| 15 |

6.2K 230 14
                                    

ASYIELA membuka matanya perlahan lahan apabila terasa dirinya digoncang . Matanya digosok sebelum dia menekup mulutnya yang menguap .

"Asy bangun nak kita dah sampai" Kejut Hajah Meliesa .

Asy hanya mengangguk . Rumah kampung dihadapannya dipandang sebelum ternganga luas .

'Rumah kampung ?! Ya allah sumpah aku tak nak duduk sini . Ada nyamuk , katak , ergh semuanya menjijikkan . Kenapa aku setuju tadi?!!!!! Damn it' Getus Asyiela di dalam hati bersama memek muka kegelian .

Asyiela meneguk air liur yang terasa kesat . Sekarang dia harus mulakan hidup baru dengan hidupan serderhana ?! Ya allah tolong sedarkan aku dari mimpi ngeri ini tidak !!!.

"Asy , tunggu apa lagi tu ? Mari masuk makcik tahu kamu penatkan ? Nanti makcik sediakan tempat tidur kamu" Suara Hajah Meliesa mematikan lamunan Asyiela.

Dalam terpaksa Asyiela mengukir senyuman palsu sambil turun dari kereta . Dari tanah yang dipijaknya pun dia sudah tahu betapa jijiknya duduk dirumah kampung .

Zafril dihadapan pintu rumah bersama Haji Amran hanya memandang Asyiela dengan pandangan kosong .

"Kayu pun dah reput , tak pasal pasal runtuh juga rumah ni" Rungut Asyiela perlahan sambil berdiri tegak dihujung tangga rumah kampung tersebut .

Mujur Hajah Meliesa sudah naik mendahului Asyiela kalau tak , mesti dia dengar .

"Asyiela , tunggu apa lagi tu ? Mari naik" Arah Haji Amran sambil tersenyum .

Asyiela tersentak lantas terburu buru naik ke atas . Erk tak roboh ke ?

Sesampai sahaja di dalam rumah , Asyiela terus memerhati keadaan rumah itu . Kusam dan pudar sahaja warnanya . Asyiela semakin tidak keruan . Takkan nak hidup dengan keadaan macam ni ?

"Asy , mari makcik tunjukkan bilik tidur" Asyiela akur lalu membuntuti Hajah Meliesa di hadapan .

Salah satu pintu bilik dibuka . Asyiela membuat muka geli .

"Er makcik tak ada bilik lain ke?" Soal Asyiela seraya menggaru pipi .

"Kenapa kamu tak selesa ye . Maaflah hanya ni saja bilik yang ada . Bilik alongnya si Zafril dulu sebelum dia kahwin" Ujar Hajah Meliesa .

"Jadi saya kena tidur dekat sini lah ye ?" Hajah Meliesa mengangguk manakala Asyiela mengeluh kecil .

"Tak apalah makcik pergilah tidur . Beg saya mana?" Hajah Meliesa bergerak ke ruang tamu dan mengambil beg pakaian Asyiela lalu menghulur ke arah Asyiela .

"Jangan lupa mandi . Kalau malas nak mandi , cuci je muka , kaki dengan tangan" Pesan Hajah Meliesa .

Asyiela hanya mengangguk . Usai semuanya , Asyiela masuk ke dalam bilik itu . Dari atas siling sehingga ke lantai ditiliknya . Pintu ditutup lalu dikunci .

"Kenapa aku kena duduk sini ?!! Ya allah kenapalah aku bodoh pergi terima yang orang tua tu ajak aku ke sini ? Dah lah berdebu , habuk , berbau ergh tak selesa sungguh . Dan kipas tak ada ?! Oh god ! How can I sleep dalam keadaan macam ni?!!!!!!" Asyiela menghentakkan kaki ke lantai tanda protes .

Beg pakaiannya dicampak ke atas katil yang kusam . Tiba tiba sahaja pintu bilik Asyiela diketuk dari luar . Pantas Asyiela mengawal riak muka lalu membuka pintu .

"Ya kenapa pakcik ?" Soal Asyiela apabila wajah Haji Amran menyapa pandangan .

Dilihat Haji Amran memegang kipas meja .

"Pakcik lupa bilik ni tak ada kipas nasib baiklah ada kipas lebih . Nah kipasnya" Asyiela menggaru kepalanya yang tidak gatal .

" Pakcik kipas ni nak letak mana?" Soal Asyiela .

Haji Amran tersenyum lantas masuk ke dalam bilik Asyiela . Sebuah bangku kecil dicapai dan diletakkan ditepi katil . Kipas meja diletakkan disitu sebelum suis kipas itu disambungkan pada plag yang tersedia ada . Asyiela hanya memerhati tanpa ada rasa ingin tahu .

