya menjadi cepat melenting dan benci pada semua orang . Semua itu terjadi apabila dia dijaga oleh ayahnya sendiri . Dan satu hari , saat itu yang paling Asyiela tidak...