"Terima kasih" Ucapnya mendatar .

Haji Amran mengangguk lantas keluar dari bilik Asyiela . Rambut yang mengerbang diikat menjadi sanggul . Dia bergerak ke arah katil dan kipas dibuka . Beg dicapai lalu tuala , baju dan sebagainya dikeluarkan untuk keperluan mandi .

" Eh entah entah bilik mandi dia guna kolah ke apa ke ya allah mesti berlumut tu" Omel Asyiela sendiri sebelum menyangkut tuala di bahu .

Sepasang baju tidur juga dibawa bersama lalu dia keluar dari bilik . Kebetulan , Zafril jalan melintasi Asyiela .

"Eh sekejap . Aku nak tanya mana tandas?" Soal Asyiela dengan wajah sombong .

Zafril tersenyum manis .

"Aku tanya bukan suruh kau senyum ! Tak nak bagi tahu sudah ergh menyusahkan!!" Getus Asyiela .

Zafril tergelak kecil . Automatik kening Asyiela terangkat . Gila ke apa tiba tiba gelak ?

" Tandas tu ada dekat hujung sana . Akhirnya dapat juga dengar suara awak . Ingat bisu" Terbeliak mata Asyiela mendengarnya .

"Bisu ? Hey kau tak dengar ke aku cakap dengan kau dekat dalam kereta tadi ? Ergh aku rasa otak kau ni sewel agaknya. Dah lah daripada layan kau , sampai ke sudah aku tak mandi" Balas Asyiela dengan jelingan tajam .

"Eh lah cakap dengan saya ke ? Mati mati ingat awak cakap dengan cermin tingkap kereta tadi " Gurau Zafril bersama tawa halus di bibirnya .

Asyiela memandang Zafril dari atas ke bawah . Dah sah gila !

"Whatever!" Terus Asyiela melintasi Zafril dan bergerak ke arah tandas .

Zafril masih lagi dengan tawanya .

"Haduih kelakarlah dia tu . Garang garang comel . Padan muka tak nak cakap kan hah kena kau hahaha" Ujar Zafril sendiri lalu bergerak ke karbinet dapur .

Tengah tengah malam juha perutnya minta diisi . Bungkusan maggi tomyam diambil lalu dikoyakkan untuk mengambil isi didalamnya . Periuk diambil dan air diisi secukupnya .

Usai , dia memanaskan air sebelum perencah dan maggi dimasukkan . Sedang Zafril memasak , Asyiela keluar dari bilik air bersama baju basahannya .

"Hoi ! Baju ni nak letak mana?" Soal Asyiela tapi Zafril tidak menjawab sebaliknya hanya mendiamkan dirinya .

Asyiela geram terus dia menyepak kaki Zafril . "Aku tanya kau ni ! Kenapa kau ni pekak sangat hah ? " Rengus Asyiela

Zafril mengangkat kening lalu memeluk tubuh . Kakinya yang disepak oleh Asyiela langsung tiada kesan .

"Nama saya bukan hoi tapi Zafril Qhairi Bin Haji Amran . Jadi saya tak tolehlah bila awak panggil hoi" Selamba Zafril menjawab .

Dia tidak ada niat untuk menyindir sebaliknya sengaja mahu menyakat Asyiela . Muka Asyiela merah menahan marah .

"Eii lantak kau lah ! Suka hati akulah nak panggil kau apa dan aku tak nak tahu pun nama kau ! Berambus kau sana layan kau buat sakit hati je tepi !! " Tubuh Zafril ditolak lalu dia berjalan laju ke arah biliknya .

Apabila Asyiela ingin menutup pintu , Zafril sempat menahannya .

"Kau nak apa lagi!" Ujar Asyiela sambil mengetap gigi .

"Bagi saya baju kotor awak saya tolong letakkan dalam baldi" Zafril menghulurkan tangannya pada Asyiela .

Terus Asyiela mencampakkam bajunya ke muka Zafril .

"Ambil tu ! Ingat asingkan baju aku sebab baju tu mahal daripada baju murah kau tu!" Usai berkata terus dia menghempaskan pintu .

Menggeleng Zafril mendengarnya . Dia menunduk untuk mengambil baju Asyiela yang terjatuh akibat dibaling oleh Asyiela . Terdetik hati Zafril ingin mencium baju Asyiela . Baju dirapati ke arah hidungnya dan dia menghidu .

"Wanginya" Ujarnya sebelum meletakkan baju itu ke dalam baldi yang berasingan .

Sorry sebab kali ni chappy hambar tak seperti korg harapkan . Btw vote dan komen banyak bnyak tau luv ya alls .

Satu Bulan Untuk Dia Where stories live. Discover now